Tokgurukulan melaporkan :
Sabtu, 30 Jun 2007, aku menghadirkan diri ke kuliah bulanan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di Surau Al-Muhajirun, Taman Sri Ukay, Ampang. Dalam kesibukan kerja-kerja kemuftiannya di Perlis, beliau berusaha juga mencari kelapangan dan ruang waktu untuk datang ke Kuala Lumpur sebulan sekali demi memberikan kefahaman mengenai sunnah kepada ummah..
Kuliah bermula pukul 10 pagi sehingga tengahari. Habis kuliah, aku diajak oleh Pakcik Shukri ke sebuah rumah di taman itu. Rupa-rupanya Dr. Asri ada di situ. Tengahari itu, aku lunch satu meja dengan mufti Perlis. Satu pengalaman baru. Aku banyak mendiamkan diri. Lebih banyak memerhatikan gelagat tokoh sepertinya. Tuan rumah tersebut adalah penuntut tetap kuliah bulanan Kitab Riyadhus Solihin oleh mufti Perlis itu..
Ahad, 1 Julai 2007, Dr. Asri ada satu lagi kuliah di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara, sebelum beliau bertolak balik ke Perlis. Juga Kitab Riyadhus Solihin tapi tajuk lain. Kuliah berjalan dengan lancar. Kerusi di dalam Dewan Seroja itu ada yang kosong. Sebenarnya, hari Ahad ada kuliah mingguan Dr. Abdullah Yasin di tempat lain. Berlaku pertembungan kelas yang memaksa para hadirin memilih antara dua kuliah untuk dihadiri..
Moga segala-galanya bermanfaat untuk diri..
Sekian..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan