Sabtu, Jun 30, 2007

Al-'Azhamah

Pujian Dengan Hati dan Lisan kepada Sang Pencipta


Maha Suci Allah, yang mana langit dan bumi tunduk kepadaNya...

Maha Suci Allah, yang mana gunung-gunung tunduk tunduk kepada keagunganNya...

Maha Suci Allah, yang mana mata akan menitiskan air mata apabila mengingatiNya.

Petir berdentum untuk bertasbih kepadaNya..

Kilat sabung-menyabung untuk mengagungkanNya..

Burung-burung berkicau untuk berzikir kepadaNya..

Dan burung merpati berkicau untuk mensyukuriNya...

Sesungguhnya kemampuan untuk dapat syukur kepada Allah itu juga patut disyukuri.

Kemampuan untuk memuji Allah adalah satu keutamaan yang layak disyukuri...

Kerana kemampuan untuk memuji itu hanya diberikan oleh Allah kepada orang yang dikehendakiNya sahaja...!

Sesungguhnya...

Beribadah kepada Allah adalah satu kemuliaan..

Dan menghinakan diri di hadapan Allah pula merupakan satu keagungan.

Memohon pertolongan kepada Allah adalah satu kekayaan..

Dan berpegang teguh kepada Allah adalah merupakan satu kekuatan.

Ingatlah...!

Memerangi Allah adalah tindakan yang dapat menghinakan diri sendiri..

Mengkufuri Allah hanya mendatangkan laknat kepada diri sendiri..

Dan mengingkari kebaikan serta nikmat Allah adalah merupakan satu azab!

Krisis yang paling berbahaya dan kehinaan yang paling hina adalah ketika engkau bermaksiat kepadaNya..

Manakala malam-malam dan hari-hari yang paling celaka adalah ketika engkau memusuhiNya.

Dengan hujahNya, Dia menghumbankan hidung orang-orang yang sesat ke atas tanah,

Dengan keagungan nasihatNya, Dia mencela hati orang-orang yang lalai.

Dan dengan siksa yang dijanjikanNya, Dia menggoncang hati orang-orang yang zalim...

Namun jika engkau hambaNya yang soleh, bergembiralah...

kerana...

Kedudukan yang paling tinggi dan darjat yang paling mulia adalah ketika engkau bersyukur kepadaNya

Sebaik-baik masa dan saat-saat yang terindah adalah ketika engkau berzikir kepadaNya..

Dan semulia-mulia darjat dan seutama-utama kedudukan adalah ketika engkau bertasbih kepadaNya.

Sesungguhnya Allah, dengan pahala yang dijanjikanNya, Dia akan menenangkan hati hamba-hambaNya yang taat...

Semoga kita termasuk ke dalam golongan hamba yang taat dan tunduk kepadaNya.

Amin... Ya Rabbal 'Alamin

~Aidan Z

[+] Baca seluruh artikel..

Khamis, Jun 28, 2007

it's good to be back

As the title said,

It's so good to be back...

AidanZ

[+] Baca seluruh artikel..

Jumaat, Jun 22, 2007

Ada ruang kosong??!!

Tokgurukulan menukilkan :

Assalamualaikum..

"Sudah puas ku fikir namun tidak juga ku temukan jawapannya. Sungguh mengelirukan. Sepatutnya takkan wujud ruang kosong itu! Tapi kenapa ia terjadi sebaliknya?"

Itulah luahan hatiku beberapa tahun yang lalu ketika pertama kali melihat gambar di bawah ini. Mari kita sama-sama fikirkan situasi ini..



Selamat mencuba!

[+] Baca seluruh artikel..

Khamis, Jun 21, 2007

Kuliah Dr. Abdullah Yasin 21 Mei 2007

Tokgurukulan menulis :

Setelah sekian lama ingin mendokumentasikan kuliah Dr. Abdullah Yasin ke dalam blog ini, akhirnya tercapai jua hasrat di hati. Dengan kesibukan kerja dan segala macam perkara yang perlu difikirkan, aku gagahkan juga semangat untuk berkongsi ilmu ini. Walaupun diri sendiri tidak mampu memberi input berguna, namun aku sangat mengharapkan nilaian di sisiNYA walaupun usaha ini hanyalah secebis daripada usaha menyebarkan ilmu KalamuLLAH (Al-Qur'an) dan KalamuRRASUL (Sunnah) ini..

