Memaparkan catatan dengan label Jenaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenaka. Papar semua catatan

Isnin, Disember 31, 2007

Makcik oh makcik ..

Tokgurukulan bercerita :

Pada suatu hari, ada seorang makcik datang dari kampung untuk melihat anaknya yang berkahwin dengan orang kaya. Makcik ni bawak kawan dia dari kampung yang sama, bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan kekayaan itu. Makcik ni telah menempah hotel 5 bintang untuk menunjuk kepada kawan dia tu. Sampai di hotel,

Pelayan : Makcik, mari saya tunjukkan bilik makcik.

Makcik : Baiklah.

Pintu pun terbuka. Pelayan tersebut menjemput makcik tu masuk.

Makcik : Apa ni? Saya bayar mahal-mahal, takkan dapat bilik yang kecik macam ni? Lepas tu takde tandas, almari, tv! Katil pun takde!

Pelayan : Makcik, sabar.. Ini baru lif.

Makcik tu pun terkebil-kebil menahan malu pada kawan dia..

* Moralnya ialah, jangan amalkan sikap nak menunjuk-nunjuk. Tiada faedahnya.

[+] Baca seluruh artikel..

Khamis, Oktober 25, 2007

Kisah guru dan murid ..

Tokgurukulan berkongsi ceria :

Bertemu kembali..

Erm, rasanya dah biasa sangat cerita-cerita lawak dalam kelas macam ni. Saje nak kongsi di sini.

"Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang, dan malam, cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh makna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama. Duduk. Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu. Faham?


Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid :(senyap).

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

...
...
...
...
..."

Laa.. Bila nak habis daa..

[+] Baca seluruh artikel..

Rabu, Oktober 24, 2007

Pukul berapa akan dibuka?

Tokgurukulan berkongsi cerita :

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.


"Assalamualaikum. Pukul berapa perpustakaan akan dibuka, encik?", seorang pemuda di hujung talian bertanya.


"Pukul 9 pagi, encik. Apa hal yang penting sangat encik menelefon saya tengah malam buta ni?", tanya pustakawan tadi.

"Erk. Tak boleh bukak awal lagi ke?", pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.

"TIDAK! Tidak akan dibuka sebelum pukul 9!", si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.

"Penting sangat ke sampai encik tak boleh tunggu hingga pukul 9 pagi untuk masuk?", pustakawan itu makin bengang.

"Siapa kata saya nak masuk?" kata pemuda itu kesal.
"SAYA NAK KELUAR! HUWAAA!!!"

Ish, ish.. Kesiannya..

[+] Baca seluruh artikel..

Tiga orang kawan ..

Tokgurukulan berceloteh :

"Pada suatu hari, ada lah tiga orang kawan yang sangat karib. Nama mereka ialah Gaduh, Otak dan Gila. Tiba-tiba Gaduh hilang. Lalu Otak dan Gila pun pergi ke balai polis berhampiran. Otak menunggu di luar, dan Gila masuk berjumpa dengan polis yang bertugas.

Gila : Encik, saya nak cari Gaduh.

Polis : Awak ni gila ke?

Gila : Ya.

Polis : Mana otak awak?

Gila : Otak saya di luar.."

Pening.. Pening..
Hahaha..

[+] Baca seluruh artikel..

Khamis, Jun 21, 2007

Erwan dan 100 ekor ayam ..

Tokgurukulan bercerita :

Pada suatu hari, ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu, dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romli.

Lelaki kaya : Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok. Ini alamat saya (seraya memberi kadnya).

Pak Romli : Baik tuan. Saya akan suruh anak buah saya menghantarnya esok ke rumah tuan.

Selepas itu, Pak Romli memanggil anak buahnya yang bernama Erwan dan memberi arahan.

Pak Romli : Wan, tolong hantar 100 ekor ayam ke alamat ini esok (sambil memberi kad lelaki kaya tadi).

Erwan : Hantar ayam? Beres Bos..

Esoknya, dengan menunggang motor, si Erwan pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletak di sebelah kanan, dan 50 ekor lagi diletak di sebelah kirinya.

Tetapi malangnya, di tengah perjalanan, dia terjatuh dari motornya. Ayam-ayam yang dibawanya langsung terlepas dan lari bertempiaran!

Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Erwan. Tetapi si Erwan tidak apa-apa malah dia ketawa berdekah-dekah. Seseorang di antara mereka datang bertanya. Mungkin dia khuatir kerana Erwan ketawa..

Orang Yang Bertanya : Bang, abang tak apa-apa ke...?


Erwan : Ha... Ha... Ha...

Orang yang bertanya : Bang, kenapa bang....?

Erwan : Ha... Ha... Ha... Dasar ayam-ayam bodoh! Mereka nak lari ke mana? Alamatnya ada pada aku! Haa... Haa... .Haa...

P/S : Orang ini macam pun ada ka?!!

[+] Baca seluruh artikel..

Jumaat, Jun 15, 2007

Kes naya pesakit jiwa..

Tokgurukulan bercerita :

Seorang pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain. Tidak lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor yang merawat mereka.

Doktor: Hari ini saya ada dua berita untuk kamu. Satu berita baik, dan satu lagi berita buruk.

Pesakit mental: Apa dia doktor?

Doktor: Pertama sekali, tahniah kerana kamu telah menunjukkan tanda-tanda hampir sembuh daripada penyakit kamu kerana telah meyelamatkan seorang pesakit yang cuba membunuh diri semalam. Berita buruk pula ialah, pesakit yang kamu selamatkan itu didapati telah menggantung dirinya selepas kamu menyelamatkannya semalam. Malang sungguh..

Pesakit mental: Oh, begitu rupanya! Sebenarnya, saya lah yang menggantungnya supaya dia cepat kering.. Hee..

Doktor: (Laa..)

[+] Baca seluruh artikel..

Ahad, Mei 27, 2007

Silap faham .. Kesian..

Tokgurukulan bercerita :

Seorang lelaki menelefon hospital untuk memberitahu bahawa isterinya nak bersalin. Jururawat hospital menjawab panggilan lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello.. Tolong saya. Isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang.. Ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Ini suami dia la! (bengang).."

Jururawat: "Erkkk.."

[+] Baca seluruh artikel..

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan