Tokgurukulan mencoret:
Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian..
Selasa lepas, 18 Mac 2008 bersamaan 10 Rabiul Awal 1429 H, aku menerima mesej daripada dua orang sahabat lama ketika di maahad dulu, iaitu Kama dan Azman."Tuan Guru Haji Loh Lubuk Tapah sedang tenat. Marilah kita sama-sama membacakan YASIN dan mendoakan kesejahteraan beliau. Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang mengetuai bacaan YASIN di rumah beliau sekarang. Moga beliau diberikan kesihatan. Sebar-sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain.".
Terbayang wajah beliau yang lembut dan tenang. Aku lantas menceritakan serba sedikit mengenai tuan guru yang pernah aku menuntut ilmu dengannya itu, kepada isteriku. Sekelumit doa kulafazkan, memohon agar kesihatan dikurniakan kepada beliau untuk terus berbakti kepada masyarakat yang amat memerlukan khidmat beliau.
Pagi esoknya, 19 Mac 2008 bersamaan 11 Rabiul Awal H, Kama mengirimkan satu lagi mesej iaitu berita kematian beliau."Tuan Guru Haji Loh Lubuk Tapah baru meninggal 7.20 pagi tadi."
INNAA LILLAAH WA INNAA ILAIHI ROOJI'UUN. Sesungguhnya kita adalah milik ALLAH dan kepadaNYA lah kita akan kembali. Aku tergamam seketika. Sedih melanda diriku. Sebutir permata yang begitu bernilai sudah diambil kembali oleh ALLAH.
Terbayang kenangan bersama sahabat-sahabat maahad suatu ketika dulu, di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Aku bersama-sama dengan Azmi, Salihin, dan Kama telah menghabiskan waktu cuti sekolah (sebelum memasuki tingkatan 4) kami di pusat pengajian pondok tersebut. Di situlah kami mengenali Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, tuan guru di pusat pengajian pondok tersebut. Beliau lahir pada tahun 1934. Jadi, beliau meninggal dunia pada umur 74 tahun.Walaupun tidak banyak ilmu formal yang kami dapat daripada beliau kerana masa kami yang terhad di sana, namun banyak ilmu tidak formal yang dapat kami belajar daripada peribadi beliau sendiri.
Memang terbukti kealiman beliau berdasarkan pemerhatianku sendiri. Aku mendapati bahawa beliau berkemampuan mengajar banyak cabang ilmu. Aku berhak mengatakan demikian kerana aku juga pernah belajar di Pondok Pasir Tumboh yang tidak berapa jauh dari rumahku di kampung. Habis sekolah pada waktu petang, aku menghabiskan waktu malam di pusat pengajian pondok tersebut. Di sana, jika seseorang guru itu mahir tafsir, beliau hanya mengajar kitab-kitab tafsir. Begitu juga dengan ilmu-ilmu hadith, feqah, tauhid, dan yang lain-lainnya.Uniknya Tuan Guru Haji Abdullah ialah, beliau mampu menghuraikan kitab-kitab daripada pelbagai cabang ilmu, dan aku suka cara beliau mengolah, walaupun agak tradisional. Beliau sangat dikenali sebagai seorang yang sangat tegas dengan pendiriannya. Beliau juga sering disebut-sebut sebagai tuan guru yang bermulut masin, iaitu, apa yang disebut oleh beliau, pasti akan berlaku. Tentang kebenaran dan kesahihan perkhabaran tersebut, hanya ALLAH jua yang Maha Mengetahui.
Sekarang, semua itu hanya tinggal kenangan. Moga ruh beliau aman di alam yang sudah tidak sama dengan alam kita yang fana ini.
Al-Fatihah..
Artikel ini adalah ihsan daripada blog ini :
http://azlansajirah.blogspot.com/
Hari ke hari, debaran makin terasa. Tinggal hanya 9 hari lagi menuju pernikahanku. InsyaALLAH, selepas selesai semua urusan perkahwinanku, aku akan berkongsi satu blog baru dengan pengunjung-pengunjung sekalian. Blog mengenai kisah atau perjalanan hidup kami (aku dan bakal isteriku) setelah kami bergelar suami isteri yang sah.
Maaf kerana sejak akhir-akhir ini, aku kurang dapat memberikan komitmen yang penuh kepada updating dan penulisan blog. Sama ada aku sibuk dengan urusan di ambang pernikahanku, atau sibuk dengan terlalu banyak tempahan untuk kuliah tafsir Ustaz Kariman. Selain daripada tempahan untuk kuliah-kuliah yang pernah kami (
Fuh.. Hari ni, kali pertama dalam hidupku, aku mencuba permainan tenis. Tu pun setelah AbgZahar asyik bukak channel Star Sports, memuji-muji dan kagum dengan ketangkasan Roger Federer yang tiada tandingannya. Lagi pun, dah lama jugak aku teringin untuk mencuba. Ahli-ahli rumah ni yang biasanya main tenis ialah AbgZahar dan Shah. Aku saje je cakap dengan mereka berdua tadi, kalau nak main tenis, ajak lah aku sekali.
Biasanya, permainan yang menjadi rutin kami di SevenHeroes ialah badminton. Kalau nak main tanpa rintangan angin, kami tempah dewan di TTDI. Tapi sekarang, jarang main di dewan. Yang selalu nye, main di laman bawah. Tu pun dah kira complete. Ada line atas tar tu. Net pun kami ada. Cuma kadang-kadang ada sedikit rintangan angin. Tapi itu sebenarnya akan menambahkan lagi cabaran!
Akhirnya, jadi kami main tenis hari ni. Pukul 3 petang tadi kami ke court tenis di TTDI setelah tempah untuk tempoh masa 2 jam. Kami bertiga. Aku, AbgZahar, dan Shah. Memandangkan aku masih baru, kami main pukul-pukul je. Tak kira mata pun. Lagi pun, kami bertiga. Tak cukup untuk main beregu, tapi lebih pulak kalau nak main single. Saje test power dulu. Erm, nampak orang main macam senang. Tapi bila cuba, mencabar jugak.
Malam ini aku ingin menulis sementara rehat seketika daripada kerja-kerja BIZARRE. Ingin menulis mengenai 'mini journey' aku dengan teman-teman sefakulti suatu ketika dulu (Macam dah lama je.. Hihi), semalam. Sekarang, masing-masing dengan haluan sendiri. Takpe lah luangkan sedikit masa bersama, sementara aku belum bertukar status ni (Upss, terbocor pulak!).
Daud : Lan, ko sibuk ke hari ni?
Sesampainya di Planetarium, ambil Korak dan Shima, kami ke cafe berdekatan. Makan di situ. Macam-macam cerita yang keluar sebab dah lama jugak tidak bersua. Aku dan Shima mengambil peluang untuk berkongsi cerita yang sama. Kami sama-sama akan bertukar status pada awal tahun depan. Daud, Korak, dan Che Am pun turut sama bagi idea dan cadangan untuk apa yang dibincangkan. Tentu sekali mengenai segala macam urusan persiapan. Aku mengenai perancanganku dan tunangku dalam persiapan kami. Shima pula mengenai persiapannya dan tunangnya.
Pukul 2.30 petang, kembali ke Planetarium sebab Korak dan Shima dah kena masuk kerja. Kami yang tiga orang lagi ni dapat lah masuk free sebab datang dengan staff Planetarium. Alang-alang dah ada kat situ, kami ambil peluang untuk menjelajah seluruh Planetarium tu. Sempat juga masuk ke partition mereka di dalam pejabat Planetarium.
Agak petang sikit, kami pun bertolak balik. Nak singgah Taman Tasik Perdana sekejap sebelum balik. Mulanya, Shima ikut dengan keretanya di belakang kami. Masa kami dapat parking, dia belum dapat.
Saje jalan-jalan mengambil udara segar. Sejuk mata bila dapat lihat tasik dengan ada pulau buatan di tengah-tengahnya yang ditanam pokok buluh. Angsa-angsa putih begitu cantik di pinggir tasik. Ramai pengunjung yang bagi roti kepada angsa-angsa tu.
"Iyeee.. Pontianak Harum Sundal Malam!", kata-kata Korak tu membuat aku berfikir seketika.
Bertemu kembali kita dalam ruangan blog SevenHeroes ini setelah agak lama tiada entry baru. Di sini, dirakamkan ucapan penghargaan kepada ahli-ahli SevenHeroes lain yang akhirnya meluangkan juga sedikit waktu untuk menulis sesuatu. Pidut, Shah, AbgZahar. Yang lain mungkin akan menyusul kemudian, dengan luahan, pandangan, idea, atau apa sahaja yang ingin dikongsi dengan pengunjung-pengunjung. Mari kita sama-sama memanfaatkan wadah ini!
Sebenarnya, untuk menulis, tidak semudah yang disangka. Selain daripada faktor idea dan kepandaian menyusun kata dan ayat, ada perkara yang lebih sukar daripada itu, iaitu kekuatan untuk memulakan penulisan. Tidak dinafikan, setiap masa, ada je perkara yang boleh ditulis. Cuma bila nak mula menulis, rasa sangat berat. Itu tandanya 'mood' menulis tidak ada. Setuju tak? Idea ada tapi tidak berjaya diluahkan ke dalam bentuk penulisan. Erm. Susah jugak sebenarnya ye!
Aku jadi teringat pulak dialog beberapa hari lepas di rumah kami ni. Sempena tahun baru yang bakal bertamu, Iidil beli diari 2008. Semangat betul dia nak menulis diari. Bagus la semangat tu. Kira azam tahun baru la tu.
"Tu la. Ana tak pernah tulis diari. Ni baru nak cuba. Harapnya menjadi la azam ni untuk tahun 2008.", Iidil mengakui kata-kataku.
"Ok lah. Ana nak cuba tulis diari bermula 1 Januari 2008 ni. Seronok kan, bila kita baca balik coretan-coretan kita tu suatu masa nanti? Nanti kita akan dapat belajar daripada sejarah-sejarah hidup kita sendiri.", Iidil meneruskan tekadnya.
Hari ahad, 28 Oktober 2007, malam tu, aku ke rumah pak sedara di Damansara Damai. Adik kepada abah. Nama dia Tengku Anuar. Nama panggilannya di kalangan anak-anak buahnya ialah Ayohcik. Tergerak di hati ingin mencoret sedikit mengenai perkara ni pada hari tu tapi tak sempat. Akhirnya, hari ini baru dapat aku catat mana yang aku masih ingat. Sebenarnya tiada apa sangat yang penting. Sekadar ingin berkongsi cerita kehidupan. Juga sebagai catatan diari hatiku sendiri.
Malam tu, aku baru teringat mengenai seorang kawan lama. Zamzami namanya. Kawan sekolah rendah. Dah beberapa tahun tidak bersua. Biasanya, at least, pada hari raya, aku akan ke rumahnya. Kalau tak pun, dia akan bertandang ke rumahku ditemani kawan-kawan yang lain seperti Syed, Hady Roslan, Ali, dan beberapa orang lagi.
Kat rumah Ayohcik, kami makan nasi himpit (kelate panggil 'nasi kapit') dan laksa penang. Makcik Lah (isteri Ayohcik) kata, dia masak sendiri. Erm, pandai dia masak! Belum sempat hujan berhenti, kami mintak diri untuk pulang kerana sudah agak lama. Sebelum tu, sempat lagi aku bagi duit raya kepada dua orang sepupuku; Tengku Nur Syahirunnisa (darjah 5) dan Tengku Akmal Hakim (darjah 3). Mereka ni, asal aku datang je, mula la tak bagi aku balik. Aku memang selalu datang bila ada kelapangan. Cuma sekarang aku agak sibuk menyebabkan jarang dapat bertandang seperti selalu. Erm, aku belum dapat pergi ziarah rumah Zamzami malam ni kerana dah agak lewat. Mungkin lain kali ada kesempatan itu. Dapat bertemu ni pun sudah dikira sebagai satu nikmat yang amat bernilai.
Menulis punya menulis, rupanya ada perkara penting yang aku lupa nak tulis di sini. Tak kisah la walaupun dah lama lepas. Aku tetap nak luahkan juga dalam blog ni. Ceritanya masih lagi berkisar mengenai raya yang baru sahaja kita sambut. Saje ingin meluahkan perasaan gembira pada Syawal kali ini. Jika ditaip, ingatan yang indah-indah akan seronok dikenang kembali bila tiba-tiba suatu masa nanti terbaca apa yang ditaip sekarang. Kalau dulu-dulu, boleh la kita sebut sebagai diari. Tapi sekarang, selain daripada diari, ada alternatif baru sesuai dengan peredaran zaman teknologi maklumat, iaitu blog. Apa yang terbuku di hati, ditulis ke dalam blog. Sama je konsepnya dengan diari. Cuma ini dalam bentuk digital.
Setelah bertukar-tukar cerita masing-masing, kami pun mintak diri untuk pulang. Tak sedap pulak berlama-lama di rumah orang malam-malam macam tu. Sebelum pulang, aku sempat tengok dan usap kepala baby. Ambik berkat. Hehe. Solihin cakap, nama dia Nurul Iman. Erm, sedap nama tu. Sejuk kedengaran di telinga. Macam tajuk lagu AMAR pulak! Solihin ni minat AMAR ke..? Hihi..