Pada mulanya, aku cuma scan nota yang dibekalkan. File *.pdf nampaknya kurang cantik kerana dalam bentuk imej atau gambar. Tapi bila discan kepada file word, ayat-ayat dalam bahasa Arab pula tidak dapat dibaca oleh komputer. Akhirnya, aku kekalkan file *.doc itu dengan menambah huruf-huruf Arab yang tercicir itu, dan mengedit mana-mana ayat yang kurang tepat..

Sebagai permulaan, aku uploadkan dahulu kuliah beliau pada 21 Mei 2007, iaitu kuliah Tafsir Surah 'Ali Imran ayat 52 - 58..

Untuk mendownload nota, boleh terus klik di sini..

Rakaman audionya pula boleh didownload di sini..

Moga kita dapat sama-sama mengambil faedah daripada usaha yang sedikit ini..

P/S : Untuk mendownload, setelah klik pada link-link di atas, cuma klik perkataan 'Download file' seperti di bawah ini, pada laman 4shared tersebut..



[+] Baca seluruh artikel..

Erwan dan 100 ekor ayam ..

Tokgurukulan bercerita :

Pada suatu hari, ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu, dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romli.

Lelaki kaya : Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok. Ini alamat saya (seraya memberi kadnya).

Pak Romli : Baik tuan. Saya akan suruh anak buah saya menghantarnya esok ke rumah tuan.

Selepas itu, Pak Romli memanggil anak buahnya yang bernama Erwan dan memberi arahan.

Pak Romli : Wan, tolong hantar 100 ekor ayam ke alamat ini esok (sambil memberi kad lelaki kaya tadi).

Erwan : Hantar ayam? Beres Bos..

Esoknya, dengan menunggang motor, si Erwan pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletak di sebelah kanan, dan 50 ekor lagi diletak di sebelah kirinya.

Tetapi malangnya, di tengah perjalanan, dia terjatuh dari motornya. Ayam-ayam yang dibawanya langsung terlepas dan lari bertempiaran!

Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Erwan. Tetapi si Erwan tidak apa-apa malah dia ketawa berdekah-dekah. Seseorang di antara mereka datang bertanya. Mungkin dia khuatir kerana Erwan ketawa..

Orang Yang Bertanya : Bang, abang tak apa-apa ke...?


Erwan : Ha... Ha... Ha...

Orang yang bertanya : Bang, kenapa bang....?

Erwan : Ha... Ha... Ha... Dasar ayam-ayam bodoh! Mereka nak lari ke mana? Alamatnya ada pada aku! Haa... Haa... .Haa...

P/S : Orang ini macam pun ada ka?!!

[+] Baca seluruh artikel..

Jumaat, Jun 15, 2007

Kes naya pesakit jiwa..

Tokgurukulan bercerita :

Seorang pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain. Tidak lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor yang merawat mereka.

Doktor: Hari ini saya ada dua berita untuk kamu. Satu berita baik, dan satu lagi berita buruk.

Pesakit mental: Apa dia doktor?

Doktor: Pertama sekali, tahniah kerana kamu telah menunjukkan tanda-tanda hampir sembuh daripada penyakit kamu kerana telah meyelamatkan seorang pesakit yang cuba membunuh diri semalam. Berita buruk pula ialah, pesakit yang kamu selamatkan itu didapati telah menggantung dirinya selepas kamu menyelamatkannya semalam. Malang sungguh..

Pesakit mental: Oh, begitu rupanya! Sebenarnya, saya lah yang menggantungnya supaya dia cepat kering.. Hee..

Doktor: (Laa..)

[+] Baca seluruh artikel..

Teka-teki 6 ..

Tokgurukulan berteka-teki :



Ibunya diurut, anaknya dipijak..

Apakah ia?

[+] Baca seluruh artikel..

Selasa, Jun 12, 2007

Seronoknya balik kampung!!

Tokgurukulan meluahkan :

Setelah lebih 2 bulan tidak pulang ke kampung halaman, akhirnya aku berpeluang menjenguk keluarga tercinta. Mungkin 2 bulan bukanlah suatu tempoh yang lama, tapi entah kenapa hati begitu meronta-ronta untuk pulang. Bila dapat balik kampung, terubat segala rindu di kalbu..

Abah dan ma, walaupun tidak nampak di riak wajah, tetapi tentunya mereka amat mengharapkan kepulangan anak ini. Setiap ibu bapa pastinya mendambakan anak-anak berada di sisi. Itulah tanda kehebatan ILAHI. Ketulusan kasih mereka kepada anak-anak sukar ditandingi..

Bayangan adik-adik juga begitu melambai-lambai mengharapkan kepulanganku, terutamanya 3 budak cilik yang menggamatkan suasana rumah di kampung; Azida (9), Azhan (7), dan Aziha (AdikJiha (5))..

5 hari berada di kampung, bukan balik bercuti semata-mata, tetapi juga membantu ma apa yang patut. Sebagai anak kedua, yang juga anak lelaki sulung, banyak yang perlu aku fikirkan. Terasa begitu berat tanggungjawab diriku kepada keluarga ini..

Rupa-rupanya Kaklong pun balik kampung. InsyaALLAH bulan 9 nanti aku akan mendapat satu gelaran baru; Ayohngoh. Aku bakal mendapat anak buah pertama. Seronoknya! Sebelum ni, bilangan sepupu selalu bertambah. Panggilan Abengoh sudah sebati dengan diri..

Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur malam semalam, sempat juga aku menjenguk pesta buku di Kota Bharu pada petang itu. Banyak jugak booth yang terlibat. Kata juruhebah di pesta buku tersebut, bukan Malaysia sahaja yang terlibat, bahkan Indonesia, dan ada juga dari negeri-negeri di Timur Tengah..

Setelah menziarahi nenek seketika di rumah sebelah, aku pulang ke rumah untuk mengemaskan barang-barang sebelum berangkat ke Kuala Lumpur..

[+] Baca seluruh artikel..

Rabu, Jun 06, 2007

Pak Lah akan kahwin??

Tokgurukulan memetik :

Setelah mendapat maklumat daripada seorang teman, ku petik artikel ini daripada BERNAMA, untuk tatapan semua..

PUTRAJAYA 6 Jun -- Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah, 53, pada Sabtu ini, demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Majlis akad nikah hari itu akan dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, menurut kenyataan berkenaan.



Jeanne dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, Nadiah dan Nadene.

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan, serta pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana.

Abdullah, 67, menjadi duda setelah isterinya, Datin Seri Endon Mahmood, meninggal dunia pada 20 Oktober 2005 akibat kanser payudara.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Kamaluddin dan seorang anak perempuan, Nori.


[+] Baca seluruh artikel..

Biodata Dr. Abdullah Yasin ..

Tokgurukulan melaporkan :


Assalamualaikum..

Sejak kami (aku, AbangZahar, Izuddin) mula mengikuti kuliah Dr. Abdullah Yasin di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) setiap hari Isnin, aku mula mencari biodata beliau. Tidak dinafikan, sewaktu mula-mula mendengar kuliah beliau, aku berasa agak janggal dengan cara penyampaian beliau..

Tetapi, lama-kelamaan, terasa keunikan beliau. Beliau menyampaikan ilmunya seolah-olah seorang ayah sedang memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ditambah dengan kata ganti diri 'ustaz' untuk diri beliau sendiri, dan pelat bahasa ibunda beliau, iaitu Indonesia, bahasa menjadi begitu indah dan terasa beliau begitu dekat di hati kami. Ilmu-ilmu beliau yang dirujuk kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah yang shahih itu disulam rapi dalam bahasa yang begitu indah.

Satu lagi perkara yang membuatkan hati kami (malah seluruh jemaah yang mengikuti kuliah beliau) sentiasa terikat untuk terus istiqomah dengan kuliah beliau ialah, ketika beliau membaca ayat-ayat Al-Qur'an dan terjemahannya. Bukan sahaja ayat-ayat suci tersebut dilagukan, tetapi juga terjemahannya. Terjemahannya dilagukan dengan alunan tersendiri. Mungkin beliau lebih menjiwai intipatinya bila melagukan demikian. Itu tidaklah kita ketahui.

Terbaru, Pidut & Shah juga menyertai kuliah ini bersama kami bertiga. Berbetulan dengan waktu luang mereka. Cuma Alias & Iidil yang belum berkesempatan lantaran kerja kerana kuliah ini diadakan pada pagi Isnin.

InsyaALLAH, jika berkesempatan, akan diuploadkan ke dalam blog ini, audio siri-siri kuliah beliau yang sempat dirakam. Setiap kali kuliah, beliau akan sediakan nota berkaitan. InsyaALLAH juga, akan diselitkan nota tersebut bersama audionya agar dapat sama-sama dihayati. Kuliah beliau memang berpandukan nota tersebut. Jadi, kuliah akan mudah difahami bila ada notanya. Moga sama-sama dapat kita ambil faedah daripadanya..

Ini adalah biodata beliau :

Nama : Dr. Abdullah bin Yasin

Tarikh lahir : 5 Julai 1946

Tempat lahir : Batam-Riau-Indonesia

Pekerjaan : Unit Dakwah Islamic Counselor Kedutaan Arab Saudi Kuala Lumpur (1980 - sekarang)

Kewarganegaraan : Malaysia

Pendidikan : BA - Pendidikan (1970) Institut Agama Islam Pekan Baru Indonesia.

LC - Dakwah Dan Usuluddin (1976) Universiti Islam Madinah Arab Saudi.

MA - Perbandingan Ilmu Fiqh (1980) Universiti Imam Mohammad Ibnu Sa'ud - Riyadh - Arab Saudi.

PhD - Islamic Study (1994) American Coasaline University New Orleans, Lousiana.

[+] Baca seluruh artikel..

Isnin, Jun 04, 2007

Alhamdulillah.. Akhirnya berjaya!!

Tokgurukulan melaporkan :

Assalamualaikum..

Setelah puas mencari coding untuk button di bawah ni, akhirnya aku berjaya menghasilkannya!!

Mula-mula, aku mencuba coding daripada blogger sendiri tapi nampaknya tidak membuahkan hasil. Aku tetap ingin mengekalkan template macam ni, sedangkan jika menggunakan coding tersebut, terpaksa pula menukarkan template kepada classic template..

Lama jugak aku mencari arah panduan. Kebanyakannya menyediakan coding untuk classic template. Setelah mencuba yang lain, hasilnya juga sama. Terkadang template asal tiba-tiba hilang, digantikan dengan classic template. Cuak jugak. Tapi tiada masalah sebab aku sudah menyimpan backup template asal sebelum membuat apa-apa pindaan pada bahasa HTML tersebut.

Kadang-kadang pula, bila view blog, tiba2 keluar coding yang memenuhi web browser. Cuak tak terkira! Ia berlaku kerana template asal telah ditukar kepada classic template yang konsep codingnya berbeza walaupun kedua-duanya adalah bahasa HTML..

Akhirnya, entah macam mana, jumpa jugak coding yang boleh digunakan ke atas template asal ni.. Ia berhasil!! Alhamdulillaah..

[+] Baca seluruh artikel..

Kata-kata Hikmah..



Hawa nafsu adalah ibarat berhala. Barangsiapa mengelok-elokkan hawa nafsunya, bererti dirinya menyembah berhala, dan barangsiapa menyembah Allah dengan ikhlas, dialah yang dapat mengalahkan hawa nafsunya.

Bagaimana mungkin seseorang dapat dikatakan cergas dan cemerlang akalnya, sementara dia melakukan maksiat kepada ZAT yang menggenggam jiwanya. Kalau dia mengetahui dan sedar bahawa Allah menyaksikan semua gerak gerinya, mengapa dia melakukan larangan Allah? Dia meminta kepada Allah agar dijauhkan dirinya daripada kemurkaan-Nya, sementara pada masa yang sama dia mengundang kemarahan-Nya dan laknat-Nya.

~izuddin~

[+] Baca seluruh artikel..

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan