Selasa, Mei 22, 2007

Jangan Berprasangka...


Oleh: Ustaz Faisal

Tempat: Masjid Taqwa, TTDI


Muqaddimah

Seorang Mukmin yang percaya bahawa segala amalannya di dunia ini akan dihisab di akhirat nanti, dia pasti akan menjaga dirinya daripada perkara-perkara yang akan mengaibkannya di dunia ini dan juga semasa di hari pengadilan kelak.


Dan sekiranya dia pernah terlanjur, dia akan cuba menutup kesalahannya itu dengan beristighfar kepada Allah Yang Maha Pengampun, dan seterusnya bertaubat dengan bersungguh-sungguh serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi.



Kuliah ini adalah kesinambungan kepada Kuliah Subuh 1, yang menceritakan tentang persahabatan yang diredhai dan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah SWT.


Terdapat dua perkara yang biasanya menjadi ‘duri dalam daging’ di dalam sesebuah persahabatan. Dua perkara yang bukan sahaja boleh menjadi penyebab kepada tercemarnya kesucian sesuatu persahabatan yang dibina, tetapi juga menjadi sebab kepada kemurkaan Allah SWT.



Dua perkara itu adalah:


1. Prasangka


2. Berbohong



Untuk ruangan kali ini, saya akan menulis tentang perkara (1).



Isi



Prasangka



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:



‘Jangan sesekali kamu berprasangka kerana prasangka itu perkara yang paling dikeji oleh Allah SWT’



Di dalam konteks persahabatan mahupun konteks apa sekalipun, perkara pertama yang perlu dilakukan untuk mengelakkan timbulnya prasangka adalah dengan menjaga hak sesuatu persahabatan atau perhubungan itu.


Apakah hak itu?


1. Sahabat yang pertama, tidak menjaga hak sahabatnya dengan berusaha sedaya-upaya untuk mengelak daripada melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan timbul prasangka buruk terhadap dirinya sendiri.


2. Sahabat yang kedua pula, tidak menjaga hak sahabat yang pertama, dengan berprasangka buruk tanpa usul periksa, sedangkan dia boleh memilih untuk menyelidikinya terlebih dahulu yang pastinya lebih menguntungkan kedua-dua belah pihak.



Dan untuk kuliah kali ini, Ustaz Faisal lebih menumpukan perhatian terhadap hak (1)



Sememangnya manusia adalah makhluk yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Setiap orang daripada kita, pasti pernah melakukan sesuatu yang kita tidak berasa bangga, malahan berasa malu dengannya. Pendek kata, asalkan dia manusia, pastilah dia pernah melakukan dosa dan kesilapan.


Malah, disebabkan oleh kelemahan-kelemahan itulah, kita sangat dituntut untuk berusaha mengelakkan lagi perbuatan yang boleh menimbulkan prasangka buruk orang lain terhadap kita.


Sebagai seorang Rasul, Nabi Muhammad SAW adalah maksum, yakni terpelihara daripada melakukan sebarang dosa. Malah, tiada siapapun di kalangan sahabat yang akan meragui atau berprasangka buruk terhadap setiap perlakuan dan tindakan Nabi.


Namun begitu, baginda adalah orang yang paling berhati-hati menjaga setiap perbuatannya supaya tidak mungkin akan timbul perkara-perkara yang boleh menimbulkan prasangka.




Perkara kedua yang perlu dilakukan dalam mengelakkan prasangka adalah menyorok/menyembunyikan segala dosa dan keterlanjuran yang pernah kita lakukan.



Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman:


“Celakalah bagi orang-orang yang melakukan dosa secara terang-terangan.”



Sebagai Mukmin, kita dilarang menceritakan dosa-dosa yang kita lakukan kepada sesiapapun, melainkan untuk memberikan pengajaran kepada orang lain. Itupun dalam keadaan-keadaan yang tertentu sahaja.


Dan perlu juga diingat bahawa larangan itu bukan bermaksud kita boleh melakukan dosa secara sembunyi-sembunyi. Kerana dosa tetap dosa, samada secara bersembunyi atau secara terang-terangan! Apa yang berbeza cuma kesannya sahaja.



Dan di bawah ini, disenaraikan mengapa kita dituntut menyembunyikan segala dosa yang kita lakukan:



1. Allah SWT sendiri bersifat menutup dosa-dosa yang dilakukan hamba-hambaNya.



Allah SWT yang bersifat Ghafur adalah Tuhan yang maha menutupi dosa-dosa hambaNya. Allah Maha Penyayang, dan Dia menjaga aib hamba-hambaNya di dunia ini.


Jadi, jika Allah sendiri mahu menutup segala dosa dan keaiban kita, mengapa pula kita hendak menghebah-hebahkannya?!



Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda:


“Setiap orang daripada umatku akan dipadamkan dosa-dosanya oleh Allah melainkan orang-orang yang menghebah-hebahkan dosanya. Iaitu seorang lelaki yang melakukan dosa pada waktu malam, kemudian Allah sembunyikan dosanya itu sehingga pada waktu subuh. Kemudian apabila fajar menyinsing, lelaki itu mencari temannya dan menceritakan tentang dosa-dosanya dan bergelak ketawa tentangnya. Maka, sesungguhnya dia telah menyentak kain ‘Satar’ yang digunakan oleh Allah untuk menutup dosanya sendiri!”



2. Supaya dosa kita tidak menjadi ikutan orang lain.





Rasulullah bersabda:


“Sesiapa yang berbuat satu dosa, maka dia akan mendapat dosa itu, dan dosa orang-orang yang mengikut perbuatannya.”



3. Supaya wujud rasa malu yang menebal dalam masyarakat.





Rasa malu adalah apa yang menghalang manusia daripada melakukan dosa.


Jika dosa diceritakan secara terang-terangan lama-kelamaan rasa malu akan terhakis, dan akhirnya manusia akan menjadi seperti haiwan yang boleh melakukan apa sahaja, ‘without any reserve!’


Ingatlah hadis Rasulullah yang menyebut:


“Malu dan Iman adalah ibarat saudara kembar. Bila diangkat salah satunya, akan terangkat yang satu lagi.”



4. Manusia itu cenderung mengingati perbuatan buruk/dosa manusia yang lain.





Sebagai seorang Muslim, kita perlu membawa imej yang baik, yang bersesuaian dengan imej seorang Muslim. Andainya, kita tergolong dalam orang-orang yang suka menghebahkan dosa-dosa yang kita lakukan, ia akan terus menghantui kita, walaupun pada ketika kita sudah bertaubat.


Kerana, sudah menjadi sikap manusia, akan mengingati segala perkara buruk dan dosa yang dilakukan oleh orang lain.




Akhir sekali, marilah sama-sama kita berusaha menjauhkan diri dari dosa. Semoga Allah terus menutupi aib-aib kita di dunia ini, dan di Hari Pembalasan kelak...

Wallahu ‘alam.

Aidan Z

[+] Baca seluruh artikel..

Isnin, Mei 21, 2007

Teka-teki 4 ..

Tokgurukulan berteka-teki lagi :




Waktu hidup, orang menyanyi. Bila dah mati, orang bertepuk tangan. Apakah ia?

Boleh komen di bawah.. Terima kasih..

[+] Baca seluruh artikel..

Ahad, Mei 20, 2007

Teka-teki 3 ..

Tokgurukulan berteka-teki :


Rumah apakah yang menggunakan banyak air?

[+] Baca seluruh artikel..

Jumaat, Mei 18, 2007

Info denggi ..


Tokgurukulan mencelah :

Setelah melihat ramai dilanda demam teruk, lebih-lebih lagi ahli rumah kami sendiri, Pidut, aku menjadi bimbang. Mungkinkah denggi? Tapi aku pun tak pasti. Doktor pun tidak memberikan kepastian..

Ku petik daripada wikipedia, sekadar info untuk semua :-

"Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.


Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).


Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgiasdan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).


Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.


Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, thrombocytopenia dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.."


[+] Baca seluruh artikel..

Khamis, Mei 17, 2007

Teka-teki 2 ..


Tokgurukulan berteka-teki :

Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Dia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?

[+] Baca seluruh artikel..

Selamat Hari Guru!!!


Sempena hari guru semalam, saya ucapkan selamat hari guru kepada para guru di seluruh negara dan dunia tidak kira guru sekolah ker, guru tusyen ke, guru ngaji ke, guru silat ke, guru masak ke, guru tadika ke, guru renang ke dan seterusnya. jasamu akan dikenang buat selamanya!!

~Shah Torpedo

[+] Baca seluruh artikel..

Rabu, Mei 16, 2007

Pidut demam ..


Tokgurukulan melaporkan :


السَّــلاَمُ عَـلـَيـكــُمْ وَرَحْـمَـةُ اللهِ وَبَـرَكـَـاتـُه


Untuk ke sekian kalinya, rasanya sesuai untuk ku laporkan mengenai Seven Heroes. Abang Zahar balik Melaka hari isnin. Katanya, hingga hari khamis. InsyaALLAH kalau tiada aral, sampai lah dia ke pangkuan Seven Heroes seperti yang dirancang..

Mengenai Pidut, masuk hari ni, sudah 4 hari dia demam. Bermula pagi ahad, masa Abang Zahar, Shah, & Iidil mengajaknya untuk sama-sama bermain badminton, dia menolak kerana terasa badan tidak sihat. Hari isnin sudah pergi klinik. Semalam pergi klinik lagi ditemani oleh Abang Alias. Kalau makan, mesti termuntah kembali. Risau betul. Ubat pun tertolak kembali bila ditelan. Tenaga sudah kehabisan tetapi setiap kali makan, pasti tidak akan bertahan lama. Pasti sistem badan akan menolak kembali makanan tersebut. Akhirnya kami cuba memberikan glukos setelah bubur yang Izuddin buat pun tidak dapat diterima oleh badannnya. Harapnya glukos akan memberikan tenaga segara kepada badannya..

Tidak lupa kepada Mullah & Poji yang telah datang menziarahi Pidut malam tadi. Terima kasih kami ucapkan. Moga kedatangan kalian ada barakahnya..

Marilah sama-sama kita doakan agar dia cepat sembuh..

[+] Baca seluruh artikel..

Isnin, Mei 14, 2007

Teka-teki 1 ..


Tokgurukulan menulis :

Umair berjalan di tepi pantai, di atas pasir, tanpa mencecah air. Bila Umair menoleh ke belakang, tidak terdapat kesan tapak kakinya di atas pasir tersebut. Kenapa ye?

Sila lihat komen di bawah untuk meneka atau mendapatkan jawapannya..

Terima kasih..

[+] Baca seluruh artikel..

Ahad, Mei 13, 2007

Selamat Hari Ibu!!!??

Sempena hari ibu ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan sesiapa yang membaca blog ini supaya sentiasa ingat kepada ibu tidak kira masa dan di mana jua anda berada.

~Shah Torpedo

[+] Baca seluruh artikel..

13 Mei...


Following Kulan's Happy Birthday wish to his beloved mom and youngest sister (isn't that sweeeet?!) I also want to wish a very Happy Belated Birthday to my 'big' brother... Mullah, who also one of ex-heroe of this house...

HAPPY BIRTHDAY MULLAH...
MAY YOU BECOME AN EVEN BETTER PERSON THAN YOU ALREADY ARE NOW...
AND MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS...

Aidan Z

[+] Baca seluruh artikel..

Hari ibu, hari lahir ma, & hari lahir adikJiha ..


Tokgurukulan meluahkan :

Assalamualaikum..

Hari ini adalah hari ibu. Hari yang begitu bermakna bagi diriku dan bagi semua insan yang punya ibu. Ya.. tentunya kerana hari ini semua ibu diraikan. Satu perkara yang menjadikan hari ini bonus dalam hidupku ialah, hari ini juga merupakan ulangtahun kelahiran bondaku tercinta. Che Karimah binti Md Noor. Bonda yang ku bahasakan dirinya 'ma'. Ulangtahunnya yang ke-46. Bukan itu sahaja, bahkan sama pula tarikh kelahiran adikku yang bongsu (no-9); Raja Nur Aziha (adikJiha), dengan tarikh kelahiran ma. Ulangtahun adikJiha yang ke-5..

Mengenang kembali kehidupanku dari kecil hingga sekarang, terasa begitu banyak kelakuan dan perkataanku yang secara sedar atau tidak, mungkin telah melukakan hati keibuannya. Aku telah mencuba yang terbaik untuk membalas kasihnya dan mentaatinya, tetapi, perasaan sebagai seorang anak akan tetap juga merasa ketidaksempurnaan itu. Walau sebesar mana pun kita membalas jasa ibu, percayalah bahawa tidak akan pernah mampu terbalas walaupun sama dengan pengorbanannya. Apatah lagi untuk dikira sudah berjaya membalas atau sudah terlebih balas berkali-kali ganda. Derhakalah seorang anak yang mengaku dia sudah membalas jasa dan pengorbanan ibunya..

Lebih kurang pukul 9.30 malam tadi, aku telah menghubungi rumah. Niat di hati ingin berbual-bual dengan adikJiha yang comel sebelum dia tidur. Alhamdulillah, dia belum tidur. Bila dengar je abengoh dia call, mula lah nak cakap itu ini. Rindunya..

Setelah itu, aku tidak ingin terlepas peluang untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada ma, sekaligus mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Ada saja perkara yang dibualkan. Teringat pulak waktu kami adik-beradik ada kat rumah. Sempat kami buat surprise untuk ma. Ma balik je, buka pintu rumah, kami nyanyikan lagu hari lahir, dengan sedikit jamuan ringan. Walaupun kecil, tapi ingatan kepada sambutan itu tidak pernah pudar. Maafkan kami ma, kerana tidak dapat meraikannya sama-sama pada tahun ini. InsyaALLAH jika ada kelapangan, suatu hari nanti pasti kami akan menggembirakan hidup ma walaupun kami tidak akan dan tidak pernah mampu untuk membalas segala pengorbanan ma kepada kami.

[+] Baca seluruh artikel..

Sabtu, Mei 12, 2007

Blog siapa ni?? Hehe ..


Tokgurukulan menaip :

Rupa-rupanya, ada suara pengunjung Seven Heroes yang akhirnya sampai ke telingaku melalui desiran angin bahawa blog ini seolah-olah blogku seorang. Kelakar jugak bila mendengarnya. Tak sangka sampai begitu. Sebenarnya hak kami bertujuh lah. Masing-masing punya hak untuk menyatakan apa sahaja yang terbuku di hati untuk dikongsi antara kami, dan juga untuk menjadi tatapan pengunjung-pengunjung lainnya..

Aku hanyalah bertindak sebagaimana sepatutnya. Bila timbul sesuatu di fikiran, ditambah dengan luangnya masa, dan terasa tidak salah untuk dikongsi di sini, aku terus saja menyusun kata. Menyusun kata seadanya saja. Kadang-kadang tidak sempat untuk berfikir panjang. Apa yang terlintas, terus saja diterjemahkan ke paparan skrin..

Untuk lebih menepati nama blog ini, ayuhlah sahabat-sahabat. Kongsi apa saja untuk memeriahkan blog kita. Moga ada manfaatnya untuk semua..

[+] Baca seluruh artikel..

Rabu, Mei 09, 2007

Jangan bersahabat dengan pendengki ..


Tokgurukulan menulis :

Meneruskan hari-hari mendatang, aku terpandang satu kata-kata pada sekeping kalendar. Aku sungguh tertarik dengan kata-kata tersebut. Untuk perkongsian bersama, aku taip ke dalam blog ini agar jika ada manfaatnya, dapat sama-sama dihayati..

Kata-kata itu berbunyi begini :

"Semua orang boleh diajak bersahabat, kecuali seorang pendengki. Sebab, seorang pendengki akan selalu membawa kita agar mematikan nikmat-nikmat ALLAH, menanggalkan semua keperibadian kita, melepaskan ciri kehormatan kita, dan menanggalkan semua sejarah baik kita.."

[+] Baca seluruh artikel..

Selasa, Mei 08, 2007

Rasa redha menghilangkan kesedihan ..


Tokgurukulan menulis :

Basysyar bin Burd berkata :

"Musuhku mempermalukanku,
dengan menyebut aibku.
Bagiku bukanlah sesuatu yang memalukan,
jika aku dikatakan buta.
Bila seseorang masih mempunyai kewibawaan dan ketaqwaan,
sesungguhnya kebutaan tidaklah membahayakan.
Aku melihat kebutaan,
sebagai pahala, modal, dan penjagaan diri,
sedang aku sangat memerlukan ketiga-tiga hal itu.."

Renung-renungkan..

[+] Baca seluruh artikel..

Muqaddimah bahasa Arab ..


Tokgurukulan menulis :

Mempertimbangkan permintaan AbangZahar, yang ku kira mewakili sahabat-sahabat lain juga, jariku tergerak untuk menulis mengenai bahasa Arab. Jangan gelabah dulu! InsyaALLAH akan dimulakan dengan yang paling asas, dan akan kucuba semampu mungkin untuk menjadikannya mudah, langkah demi langkah, sesuai untuk semua, terutamanya bagi yang benar-benar ingin belajar tetapi tidak tahu dari mana hendak bermula..

Mungkin selama ini ada tersimpan niat tetapi tidak berjaya diluahkan lantaran segan atau kesibukan kerja, atau mungkin juga menganggapnya begitu sukar hingga langsung melupakannya. Tetapi percayalah, jika kena caranya, insyaALLAH akan mudah diikuti. Diharap, sesiapa sahaja yang ingin mengambil manfaat daripada kesudianku ini, dapat istiqamah dalam mengikuti sambungan-sambungannya selepas ini..

Bagi kita orang mukmin, tidak dapat tidak, untuk menyingkap rahsia keindahan Al-Quran dan kemukjizatannya itu, perlu memahami bahasa mulia ini. Kelazatan memahami Al-Quran akan lebih terasa dalam jiwa bila kita dapat memahami bahasanya. Memang ada lagi perkara yang perlu dipelajari untuk betul-betul menghayati tanda-tanda kekuasaan ILAHI itu, tapi percayalah bahawa inilah asas kepada segala-galanya. Jika kita memulakannya dari sini, kita sebenarnya telah masuk ke fasa pertama memahami malah menghayati KalaamuLLah!

Harap mendapat respon daripada semua. Aku cuma ingin berkongsi sedikit ilmu yang mungkin berguna kepada sesiapa yang memerlukan. Apa yang aku ada, itulah yang dapat dikongsi. Moga niatku yang kecil ini dapat dinilai oleh ALLAH seadanya diri kerdilku di sisiNYA yang Maha Perkasa..

[+] Baca seluruh artikel..

Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni ..


Tokgurukulan menulis :

Sejak akhir-akhir ini, rumah kami dibanjiri dengan buku-buku agama. Satu perkembangan yang baik! Mungkin juga penangan pesta buku di PWTC yang baru sahaja berakhir 6 Mei lepas. Meja di rumah kami seolah-olah menjadi pusat segala-galanya. Makan, membaca, menonton TV, dan bermacam-macam lagi (termasuk tidur ke? Hehe..).

Ok.. berbalik kepada buku-buku tadi, nama Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni telah acapkali disebut-sebut oleh beberapa orang daripada kami. Beliau cukup dikenali dengan buku 'La Tahzan' atau terjemahannya 'Jangan Bersedih' karangan beliau. Buku yang mendapat logo best seller ini telah diterbitkan oleh bermacam-macam penerbit dan sehingga sekarang, sudah diterjemahkan kepada 29 bahasa dunia. Setelah mendengar kemasyuran nama beliau, aku terpanggil untuk membaca karya beliau itu. Wah! Bahasanya begitu indah! Itu baru terjemahannya ke dalam bahasa Melayu. Jika dibaca karangan dalam bahasa asalnya, Arab, sudah pasti bahasanya lagi puitis dan menyentuh hati..

Untuk lebih mengenali beliau, aku merujuk beberapa lagi karangan beliau untuk mencari profil penulis ini. Cari punya cari, akhirnya, dalam buku 'Nabi Muhammad S.A.W Al-Quran Berjalan, Rahmat Bagi Seluruh Alam', ku temukan sedikit mengenai latar belakang beliau..

Dipetik daripada buku tersebut : "'Aidh bin Abdullah bin 'Aidh berasal daripada zuriat suku Al-Qarni. Beliau lahir pada tahun 1379 H di kampung Al-Qarn, di bahagian selatan negara Arab Saudi. Beliau belajar di Universiti Islam Imam Muhammad bin Su'ud pada tahun 1403-1404 H, dan berjaya mendapat ijazah sarjana muda dalam jurusan Usuluddin. Kemudian pada tahun 1408 H, beliau telah berjaya mendapat sarjana penuh (M.A) dengan tesis bertajuk 'Bid'ah dan Pengaruhnya Terhadap Dirayah dan Riwayah. Kemudian, pada tahun 1422 H, beliau berjaya mendapat doktor (PhD) daripada universiti yang sama menerusi tesis beliau yang bertajuk 'Kajian dan Analisis Ke Atas Buku 'Al-Mufham 'ala Shahih Muslim' oleh Al-qurtubi'.' Selain yang demikian, beliau juga telah mengeluarkan 800 kaset keISLAMan yang berupa rakaman pidato, pengajaran, ceramah, juga simposium puisi dan bengkel sastera. Beliau hafaz Al-Quran (Al-Hafiz) dan kitab (hadith) 'Bulugh al-Maram'. Beliau hafaz hampir 5,000 hadith dan lebih 10,000 bait syair.."

[+] Baca seluruh artikel..

Isnin, Mei 07, 2007

Merenunglah dan Bersyukurlah


Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmat-Nya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.

Firman Allah Taala di dalam ayat 34, Surah Ibrahim yang bermaksud'

".....sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya...."

Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anada. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah unutk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

"......Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun yang batin.........(Lugman: 20)

Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

"Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan? ( Ar-Rahman: 13)

Adakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Adakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya? Pernahkah anda merasa nista ketika anda dapat menyantap makanan yang lazat dan minuman yang dingin, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?

Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan ada dari ketulian; penglihatan anda terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikan juga fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan aqal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi denagn lidah anda, namun anda bisu? Apakh anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berlian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memilik roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

Anda acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padalah anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk kebaikan, kenikmatan, dan masih baynyak yang lainnya. Oleh karana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!

Firman Allah Taala dalam ayat 21, SUrah Adz-Zariyat yang bermaksud'

"Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian tidak memperhatikannya?"

Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat dan dunia sekeliling anda. Dan janganlah termasuk di dalam golongan:

"Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya....."( An-Nahl: 83)



Dipetik dari buku bertajuk 'Jangan Bersedih', karangan Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni

[+] Baca seluruh artikel..

Jumaat, Mei 04, 2007

Hold my hand ..


Hold my hand . . .

A little girl and her father were crossing a bridge. The father was kind of scared so he asked his little daughter, "Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river." The little girl said, "No, Dad. You hold my hand." "What's the difference?" Asked the puzzled father..

"There's a big difference," replied the little girl. "If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go." In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond. So hold the hand of the person whom you love rather than expecting them to hold yours..

wmi (",)

[+] Baca seluruh artikel..

Friendship quotes


These are some of my favorite quotes about friendship that i hope will make each of us to think again of what are friends really meant to us...

  • A friend is a gift you give yourself.
  • True friendship is like sound health; the value of it is seldom known until it be lost.
  • A real friend is one who walks in when the rest of the world walks out.
  • A friend is someone who is there for you when he'd rather be anywhere else.
  • A friend is one who believes in you when you have ceased to believe in yourself.
  • Your friend is the man who knows all about you, and still likes you.
  • The better part of one's life consists of his/her friendships.
So, now let me ask you something.
Judging by the quotes above, do you really think you have a 'real friend'?
Look around, and ask this to yourself, everytime you look at your 'friend':
Is he/she really a friend... to me?
Or they are just your co-worker, or your house mate, or your old friend that were easily forgotten when you don't need them?

Think back, because the truth is:
The friendship that can cease and easily forgotten has never... never been real...!

Aidan Z

[+] Baca seluruh artikel..

Kuliah Persahabatan


Kuliah Subuh

Oleh: Ustaz Ahmad Faisal (UM)

Tempat: Masjid Taqwa, TTDI

Muqaddimah

Manusia tidak boleh hidup sendirian di atas muka bumi ini. Allah menyebut di dalam Al-Quran bahawa, Wanita itu pakaian bagi Lelaki dan Lelaki itu pakaian bagi Wanita.

Manakala Rasulullah SAW sendiri juga menyuruh kita memilih pasangan hidup berdasarkan agamanya, dan kemudian barulah diikuti dengan rupa, harta dan kedudukannya.

Isi

Namun, kuliah hari ini bukanlah berkaitan tentang hubungan lelaki dan wanita. Sebaliknya ia berkaitan dengan Mu’amalah sesama manusia, yakni perhubungan lelaki dengan lelaki, dan perempuan dengan perempuan.

Atau dalam perkataan lain, PERSAHABATAN.

Islam menyuruh kita memilih teman atau rakan, sebagaimana kita berhati-hati memilih pasangan hidup kita.

Dalam sebuah hadis Rasulullah menyebut bahawa seseorang itu akan dibangkitkan di akhirat nanti dengan siapa yang menjadi kawan karibnya di dunia ini.

Driwayatkan seoang lelaki telah datang berjumpa dengan Ibn Abbas r.a. dan bertanya bertanya kepada beliau bagaimanakah keadaannya seorang lelaki yang banyak beribadah, berpuasa, berzikir dan sebagainya secara berseorang diri, namun tidak bergaul dengan manusia lain.
Dengan tegas Ibn Abbas r.a. menjawab, ‘Saksikanlah bahawa lelaki itu adalah penghuni neraka!’

Itu adalah kerana seorang Mu’min yang banyak bergaul dengan manusia, kemudian dia bersabar, yakni apabila diuji dengan ujian yang mengajaknya ke arah maksiat, pergaduhan, kemarahan dan sebagainya adalah orang yang jauh lebih baik daripada yang duduk bersendirian untuk beribadah bagi mengelakkan diri mereka daripada diuji.

Apatah lagi ujian itu adalah perlu untuk menguji tahap keimanan kita kepada Allah SWT.

Kerana Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
‘Adakah kamu menyatakan kamu sudah beriman sedangkan kamu tidak diuji.’

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud, Rasulullah memberitahu bahawa seorang lelaki yang solat secara berjemaah bersama seorang lelaki yang lain, lebih disukai oleh Allah daripada seorang lelaki yang solat bersendirian. Manakala seorang lelaki yang bersolat bersama dua orang lelaki yang lain, lebih disukai oleh Allah daripada seorang lelaki yang solat bersama seorang lelaki yang lain... dan seterusnya. Yakni Allah semakin suka dengan jumlah jamaah yang semakin besar, dan bersama-sama menunaikan solat kepadaNya.

Itu adalah antara sebab mengapa solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam kerana antara lain ia juga bertujuan supaya seseorang Muslim itu dapat bergaul antara satu sama lain dan bermu’amalah sesama sendiri.

Namun perhatikan firman Allah SWT ini:

الأخِـلاءُ يَـوْمَــئِـذٍ بَـعْضُـهُـمْ لِـبَـعْضٍ عَــدُوٌّ إِلا الْـمُـتَّــقِــينَ
(٦٧)

‘Teman-teman aqrab pada hari itu ( hari kiamat ) sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain melainkan orang-orang yang bertaqwa.’

Surah Az-Zukhruf: 67


Di dalam penerangannya, Ust Faisal menerangkan bahawa apa yang dimaksudkan daripada ayat di atas adalah apabila seseorang itu dibangkitkan dari kubur kelak, rakan-rakan yang menjadi teman rapatnya semasa di dunia ini akan menjadi musuhnya sendiri pada hari kiamat nanti, melainkan orang-orang yang bertaqwa.


Sebuah hadis Rasulullah ada menyebut:

3 perkara yang apabila ada pada seseorang itu, dia akan merasakan kemanisan iman:

  1. Mengasihi Allah dan RasulNya lebih daripada dia mengasihi dirinya sendiri.
  2. Mengasihi sahabatnya hanya semata-mata kerana Allah.
  3. Membenci untuk dimasukkan ke dalam neraka lebih daripada segala-galanya.

Merujuk kembali kepada ayat Al-Quran di atas, tidak sukar untuk mengetahui bahawa apa yang dimaksudkan dengan teman-teman yang apabila dibangkitkan pada hari kiamat kelak, akan menjadi musuh sesama sendiri adalah orang-orang yang apabila bersahabat, persahabatan mereka bukanlah persahabatan yang ikhlas kerana Allah!

Dalam hal ini, Rasulullah telah menggariskan beberapa panduan dalam bersahabat:

  1. Apabila bersahabat, haruslah kerana Allah, dan bukannya kerana pangkat, bangsa, kedudukan, atau kerana kepentingan tertentu.

Dalam sebuah Hadis Qudsi, Allah telah menyebut bahawa orang-orang yang di dunia ini berkasih sayang hanya kerana Allah, mereka ini akan duduk di bawah perlindungan ‘Arasy, di kala tidak ada perlindungan lain pada hari kiamat kelak.

Malah Rasulullah juga pernah bersabda:

Pada Hari Kiamat nanti akan ada satu golongan manusia yang bukannya golongan Nabi dan bukan juga golongan Syuhada’, namun dicemburui oleh kedua-dua golongan itu lantaran kedudukan mereka yang istimewa di sisi Allah.
Lalu para Sahabat pun bertanya, siapakah mereka itu Ya Rasulallah?
Baginda menjawab, mereka adalah orang-orang yang semasa di dunia ini berkasih sayang hanya kerana Allah.

The interesting part adalah, pada zaman ini kita sebenarnya masih lagi berupaya untuk mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah di akhirat nanti.

Kita tidak berupaya untuk menjadi nabi, dan kebanyakan dari kita tidak mampu atau takut untuk pergi berjihad dan kemudian gugur sebagai syuhada’.

Tetapi, untuk memperolehi seorang sahabat yang dengannya kita berkasih sayang hanya kerana Allah, sama sekali tidaklah sukar untuk dicapai...

  1. Menjaga air muka dan aib sahabatnya itu

Dalam hal ini, Rasulullah ada menerangkan,

Jika ada seseorang yang menceritakan keburukan sahabat engkau, maka pertahankanlah dia. Jika tidak ada alasan lagi untuk mempertahankannya, maka katakanlah engkau tidak mendengar dan melihat tentang apa yang diceritakannya itu.

Menjaga aib sesama manusia adalah sangat penting, lebih-lebih lagi terhadap sahabat kita sendiri, apatah lagi jika dia tiada di situ untuk mempertahankan dirinya.

Ingatlah bahawa Allah Yang Maha Besar, dengan sifat Ghafur yang dimilikiNya, telah menyatakan bahawa Dia akan menutupi aib orang yang menutup aib sesama manusia.

  1. Berziarah

Adalah diceritakan dalam sebuah hadis bahawa ada seorang lelaki yang sedang berjalan untuk menziarahi sahabatnya di sebuah tempat yang jauh, dan kemudian dia didatangi oleh seorang malaikat.
Malaikat itu bertanyakan kepadanya ke manakah dia pergi dan apakah tujuan perjalanannya, yang mana lelaki itu menjawab dia ingin pergi menziarahi sahabatnya dan tidaklah ada tujuan lain melainkan semata-mata untuk merapatkan ukhuwwah mereka.
Lalu, malaikat itu berkata, ‘Sesungguhnya aku pesuruh Allah dan datang memberikan penyaksian bahawa Allah amat menyayangi kamu kerana perbuatan kamu itu.’

Lagi di dalam sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tabrani, Allah menyatakan bahawa orang-orang yang mendapat kasih sayangNya adalah orang-orang yang berkasih sayang keranaNya, menziarahi sesama sendiri, bertukar-tukar pandangan, berpelukan dan bersalaman keranaNya.

Dalam hal ini, ada sesuatu yang menarik yang harus kita fikirkan sejenak.

Sentuhan adalah lambang kasih sayang. Apabila kita bersalaman dan berpelukan sesama sendiri, kita akan dapat merasakan kemesraan dengan sahabat tadi dan akan membawa kepada perhubungan yang lebih erat.

Tidak percaya? Cuba sendiri...

  1. Saling membantu antara satu sama lain.


Firman Allah SWT:

وَتَـعَـاوَنُـوا عَـلَى الْــبِرِّ وَالـتَّــقْـوَى وَلا تَـعَـاوَنُـوا عَـلَى الإثْــمِ وَالـْعُــدْوَانِ وَاتَّــقُــوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَــدِيــدُ الْـعِــقَـابِ
(٢)

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaNya”

(Surah Al-Maidah: 2)


Rasulullah pernah memberitahu para Sahabat, ‘tolonglah sahabat kamu dalam keadaan dizalimi dan menzalimi.’
Apabila ditanya tentang hal menzalimi tersebut, Rasulullah menjawab, ‘tolonglah dia menghentikan kezaliman itu.’

Dalam hal ini, kita dapat melihat bahawa antara nilai persahabatan tertinggi adalah apabila kita mampu menghalang sahabat kita daripada melakukan kejahatan dan kezaliman.

Persahabatan bukanlah semata-mata bergembira dan bergelak ketawa bersama-sama, tetapi juga bermaksud tegur-menegur dan saling memperbaiki kualiti hidup, sikap dan ibadah kita.

  1. Menzahirkan kasih sayang.

Diriwayatkan pada zaman Rasulullah S.A.W. dua orang sahabat telah bertemu di sebuah pasar. Salah seorang daripada mereka berkata, ‘wahai sahabatku, aku sangat menyukaimu. Marilah kita pergi ke suatu tempat dan sama-sama kita berdoa semoga Allah memberkati kita dan persahabatan kita.’

Sahabat yang seorang lagi bersetuju dan bersama-sama mereka pergi dan berdoa kepada Allah SWT. Selepas itu kedua-dua sahabat itu pun berpisah atas urusan masing-masing.

Ditakdirkan Allah, salah seorang daripada sahabat itu meninggal dunia pada hari itu juga. Dan pada malam itu, sahabat yang masih hidup itu bermimpikan sahabatnya yang telah meninggal dunia itu datang kepadanya dan memberitahunya bahawa Allah telah mengampunkan dosa-dosanya atas penyaksian kasih sayang mereka berdua itu.


Penutup

Persahabatan Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabat baginda adalah contoh terbaik yang boleh menjadi ikutan kita. Sehinggakan, baginda sudah dapat mengenali para sahabat hanya dengan bunyi tapak kaki mereka berjalan menghampiri baginda!

Kecintaan para Sahabat terhadap baginda, dan kecintaan baginda terhadap para Sahabat sememangnya tidak ada tolok bandingnya, yang tidak salah lagi, telah menjadikan mereka golongan terbaik yang pernah hidup di muka bumi ini.

Kuncinya?

Keikhlasan dan keimanan yang sungguh jitu kepada Allah, yang menjadi landasan dan pengikat kepada perhubungan mereka...

Justeru, marilah kita berfikir sejenak...

Adakah kita mempunyai seorang.. ataupun ramai sahabat yang bersama-samanya/mereka, kita berharap akan dibangkitkan dari kubur kelak? Dibangkitkan dalam keadaan yang sangat baik, sebagaimana Rasulullah SAW dibangkitkan bersama-sama Abu Bakar r.a di sebelah kanan baginda dan Umar Al-Khattab r.a di sebelah kirinya?

Atau adakah kita mempunyai seorang ataupun ramai sahabat di dunia ini, tetapi hanya akan menjadi musuh kita di hari akhirat kelak? Semata-mata kerana tidak ada keikhlasan dalam persahabatan kita dan jauh sekali daripada berniatkan semata-mata kerana Allah SWT?

Atau adakah kita terdiri daripada orang-orang yang sombong dan hebat di dunia ini, tidak memerlukan sahabat atau sesiapa pun, tetapi kelak akan dibangkitkan sebatang kara pada hari pembalasan nanti?!

Wallahua’lam...

Aidan Z


[+] Baca seluruh artikel..

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan