Selasa, Disember 18, 2007

Negaraku Malaysia

(PERHATIAN : SILA KLIK "BACA SELURUH ARTIKEL" DI BAWAH UNTUK MEMBACA SELURUH ARTIKEL INI. "Coding" lari sikit!)

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Hmmm, hendak memulakan semula "perjalanan" saya untuk menulis setelah sekian lama tidak "mengaktifkan" diri memerah otak, mengeraskan hati, dan memujuk-mujuk diri sendiri untuk menggerakkan jari jemari supaya menari-nari atas papan kekunci komputer, amatlah susah! Teramatlah payah!! Setelah dipujuk-pujuk, difikir-fikir, direnung-renung, akhirnya dapatlah tulisan saya dihasilkan pada pagi ini. Terima kasih khusus pada Ku Lan dan Bro Zahar dan rakan serumah yang lain, atas pujukan dan "laser - laseran"( Maaf Izuddin! Tercampur aduk pula dengan B.I ), yang telah menolak saya keluar dari kongkongan MALAS, TIDAK PEDULI, dan SIKAP PASIF yang menyelubungi diri saya dalam beberapa bulan lepas. TERIMA KASIH SEMUA!!

Sebenarnya,post kali ini adalah hasil pemerhatian dan kesimpulan saya kepada beberapa perkara yang berlaku di sekeliling kita, terutamanya dalam negara kita, Malaysia.

Perbualan saya dengan 2 orang warga Ghana dan seorang warga Timur Tengah ( Maaf, tidak ingat dari negara mana ) di dalam Putra LRT semasa perjalanan ke PC FAIR baru-baru ini, membuatkan saya terfikir sejenak. Apa sebenarnya yang telah berlaku kepada Malaysia? Selaku seorang Muslim, yang mendiami Malaysia sejak dilahirkan 25 tahun lalu, membuatkan saya berasa malu apabila disoal satu soalan yang cukup mudah, mengapakah Malaysia-sebuah negara yang penduduknya majoriti terdiri daripada Muslim, mempunyai akhlak yang sangat buruk terhadap tetamu dari luar negara? Kesopanan dan kesusilaannya semakin terhakis dari diri setiap individu rakyat Malaysia. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri sangat memuliakan tetamu, walaupun seorang fakir. Kita selaku umat Muslimin di Malaysia semakin terhakis dengan budaya menghormati orang lain, berlemah lembut dan memuliakan orang lain. Salah seorang daripada warga Ghana itu beragama Kristian, melontarkan kritikan yang cukup keras dan pahit, bahawa dia tidak pernah berjumpa dengan negara yang sangat fobia dengan orang luar (pelancong), sebagaimana di Malaysia.



Beliau menceritakan pengalamannya yang diancam untuk dipukul hanya kerana bertanyakan arah kepada seorang gadis India. Katanya, beliau dikerumuni lebih 10 orang pemuda India apabila beliau mendekati gadis tersebut. Hmm,bunyinya macam samseng.Takpelah. Kemudian, beliau menceritakan satu kisah lagi, bagaimana dia sudah pun diacukan penumbuk, kayu dan sebagainya apabila mendekati gadis Melayu pula (Beliau belum membuka mulut, baru sahaja berjalan mendekati gadis tersebut, dan telah dituduh hendak menggoda/mengurat). Saya ketika itu, tersentak dan cuba bangkit, membentangkan hujah (time tu rasa macam peguam pula!), dengan mengatakan kepada beliau bahawa mungkin sudah ada kes-kes yang berlaku menyebabkan semua mereka yang terlibat menjadi sangat defensif kepada pelancong-pelancong asing terutamanya yang berkulit gelap. Beliau membalas hujah saya dengan mengatakan di negara-negara lain, contohnya Tunisia, Turki bahkan di U.K, mereka (pelancong warga kulit hitam) dilayan dengan penuh hormat dan sopan. Sebabnya? Mereka TETAMU, dan TETAMU wajib dilayan dengan sebaik-baiknya tanpa mengira warna kulit dan bangsa. Saya pun bangkit cuba membela Malaysia (Huiiiiiyyooo!) dengan mengatakan mereka sudah terpengaruh dengan khabar angin dan menjadi prejudis kepada warga kulit hitam. Beliau tidak membantah cuma MENAMBAH, katanya " Prejudice is not strong enough, XENOPHOBIA is!!!" Hmm, terdiam saya!!! Mungkin benar kita sudah pun menjadi fobia sehingga kita "PUKUL RATA" semua pelancong asing sebagai sama sahaja, mereka ganas, hendak merosakkan anak gadis Malaysia dan pembawa masalah utama di Malaysia. Mungkinkah? Fikir dan telitilah dengan minda yang terbuka. Cuba perhatikan di sekeliling kita, lihat, renungkan, dan analisis serta cuba lakukan sesuatu untuk mengubahnya, bermula dengan diri kita sendiri.



Terlupa pula saya, nama salah seorang warga Ghana itu ialah Quincy ( tidak pasti betul atau tidak ejaan ni, tetapi di sebut sebagai Queen-si). Beliau seorang pakar fabrik dari Amerika Syarikat, tetapi lahir di Ghana. Beliau datang ke Malaysia bertujuan untuk mencari peluang sebagai tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi, namun katanya, setelah 14 hari berada di Malaysia, beliau mengatakan bahawa perasaan keseorangan dan ketakutan menyebabkan keputusan beliau mencari pekerjaan di sini harus diteliti semula.

Ke mana agaknya ya, budi bahasa kita sebagai rakyat Malaysia? Sudah hilangkah budaya salam, senyum dan sapa di antara kita? Ramai di antara kita agak "keras" otot mukanya untuk menghadiahkan senyuman kepada orang yang tak dikenali, takut dicap gila, perasan hensem, bajet ayu dan sebagainya. Saya yakin dan percaya ramai di antara kita bila ada orang dalam kesusahan, terutamanya di khalayak ramai (situasi ini selalu berlaku), kita akan terpaku dan melihat sahaja samada pelancong asing, makcik tua yang uzur, pakcik yang buta, orang yang berkerusi roda terkial-kial hendak melintas jalan. Ya, mungkin selepas 2-3 min akan ada yang akan datang menolong. Tetapi cuba lihat dan teliti, kebanyakannya yang akan menolong ialah non muslim. Di mana Muslim yang lain?



Dalam mengharungi kehidupan harian kita, setiap Muslim adalah duta/wakil/cermin bagi agama kita yang murni ini, iaitu Islam. Adalah penting, amat penting untuk kita menjaga akhlak kita di depan orang ramai, apatah lagi di depan orang kafir, yang mana mereka ini samada kita sedar atau tidak, sentiasa memerhatikan kita. Adakah benar orang Islam begini sikapnya, apakah benar sikap orang Islam begitu dan pelbagai lagi aspek yang diperhatikan. Jika kita bersikap bukan dengan sikap yang dianjurkan oleh Islam, maka kita telah membina dinding antara mereka yang mencari kebenaran dan keindahan Islam dengan akhlak kita yang tidak islamik itu. Semoga ALLAH mengampuni kita.

Jika kita merasakan bahawa kita berpura-pura di hadapan mereka dengan bersikap baik, walhal bukan begitu sikap kita yang sebenarnya. Itulah cabarannya buat kita untuk mengubah diri kita menjadi lebih baik, biarlah kita bermula dengan BERPURA- PURA berakhlak mulia, semoga akhlak mulia yang kita pamerkan secara berpura-pura itu, akan menjadi akhlak kita yang sebenarnya secara perlahan-lahan. Ketika itu, kita sudah tidak hipokrit lagi, kerana akhlak yang mulia itu sudah menjadi diri kita yang sebenarnya. Pening kan?Hehe..Ada istilah yang dinamakan ISTIKHLAS yang boleh dibincangkan dengan panjang lebar dalam masa yang lain untuk menerangkan isu hipokrit-tak hipokrit ini.

Semoga ALLAH merahmati kita semua. Selamat Hari Raya Aidiladha. Assalamualaikum.

p/s:ini link untuk rujukan lanjut tentang Xenophobia http://en.wikipedia.org/wiki/Zenophobia

~Firdaus @ Pidut

[+] Baca seluruh artikel..

Selasa, Disember 04, 2007

Sudoku ..

Tokgurukulan berkongsi minat :

Assalamualaikum semua..



Kepada sesiapa yang baru pertama kali ingin mengenali Sudoku, elok rasanya untuk memahami konsep asas ini. Ini adalah langkah pertama dalam Sudoku. Mari kita sama-sama mempelajarinya!

Selamat berkenalan dengan Sudoku!

[+] Baca seluruh artikel..

Ahad, Disember 02, 2007

Jualan Mega

Mega Sale Is Back!!!

Konnichiwa...!!! Long time no post from me!! hehehehe...... Anyway, mcm biasa, sebagai promoter, saya ingin mengumumkan jualan mega sudah bermula di semua pasaraya besar termasuk Jusco One Utama (tempat saya bekerja). Jualan ini berterusan selama sebulan sehingga 1 Januari 2008. So, jemput2lah datang membeli belah, menghabiskan duit yang ada di dalam poket. hehehehe.........!!!!

~Shah Torpedo

[+] Baca seluruh artikel..

Ahad, November 25, 2007

Program di Taman Tasik Perdana ..

Tokgurukulan kembali melaporkan :

Assalamualaikum dan bertemu kembali..

Seribu kemaafan dipinta daripada pengunjung-pengunjung blog SevenHeroes sekalian. Minggu lepas, internet problem di rumah kami. Setelah technician TM datang dan check, kami diberitahu bahawa modem rosak. Setelah modem ditukar baru, tetap juga tak dapat internet connection. Setelah setting dibuat oleh Pidut, alhamdulillah, sekarang dah ok. Sekalung penghargaan kepada Pidut daripada kami serumah. Terima kasih Pidut!

Ok. Hari ini ada perkara yang ingin ku kongsi mengenai aktiviti kami, SevenHeroes. Pagi tadi, kami ke Taman Tasik Perdana seawal pukul 7 pagi untuk aktiviti ala-ala jungle tracking yang kami buat untuk ahli-ahli PMIUM (Persatuan Mahasisawa Universiti Malaya) yang dipilih. Tak ramai pesertanya. 20 orang sahaja. 10 orang lelaki, 10 orang perempuan. Daripada jumlah itu, dibentuk 4 kumpulan.

Kami yang terlibat ialah aku, Pidut, Izuddin, AbgAlias, Shah, Iidil, Mullah, dan Wak. Mullah dan Wak adalah jemputan daripada SevenHeroes. AbgZahar tak dapat ikut serta walaupun sebenarnya program ini adalah cetusan ideanya. AbgZahar terpaksa ke Janda Baik. Jadi, aku lah yang kena drive kereta AbgZahar yang ditinggalkan di rumah kami.

Sampai di taman, kami diberi briefing oleh Pidut untuk setiap check point yang dibuat. Ada 5 check point semuanya. Aku digandingkan dengan Shah. Aktiviti bermula, dan bermacam gelagat dapat kami saksikan pada adik-adik tersebut. Bermacam tafsiran dapat dibuat daripada penyelesaian peserta-peserta di setiap check point.

Lebih kurang pukul 1 tengahari, aktiviti selesai. Setelah berkumpul di briefing point, mengira markah keseluruhan setiap kumpulan, sedikit penerangan mengenai setiap tugasan yang telah diselesaikan, kami bersurai balik. Semua keletihan..

Sekian diceritakan..

[+] Baca seluruh artikel..

Khamis, November 08, 2007

Badminton kembali!

Tokgurukulan menukilkan :

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama tidak bermain badminton, entah macam mana, pagi tadi kami membuat keputusan untuk memulakan kembali sukan yang telah lama kami tinggalkan ini. Macam sempena deepavali pulak. Hehe. Tapi, yang pastinya, tiada kaitan langsung dengan perayaan itu.

Seperti sebelum-sebelum ini, kami bermain di ruang bawah. Ruang antara rumah. Memang di atas tar itu, ada line untuk badminton. Mungkin tuan rumah yang buat. Kami letak stand dan net, dan terus boleh main. Memang di situ lah tempat biasa kami. Kalau rasa terlebih rajin, baru lah kami akan ke Dewan Serbaguna di TTDI. Tempah dulu. Bayar RM4/jam. Berbaloi la kan. Kawasan tertutup. Tiada gangguan angin.


Erm. Set pertama, Aku, AbgZahar, Pidut, dan Shah. Kami main beregu. Beregu kurang meletihkan. Kalau single, jenuh nak mengejar shuttle. Lepas Iidil masuk, Shah naik ke rumah, mengundurkan diri. Setelah habis main, dalam pukul 10.00 pagi, Pidut goreng nasi. Nasi goreng yang cukup sinonim dengan Pidut, iaitu nasi goreng kunyit. Memang menyengat! Terima kasih Pidut..

[+] Baca seluruh artikel..

Open house lagi? Ish, ish..

Tokgurukulan melaporkan lagi :

Seperti tajuk di atas, memang open house masih belum berakhir. Kami baru sampai rumah pukul 10.30 tadi. Semua pergi kecuali Shah dan Pak Ya. Shah kerja malam. Pak Ya pulak balik Penang. Memang itulah rutinnya. Hujung minggu atau cuti, balik kampung. Biasa la, orang dah berumahtangga. Menjenguk keluarga dan anak tercinta.

Berbalik kepada awal-awal kisahnya, pukul 6.30 petang tadi, kami bertolak ke Desa Pinggiran Putra, Kajang. Dekat dengan Putrajaya. Rumah AbgAzral. Semua dimuatkan ke dalam imago AbgZahar. Aku, AbgZahar, AbgAlias, Pidut, Izuddin, dan Iidil.

Dalam kereta, tiba-tiba aku teringat pasal Wak. Tadi kami chatting dalam YM. Lupa pulak, dia cakap nak datang rumah. Tapi aku dah pesan kat dia, kalau betul-betul nak datang, inform dulu sebelum datang. Bukan apa. Mana tahu kalau takde orang. Dah bertolak, baru teringat. Kalau dia datang jugak tadi, memang takde orang. Maafkan kami, Wak, kalau kau betul-betul datang. Tapi, kalau kau datang jugak, mesti kau inform kepada kami kan?

Erm, pasal rumah AbgAzral, yang sedihnya, masa kami call AbgAzral, dia cakap makanan dah habis! Tu la, datang malam, biasa la kan. Memang tak payah nak mengharap la ada makanan lagi. Hehe. Sampai je rumah dia, kami masuk rumah dia. Jumpa mak ayah dia. Makan biskut-biskut raya, mana yang masih berbaki. Lepas tu, AbgAzral bawak kami ke Bangi. Makan di restoran. Sedih, sedih. Hihi..

Habis makan, kami terus bertolak balik. Sampai rumah, sempat lagi AbgZahar & Pidut merebahkan diri di ruang tamu. Kami keletihan. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab terlebih makan kot. Aku pulak tadi terpaksa habiskan nasi AbgZahar. Kesian aku. Hehe..

Sebelum kami semua tertidur terus, kami ambil wudhuk, solat isyak berjemaah. Rasa penat mesti dilawan seketika. Lepas solat, aku ingin study sikit walaupun rasa tidak sedap badan. Sebelum tu, sempat lagi aku log in blog kami ini, dan mula menulis entry ini..

Sekian diceritakan..

[+] Baca seluruh artikel..

Selasa, November 06, 2007

Open house lagi.. Rumah Mullah..

Tokgurukulan melaporkan :

Assalamualaikum..

Selagi Syawal belum habis, selagi itu lah open house sentiasa ada. Mungkin ini lah yang dimaksudkan oleh orang melayu sebagai 'puasa sebulan, raya pun sebulan'.

Ahad, 4 November 2007, aku, AbgZahar, Pidut, Iidil, Izuddin, dan AbgAmir (kawan AbgZahar), pergi ke rumah Mullah di Subang Jaya. Entah macam mana, hari tu, AbgAmir yang jadi mangsa. Tiba-tiba, dia digelar PokNik. Kesian dia. Mullah confuse bila kami cakap, orang yang bernama PokNik akan ikut sekali. Dia ingat, dia tak kenal. Kami sampai je, Mullah tergelak besar sebab dia memang dah kenal AbgAmir. Ai, macam-macam gelagat!

Setelah bersalam-salaman dengan Mullah dan familinya, makan-makan, AbgAizuddin sampai. Dia datang dengan isterinya, KakWan, dan anak comelnya, Hasif. Baik je budak tu. Sape je ambik dia, dia tak nangis. Semua orang nak dukung dia. Bertukar-tukar tangan.

Pukul 4.30 petang, kami bertolak pulang.

[+] Baca seluruh artikel..

Jumaat, November 02, 2007

Open house rumah Ayohcik..

Tokgurukulan bercerita :

Assalamualaikum semua!

Hari ahad, 28 Oktober 2007, malam tu, aku ke rumah pak sedara di Damansara Damai. Adik kepada abah. Nama dia Tengku Anuar. Nama panggilannya di kalangan anak-anak buahnya ialah Ayohcik. Tergerak di hati ingin mencoret sedikit mengenai perkara ni pada hari tu tapi tak sempat. Akhirnya, hari ini baru dapat aku catat mana yang aku masih ingat. Sebenarnya tiada apa sangat yang penting. Sekadar ingin berkongsi cerita kehidupan. Juga sebagai catatan diari hatiku sendiri.

Beberapa hari sebelum tu, memang aku dah terima satu mesej daripada Ayohcik supaya datang ke rumahnya hari ahad. Dia buat open house. Siangnya, banyak kerja yang perlu disiapkan. Lalu, petang tu, aku beritahu Ayohcik, insyaALLAH, kalau tiada aral, aku akan ke rumahnya malam nanti.

Malam tu, aku baru teringat mengenai seorang kawan lama. Zamzami namanya. Kawan sekolah rendah. Dah beberapa tahun tidak bersua. Biasanya, at least, pada hari raya, aku akan ke rumahnya. Kalau tak pun, dia akan bertandang ke rumahku ditemani kawan-kawan yang lain seperti Syed, Hady Roslan, Ali, dan beberapa orang lagi.

Aku chatting dengan dia baru-baru ini. Katanya, dia baru pindah ke Damansara Damai. Sebab tu aku tiba-tiba teringat kat dia ni. Rasa ingin bertemu dengannya. Alang-alang pergi Damansara Damai, elok juga kalau dapat bersua walau seketika.

Sebelum bertolak, aku call Zamzami dulu. Dia ada kat rumah. Dalam hujan renyai-renyai malam tu, aku pergi jugak dengan Izuddin. Sampai rumah Ayohcik, aku call dia lagi. Aku ajak dia datang rumah Ayohcik. Dia kenal Abah. Abah adalah guru kami di bangku sekolah suatu ketika dahulu. Ini rumah adik Abah. Tentu dia seronok bertemu Ayohcik.

Dia agak lambat sedikit nak mencari rumah Ayohcik. Katanya, dia belum biasa dengan kawasan Damansara Damai kerana masih baru di situ. Akhirnya dia sampai jugak. Erm, lama jugak tidak bertemu dengan dia. Tapi still cool macam dulu. Hehe. Ada la bukak cerita mengenai kawan-kawan lain. Masing-masing dengan haluan hidup tersendiri. Biasa la tu kan.

Kat rumah Ayohcik, kami makan nasi himpit (kelate panggil 'nasi kapit') dan laksa penang. Makcik Lah (isteri Ayohcik) kata, dia masak sendiri. Erm, pandai dia masak! Belum sempat hujan berhenti, kami mintak diri untuk pulang kerana sudah agak lama. Sebelum tu, sempat lagi aku bagi duit raya kepada dua orang sepupuku; Tengku Nur Syahirunnisa (darjah 5) dan Tengku Akmal Hakim (darjah 3). Mereka ni, asal aku datang je, mula la tak bagi aku balik. Aku memang selalu datang bila ada kelapangan. Cuma sekarang aku agak sibuk menyebabkan jarang dapat bertandang seperti selalu. Erm, aku belum dapat pergi ziarah rumah Zamzami malam ni kerana dah agak lewat. Mungkin lain kali ada kesempatan itu. Dapat bertemu ni pun sudah dikira sebagai satu nikmat yang amat bernilai.

Sekian diceritakan..

[+] Baca seluruh artikel..

Khamis, November 01, 2007

Iffah kesayangan Ayohngoh!

Tokgurukulan meluahkan rasa :

Assalamualaikum..

Rindunya pada anak buahku, Iffah. Sekejap je balik beraya, dah kena kembali ke KL. Sempat la riba dan cium baby tu. Comel sangat. "Tunggu Ayohngoh balik raya haji nati deh!" Takpe la Iffah tak faham pun. Saje nak bercakap-cakap dengan dia. Hehe..


Ai, agaknya dah besar si comel Iffah ni. Gambar-gambar ni diambil masa raya ketiga, iaitu ketika umurnya 13 hari. Hari ni, umurnya dah masuk 30 hari. Dah sebulan rupanya. Masa raya hari tu, tidur je. Bila sedar, nangis lapar. Kalau tak lapar pun, ada la "benda" yang perlu diperiksa dan ditukar tu. Hihi. Biasa la tu kan. Nama pun baby. Banyak minum susu tu. Mesti cepat besar. Tak sabar nak dukung dia lagi!

[+] Baca seluruh artikel..

Jumaat, Oktober 26, 2007

Kes culik lagi ..??

Tokgurukulan berkongsi pendapat :

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Semalam aku terlihat satu foto kanak-kanak di muka depan News Strait Time. Di atas gambar tersebut tertera tajuknya : ANOTHER NURIN. Kes itu berlaku di Georgetown. Aku termenung seketika. Berfikir mengenai manusia yang pelbagai ragam. Dunia sudah semakin ramai dengan manusia yang mementingkan diri sendiri dan sanggup buat apa sahaja untuk memuaskan diri sendiri. Kerukunan hidup sudah diketepikan. Hidup yang sepatutnya dinikmati bersama-sama dengan harmoni dan saling membantu sudah menjadi tempat yang saban hari dilitupi dan diliputi ketakutan dan kerisauan. Dari sudut lain pula, ibu bapa kadang-kadang cuai daripada mengawasi keselamatan anak-anak sedangkan sudah acapkali dipaparkan oleh media mengenai perkara yang sama berlaku ke atas kanak-kanak.



Alhamdulillah, hari ni aku lega bila dapat melihat gambar kanak-kanak berumur 10 tahun yang bernama Rekha itu sudah pun berada di pangkuan keluarganya. Berdasarkan cerita daripada kanak-kanak tersebut, dia memang diculik. Dia dikurung di dalam satu bilik dan dipukul oleh seorang wanita. Rekha dibebaskan lantaran penculik tersebut takut bila kehilangan kanak-kanak itu mendapat liputan meluas media dan pihak polis melancarkan gerakan mencari besar-besaran. Erm. Penculikan berlaku lagi. Tidak mustahil jika tindakan media dan pihak polis lambat, akan berlaku perkara yang kita tak diingini ke atas Rekha, sebagaimana yang berlaku ke atas arwah Nurin, atau lebih teruk daripada itu.

Apakah yang boleh dilakukan untuk menghentikan perkara ini? Mengapa orang-orang yang kejam seperti itu masih tidak mahu memikirkan keharmonian hidup sejagat, dan mengapa pula para ibu bapa seperti tidak pernah dihidangkan dengan berita-berita kehilangan kanak-kanak?

Apa pendapat anda?

[+] Baca seluruh artikel..

Akhirnya kami berkumpul pada Syawal ini!

Tokgurukulan berkongsi cerita:

Assalamualaikum pembaca blog sekalian!

Menulis punya menulis, rupanya ada perkara penting yang aku lupa nak tulis di sini. Tak kisah la walaupun dah lama lepas. Aku tetap nak luahkan juga dalam blog ni. Ceritanya masih lagi berkisar mengenai raya yang baru sahaja kita sambut. Saje ingin meluahkan perasaan gembira pada Syawal kali ini. Jika ditaip, ingatan yang indah-indah akan seronok dikenang kembali bila tiba-tiba suatu masa nanti terbaca apa yang ditaip sekarang. Kalau dulu-dulu, boleh la kita sebut sebagai diari. Tapi sekarang, selain daripada diari, ada alternatif baru sesuai dengan peredaran zaman teknologi maklumat, iaitu blog. Apa yang terbuku di hati, ditulis ke dalam blog. Sama je konsepnya dengan diari. Cuma ini dalam bentuk digital.


Eh, menyimpang jauh pulak. Ok, masuk kepada isi utama entry ni. Sebenarnya, raya kali ini, selain daripada aku gembira menyambut anak buah pertama, ada satu lagi perkara yang boleh dicatat dalam diari hidupku (atau, boleh ke digantikan dengan istilah 'blog hidupku'..? Hehe). Setelah beberapa tahun tidak bertemu dengan sahabat-sahabat rapatku semasa di Maahad Muhammadi suatu ketika dahulu, raya kali ini kami berlima dapat berkumpul! Aku, Azmi, Kama, Solihin, dan Azman. Betapa rapatnya kami, kami sempat bergambar di photo studio. Setiap orang daripada kami ada simpan satu salinan.


Sebenarnya, bukan sengaja tidak mahu berjumpa. Cuma bila masing-masing sudah ada komitmen tersendiri, sudah tidak ada waktu yang dapat diluangkan bersama-sama. Kalau waktu itu tak pernah terfikir pun bahawa suatu masa nanti kami akan dipisahkan oleh waktu dan kerjaya, sekarang baru rasa keadaan itu dan terasa begitu berharga saat-saat ketika dapat selalu berkumpul dahulu, di mana sekarang nikmat itu sudah tiada.

Berikutan aku mendapat tahu Solihin (yang sudah mendahului kami dalam berkeluarga) sudah mendapat baby pertamanya, aku ajak Azman pergi ziarah. Tengok baby. Rupanya baby Solihin selamat dilahirkan pada 30 September 2007. Anak buahku, Nik Nurul Iffah, dilahirkan pada 3 Oktober 2007. Beza 3 hari je. Diringkaskan cerita, raya kedua, malam tu, Azmi datang rumah aku. Dia datang ditemani kawannya. Lepas tu Azman pulak datang. Kami pun bergerak ke rumah Solihin. Azmi pergi dengan kawannya. Aku tumpang kereta Azman. Sesampainya kami di rumah Solihin, kami berpeluk-pelukan. Ye la. Lama sangat tak jumpa. Kama belum tiba. Lambat sikit. Katanya, dari rumah abang iparnya. Tidak lama kemudian, Kama sampai. Akhirnya, berkumpul lah kami setelah beberapa tahun terpisah oleh masa!

Setelah bertukar-tukar cerita masing-masing, kami pun mintak diri untuk pulang. Tak sedap pulak berlama-lama di rumah orang malam-malam macam tu. Sebelum pulang, aku sempat tengok dan usap kepala baby. Ambik berkat. Hehe. Solihin cakap, nama dia Nurul Iman. Erm, sedap nama tu. Sejuk kedengaran di telinga. Macam tajuk lagu AMAR pulak! Solihin ni minat AMAR ke..? Hihi..

Setelah menghantar Kama balik ke rumahnya, dan singgah masuk sekejap, kami pun balik. Azmi dan kawannya balik ke quarters di Hospital Besar Kota Bharu, tempat kerja mereka. Aku dihantar balik oleh Azman. Rumah kami tak jauh. Sama-sama Pasir Tumboh.

Begitulah seadanya kisah 5 orang sahabat..

[+] Baca seluruh artikel..

Khamis, Oktober 25, 2007

Kisah guru dan murid ..

Tokgurukulan berkongsi ceria :

Bertemu kembali..

Erm, rasanya dah biasa sangat cerita-cerita lawak dalam kelas macam ni. Saje nak kongsi di sini.

"Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang, dan malam, cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh makna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama. Duduk. Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu. Faham?


Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid :(senyap).

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

...
...
...
...
..."

Laa.. Bila nak habis daa..

[+] Baca seluruh artikel..

Rabu, Oktober 24, 2007

Puasa enam hari Syawal ..

Tokgurukulan bertazkirah :

Assalamualaikum..

Hatiku terdetik untuk menulis mengenai ibadah puasa enam hari Syawal lantaran ia berkait rapat dengan diri kita sendiri dan kena pulak masanya. Kita sekarang sedang melalui hari-hari itu. Lantas, berbekalkan beberapa sumber dan sedikit kefahaman, aku mengadap komputer dan mula menaip ke dalam blog kami ini. Moga ada lah yang dapat dikongsi bersama-sama pembaca-pembaca sekalian.


Ok. Dalil puasa sunat enam hari pada bulan Syawal ialah hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari daripada bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih : Dikeluarkan oleh Muslim dalam Sahihnya, hadis no: 1164 (Kitab As-Siyam, bab Disunatkan Berpuasa Enam Hari Dari Bulan Syawal)].


Puasa sunat enam hari Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang daripada berpuasa pada hari tersebut. Abu Sa‘id al-Khudri berkata: “Nabi s.a.w. melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.” [Sahih : Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1991 (Kitab Al-Saum, bab Berpuasa Pada Hari Aidil Fitri)].

Ia boleh dilakukan secara rambang asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah s.a.w. menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Jadi, puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah bulan Syawal.

Wujud perbincangan, adakah dibolehkan berpuasa sunat enam hari Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Perbincangan ini membuahkan dua pendapat.

Pendapat pertama, dibolehkan menangguhkan puasa qadha berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah berkata: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban kerana sibuk (melayani) Rasulullah s.a.w..” [Sahih : Dikeluarkan oleh Muslim dalam Sahihnya, hadis no: 1146 (Kitab As-Siyam, bab Mengqadha Puasa Ramadhan Pada Bulan Syawal). Dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 1950.]

Pendapat kedua, Rasulullah s.a.w. mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian baru lah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Walau bagaimana pun, pendapat kedua ini lah yang lebih rajih (lebih kuat) kerana Aisyah tidak menyatakan sama ada dia melakukan puasa sunat enam hari tersebut pada bulan Syawal atau pun tidak. Yang dinyatakan hanyalah dia menangguhkan puasa qadha. Juga, tidaklah menjadi satu kecacatan baginya jika dia tidak berpuasa sunat tersebut kerana melayani Rasulullah (suami) adalah lebih utama daripada mana-mana ibadah sunat pun. Satu lagi yang dapat difikirkan, jika Aisyah tidak mampu melaksanakan puasa wajibnya (qadha) lantaran melayan Rasulullah (suami), sama sahaja situasinya dengan puasa sunat kerana tuntutan berpuasa adalah sama, sama ada wajib atau sunat.

Moga kita sama-sama mendapat pengajaran daripada peringatan yang sedikit ini.

Wassalam..

[+] Baca seluruh artikel..

Teka-teki 12 ..

Tokgurukulan berteka-teki lagi :

"Bilakah motto 'Terus Maju, Pantang Berundur' tidak berguna sama sekali?"

Erm.. Jom fikir-fikir..

[+] Baca seluruh artikel..

Pukul berapa akan dibuka?

Tokgurukulan berkongsi cerita :

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.


"Assalamualaikum. Pukul berapa perpustakaan akan dibuka, encik?", seorang pemuda di hujung talian bertanya.


"Pukul 9 pagi, encik. Apa hal yang penting sangat encik menelefon saya tengah malam buta ni?", tanya pustakawan tadi.

"Erk. Tak boleh bukak awal lagi ke?", pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.

"TIDAK! Tidak akan dibuka sebelum pukul 9!", si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.

"Penting sangat ke sampai encik tak boleh tunggu hingga pukul 9 pagi untuk masuk?", pustakawan itu makin bengang.

"Siapa kata saya nak masuk?" kata pemuda itu kesal.
"SAYA NAK KELUAR! HUWAAA!!!"

Ish, ish.. Kesiannya..

[+] Baca seluruh artikel..

Tiga orang kawan ..

Tokgurukulan berceloteh :

"Pada suatu hari, ada lah tiga orang kawan yang sangat karib. Nama mereka ialah Gaduh, Otak dan Gila. Tiba-tiba Gaduh hilang. Lalu Otak dan Gila pun pergi ke balai polis berhampiran. Otak menunggu di luar, dan Gila masuk berjumpa dengan polis yang bertugas.

Gila : Encik, saya nak cari Gaduh.

Polis : Awak ni gila ke?

Gila : Ya.

Polis : Mana otak awak?

Gila : Otak saya di luar.."

Pening.. Pening..
Hahaha..

[+] Baca seluruh artikel..

Teka-teki 11 ..

Tokgurukulan menduga :

Bagaimanakah hendak menghentikan air terjun?

Jawab.. Jawab..

[+] Baca seluruh artikel..

Ahad, Oktober 21, 2007

Khairi datang & beraya di rumah Apen ..

Tokgurukulan bercerita :

Malam tadi, bekas ahli rumah kami, Khairi, datang dari kampungnya di Perak. On the way nak ke Johor sebenarnya. Tempat kerja dia. Sebelum sampai sini, dia ke Shah Alam dulu, hantar adiknya di situ. Akhirnya, alhamdulillah, sampai jugak dia di teratak kami.

Lepas maghrib, dia keluar beraya dengan AbgAlias. Mengambil kesempatan singgah di KL ni untuk menziarahi rakan taulan di sekitar ibu kota ini. Tinggal lah aku, AbgZahar, dan Izuddin kat rumah. Secara mudahnya, BIZARRE lah yang tinggal kat rumah ketika itu. Hehe.. Erm, setakat ni, ramai yang dah sampai dari kampung. Yang belum sampai cuma Iidil dan Pak Ya (baru masuk rumah ni 2-3 bulan dan mungkin hanya untuk sementara waktu. Belum diceritakan mengenai Pak Ya dalam blog ni).


Lepas isyak, AbgAzwan Che Mood, jiran kami di rumah bawah, datang. Dia memang dah beritahu AbgZahar, dia nak mintak tolong kami angkat perabot-perabot di rumahnya. Dia nak susun semula sebagai persediaan menyambut bayinya nanti. Sekarang, dia keseorangan di sini. Isterinya dihantar pulang ke kampung. Menunggu saat kelahiran bayi.

Mula-mula tu, dia tunggu jugak ahli rumah kami yang lain balik. Tapi akhirnya, kami bertiga je yang ada. Kalau nak tunggu yang lain balik, rasanya lagi lambat boleh mulakan kerja. Lagi lambat mula, lagi lambat lah habis.

Walaupun berjiran, inilah kali pertama aku masuk ke rumahnya. Ye la. kalau saje-saje nak masuk, segan dengan orang yang dah berkeluarga ni. Ni kira peluang la. Sambil-sambil beraya. Pukul 10.00 malam, kami ke rumahnya kat bawah. Pindah almari, peti sejuk, dan susun meja sikit, siap la. Lepas tu, beraya la. Rasa dua tiga jenis biskut raya, cukup la. Balik rumah, tertidur terus. Tapi sebelum tu, sempat lagi bagi makan ikan-ikan kesayangan. Hehe..

Pagi tadi, kami bersiap untuk ke rumah Apen. Apen pun bekas ahli rumah ni. Dia memang jemput kami ke rumahnya sebelum dia balik ke tempat kerjanya di Sabah. Rumahnya di Sungai Buloh. Kalau nak dikira dari rumah kami, boleh dikatakan tak berapa jauh. AbgZahar tak nak ikut. Tak tahu pulak kenapa. Hmm.. kenapa ye..? Ok. Yang lain semua ikut. Aku, AbgAlias, Khairi, Shah, Pidut, Izuddin. Naik kereta baru Zukhairi. Hyundai Getz warna biru. Cantik. Warna tu antara favorite aku. Hehe..


Tiba di tol, berlaku pulak sedikit perlanggaran. Hyundai Getz Khairi terlanggar belakang sebuah kereta Proton Waja! Apa yang aku nampak, itu bukanlah suatu kes yang teruk sebab masa tu kereta memang tengah slow sebab di tol. Mungkin terlalai sedikit daripada menekan brek. Drivernya perempuan. Berlaku sedikit pertengkaran lidah yang tak suka untuk aku ceritakan di sini. Selepas beberapa puluh minit, akhirnya perkara itu diselesaikan dengan cara baik. Entah la. Aku tak suka situasi yang tegang seperti itu. Harapnya selesai la setakat itu sahaja.

Kami sampai agak lambat di rumah Apen disebabkan accident tadi. Kampung Kubu Gajah. Erm, first time aku sampai di kampung tu. Makan mee jawa. Sedap! Lepas borak itu dan ini dengan Apen, kami balik ke rumah dengan selamatnya.

Agak petang sikit, Khairi bertolak ke Johor. Sekian diceritakan..

[+] Baca seluruh artikel..

Teka-teki 10 ..

Teka-teki Tokgurukulan :

Aku berteka-teki lagi..

"Apakah benda, makin kita lihat ia, makin ia bergerak ke belakang?"

Fikir-fikirkan..

[+] Baca seluruh artikel..

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan