Jumaat, Mei 04, 2007

Rahsia 5 jari ..


Tokgurukulan menulis :


السَّــلاَمُ عَـلـَيـكــُمْ وَرَحْـمَـةُ اللهِ وَبَـرَكـَـاتـُه


Setelah terbaca satu artikel mengenai rahsia 5 jari, aku terpanggil untuk berkongsi mengenainya. Sememangnya aku sendiri tidak tahu sejauh mana kebenarannya, tetapi aku sedikit teruja dengan perbandingan yang dibuat. Moga dapatlah kiranya sama-sama kita renungkan maksud tersirat tersebut..

Mula-mula, tengok kelima-lima jari kita. Genggam kuat-kuat, angkat ke atas dengan penuh semangat, kemudian laungkan ALLAAHU AKBAR!! Ya.. Itulah simbolik kepada rukun ISLAM yang mesti kita junjung..

Luruskan tangan ke depan. Bukakan jari-jemari. Renunglah sedalam-dalamnya. Ya.. Yang tersiratnya ialah, kita sedang memperhalusi dan betul-betul memelihara solat lima waktu yang diwajibkan ke atas kita..

Seterusnya, lapangkan tangan ke atas meja. Perhatikan jari-jemari satu-persatu, bermula dari jari kelingking. Dapat diperhatikan bahawa susunannya bermula dari yang paling kecil dan diakhiri dengan yang paling besar. Pengajarannya ialah, kehidupan manusia bermula dari kecil, kemudian membesar. Saat kecil ini lah yang akan menentukan siapa kita pada masa hadapan. Didikan awal begitu besar kesannya untuk hari-hari mendatang..

Kemudian, lihat pula jari seterusnya. Jari manis. Apa yang manis? Ya! setelah menjejak alam remaja, semuanya dirasakan begitu manis dan indah. Pada masa yang sama, banyak pula cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuh. Hanya iman yang dapat mendorong gelojak keseronokan di alam remaja itu kepada jalan yang benar dan terarah..

Jari hantu. Jari ini dapat dibandingkan dengan fasa dewasa seorang manusia. Pada usia ini, manusia biasanya sudah punya kerjaya, ekonomi sudah stabil. Ya.. Di saat ini lah, banyak 'hantu' akan mengganggu hidup kita. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, dan pelbagai jenis hantu lagi. Penyelesaiannya, ibadah mesti ditingkatkan untuk menghadapi semua itu..

Jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap SATU dan ESAnya ALLAH, iaitu ketika tahiyyat dalam solat. Pada fasa ini, manusia bukan lagi hanya memikirkan diri sendiri, tetapi akan menjadi contoh dan tauladan kepada generasi lain. Kita akan menunjukkan arah yang betul kepada sesiapa yang memerlukan..

Ibu jari adalah jari yang paling besar dan gemuk jika dibandingkan dengan jari-jari lain. Ia menampakkan kematangan. Tanpa ibu jari, kita nak pegang sesuatu dengan jari-jari lain amatlah susah! Inilah generasi yang sudah berpengalaman. Jangan diabaikan mereka. Tanpa generasi tua, kita tidak akan mampu melakukan apa-apa pun dengan sempurna. Jadikanlah mereka sebagai penasihat dan pembimbing kita..

Sekian.. Wassalaam..

[+] Baca seluruh artikel..

Khamis, Mei 03, 2007

Bersin dan adab dalam menghadapinya ..


Tokgurukulan menukilkan :

Assalamualaikum..

Terdetik di hatiku untuk menukilkan peringatan ini kerana bersin dan kita memang tidak dapat dipisahkan. Sebenarnya, aku lah antara yang selalu dilanda 'ujian' ini. Disebabkan bersin ni boleh dikatakan selalu menghiasi ruangan udara rumah kami, rasanya elok benar untuk diutarakan di dalam blog ini mengenai tatacara beradab ketika bersin dan ketika mendengar bersin. Akan diterangkan satu-persatu agar mudah difahami. InsyaALLAH, amatlah mudah untuk diamalkan. Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang untuk perkara-perkara yang kecil seperti ini.

Dalam situasi berlakunya bersin, sekurang-kurangnya ada 2 orang yang terlibat; pembersin dan pendengar bersin. Pembersin hanya seorang. Pendengar pula mungkin hanya seorang, dan mungkin ramai. Bila terbersin, pembersin amatlah digalakkan untuk mengucap hamdalah, memuji ALLAH, iaitu 'ALHAMDULILLAAH'. Jika ada yang mendengar bersin dan hamdalah tersebut, dia disunatkan untuk menjawab hamdalah tersebut dengan mengucap 'YARHAMUKALLAAH' atau 'RAHIMAKALLAAH'. Jika pembersin tadi mendengar ucapan tersebut, sunat pula dia menjawab ucapan doa itu dengan berdoa kembali kepada pendengar bersin tersebut dengan mengucap 'YAHDIIKUMULLAAH'. Memadailah dengan itu, atau untuk tambahan, boleh juga disambungkan sedikit lagi iaitu dengan ucapan 'YAHDIIKUMULLAAH WA YUSHLIHU BAALAKUM'..


Maksud bagi ucapan dan doa-doa di atas ialah :-

ALHAMDULILLAAH - Segala puji bagi ALLAH ..

YARHAMUKALLAAH @ RAHIMAKALLAAH - Semoga ALLAH merahmatimu ..

YAHDIIKUMULLAAH WA YUSHLIHU BAALAKUM - Semoga ALLAH memberi petunjuk dan memperelokkan keadaanmu ..


Secara mudahnya, dapatlah disimpulkan seperti di bawah :-

Pembersin : الحَـمْــدُ ِللهِ

Pendengar bersin : يَرْحَـمُــكَ اللهُ atau رَحِـمَــكَ اللهُ

Pembersin : يَـهْـديـكـُـمُ اللهُ atau يَـهْـديـكـُـمُ اللهُ وَيُـصْـلـِـحُ بَالـَكـُـمْ


Setiap peraturan ALLAH, sudah pasti ada hikmahnya. Cuma 2 kemungkinan yang pastinya, iaitu, sama ada kita nampak hikmah tersebut atau sebaliknya. Apabila kita bersin, sebenarnya badan kita mengeluarkan apa yang tidak elok untuk badan. Kerana itulah kita amatlah disarankan untuk memuji ALLAH di atas nikmat tersebut. Setelah itu, berlakulah doa yang berbalas-balas. Masing-masing mendoakan saudara seagama. Mulia dan indahnya deen kita; ISLAM..

Setakat ini sahaja dulu, apa yang mampu dikongsi bersama. Moga sedikit nukilan ini dapat sama-sama dihayati dan diamalkan..


[+] Baca seluruh artikel..

Rabu, Mei 02, 2007

Rehlah di Sungai Gabai ..


Tangga yang mendera kami hari ini!


Tokgurukulan melaporkan :

Assalamualaikum..

Meneruskan aktiviti-aktiviti Seven Heroes, hari ini kami telah pergi rehlah (berkelah) di Sungai Gabai memandangkan hari ini cuti umum (wesak day). Jadi, ramai yang boleh meluangkan masa bersama. Sayangnya, ketua rumah kami, AbangAlias, tidak dapat turut serta. AbangAlias masih lagi berada di kampungnya di Kampar, Perak. Cuti panjang nampaknya dia kali ni. Takpe la. Meluangkan masa bersama ayah bonda di kampung halaman di samping berbakti kepada mereka..

Pagi rabu ini, memang giliran aku masak. Kalau orang lain lebih suka beli nasi lemak @ roti canai yang terlalu lah familiar dengan kami tu, aku lebih suka masak. Setelah siap goreng bihun & makan sama-sama di meja kami yang dah bersih ni, kami terus bersiap untuk ke destinasi. Izuddin kerja rupanya hari ni. Dia dah pun pergi kerja. Mullah yang menjadi tetamu kami dari semalam, membuat keputusan untuk balik rumah. Mungkin ada urusan yang lebih penting..

Setelah siap semuanya, lebih kurang pukul 8.47 pagi, kami turun untuk bertolak. Di saat-saat akhir, rupanya Izuddin tak kerja hari ni. Mula lah dia pun teruja untuk ikut bersama. Setelah singgah ke Darul Taalim, ambik Izuddin, & balik semula untuk ambik baju basahan Izuddin, kami terus ke sana. Imago AbangZahar, untuk ke sekian kalinya, seperti biasa, menjadi tempat kami menumpang kasih untuk ke destinasi yang dituju.. Hehe..

Setelah 48 minit dalam perjalanan, akhirnya kami sampai di Sungai Gabai! Habis lenguh badan. 6 orang dalam sebuah Imago! Tapi semua itu sudah tidak penting bila pemandangan air terjun terjamu di depan mata. Terujanya bila tengok air terjun. Al-maklum lah, sudah lama hero-hero ini tidak berkelah..

Rupa-rupanya, untuk ke kawasan yang sesuai untuk mandi-manda, terpaksa pulak mendaki anak tangga yang begitu banyak. Lupa pulak nak kira berapa bilangannya tadi. Aku tak terasa sangat lenguhnya. Laju je aku mendaki anak-anak tangga itu. Tapi hero-hero berlima yang lain merungut-rungut. Lenguh. Mungkin sebab lama tidak menaiki bukit sebegini..

Sampai di kawasan yang dituju, setelah berehat seketika, bermula lah aktiviti utama kami. MANDI!! Aku, Pidut, AbangZahar, dan Shah memulakan langkah. Sejuk. Izuddin tak nak mandi. Membaca novel yang dibawanya. Iidil pulak sedang termenung sendirian. Entah apa yang berada dalam fikirannya ketika itu, aku pun tak tahu. Akhirnya, semua dibasahi air sungai yang amat sejuk itu..

Kesian Pidut. Selalu menjadi mangsa. Tapi itu semua hanyalah gurauan yang akan lebih mengeratkan ukhuwwah kita. Tak gitu Pidut? Mengaku je lah Pidut. Yang pasti, kitorang akan sentiasa menang.. Hihihi..

Lebih kurang pukul 1 tengahari, kami membuat keputusan untuk bertolak balik. Sekali lagi, kami masuk ke Imago AbangZahar dengan memandang 'wajah'nya yang merayu agar kami tidak menyeksanya lagi. Tapi, maafkan kami. Kami terpaksa walaupun kami juga terseksa.. HuWaa!!

Pukul 2, akhirnya kami sampai di teratak kami. Alhamdulillah, semuanya selamat. Dalam keseronokan itu, moga dapat dicari manfaat daripada perkelahan tersebut. Moga dapat dirapatkan lagi ikatan ini. Moga terlerai segala ketidakpuasan hati. Moga lebih memahami antara kami..

Sekian laporan aktiviti Seven Heroes pada 2 Mei 2007/ 14 Rabiul Akhir 1428..

Ok lah.. Petang ni tak tahu lagi nak masak apa. Ada apa-apa cadangan?

[+] Baca seluruh artikel..

Selasa, Mei 01, 2007

Virus!!!!


Tahun 2007 dikatakan sebagai tahun paling aktif bagi hackers menyebarkan virus buatan mereka dan mencuri masuk ke dalam pc orang lain tidak kira pc di rumah atau syarikat-syarikat. mereka mencuri data dan identiti orang lain untuk mendapatkan keuntungan dan seterusnya meningkatkan kadar jenayah di alam siber. bagi yang menggunakan internet khususnya, pengetahuan untuk menjaga keselamatan pc mereka dari dimasuki oleh hackers adalah sangat diperlukan. di sini, saya lampirkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian kepada sesiapa yang menggunakan internet:

1. pastikan pc anda sudah ada program antivirus yang lengkap dengan anti spyware, anti malware. sentiasa update program tersebut kerana virus bertambah setiap hari

2. jangan memasuki laman web yang anda tidak tahu atau tidak pasti isi kandungannya.

3. jangan membuka email yang dihantar oleh seseorang atau sumber yang tidak dikenali.

4. sentiasa scan komputer supaya tidak terdapat program tersembunyi yang mungkin digunakan oleh hackers untuk memerhati data kita

5. selalu mendapatkan maklumat terkini tentang penjagaan komputer dari virus, spyware dan malware.

untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada Majalah PC keluaran April. sekian.

~Shah Torpedo

[+] Baca seluruh artikel..

Isnin, April 30, 2007

Persahabatan ini adalah suatu anugerah ..


Tokgurukulan menulis :

Assalamualaikum..

Setelah lama tidak menulis dalam blog ini, tergerak di hati untuk menekan jari-jemari pada papan kekunci ini agar tercoret apa jua yang terlintas di benakku ketika ini. Walaupun menulis bukanlah kepakaran kita, tapi percayalah, bila kita sudah mula menukilkan sesuatu, pasti jari-jemari akan terus menari-nari untuk menghasilkan sesuatu yang bisa menggambarkan isi hati kita..

Alhamdulillah, blog ini makin meriah dari hari ke hari, minggu ke minggu. Moga tercetuslah pelbagai idea daripada kami yang bermacam-macam ragam ini. 7 orang tentunya akan menghasilkan sekurang-kurangnya 7 perangai yang berbeza-beza. Peribadi dibentuk daripada pelbagai faktor. Salah satunya ialah faktor didikan keluarga.

Aku sendiri dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan. Pidut (Firdaus), sudah tentunya Pahang. Iidil, Terengganu. Walaupun sama-sama dari pantai timur, tapi ini tidak menjanjikan peribadi kami sama. Abang Alias, kelahiran Perak. Shah pulak orang Johor walaupun asalnya juga Perak. Abang Zahar (Aidan Z) dan Izuddin, sama-sama orang Melaka.

Untuk saling memahami, di sinilah perlunya pengorbanan, tolak ansur, kerjasama, dan banyak lagi formula persahabatan. Persahabatan secara teorinya kedengarannya amat mudah tapi bila cuba diaplikasikan, bila tidak kena caranya, seolah-olah amat sukar untuk ditemukan persefahaman itu. Tapi percayalah, bila kena caranya dan cuba diamalkan formula-formula tersebut, terasa segalanya mudah dan tenang di hati kerana masing-masing sudah sebati persefahamannya, sehinggakan tiada lagi ragu dan ketidakpercayaan dalam hubungan itu.

Alangkah indahnya jika kehidupan berjemaah ini dapat dihayati dengan ikatan hati yang benar-benar utuh..

[+] Baca seluruh artikel..

Ahad, April 29, 2007

Tahniah!!


Moshi2!! i am back. shah torpedo is here. ermm.... nampaknya blog ini semakin berinformasi dan menarik perhatian. tahniah kepada saudara-saudara ku di rumah ini. tersentuh rasenye, cewah!!! dan pada mereka yang memberi komen melalui shout!, terima kasih byk2 saya ucapkan. diharap anda semua terus bersama kami dan memberi sedikit sebanyak nasihat dan pandangan tentang blog kami. semoga, blog ini dapat memberi sesuatu yang bermanfaat dan merapatkan hubungan silaturrahim di antara kami dan juga dengan sesiapa yang menyokong niat murni kami ini.

-ShahTorpedo

[+] Baca seluruh artikel..

Khamis, April 26, 2007

Biasakan yang betul...


Maksud Hadith:Sesiapa yang bersabar menunaikan dua belas rakaat dalam sehari semalam akan masuk syurga;empat rakaat sebelum Zuhur,dua rakaat selepasnya,dua rakaat selepas Maghrib,dua rakaat selepas Isyak dan dua rakaat sebelum Fajar.

(HR al-Nasai (1771); Sahih:Sahih al-Nasai (1793)

Dipetik dari buku kecil: Himpunan Amalan Sedikit Pahala Banyak & Amalan Penghapus Dosa,Disediakan oleh: Ust. Fadlan Mohd. Othman, Pensyarah, Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

~izuddin~

[+] Baca seluruh artikel..

Rabu, April 25, 2007

Daripada Sahabat kepada Sahabat


Assalamualaikum..
dan seperti biasa, tak tahu apa yang nak ditulis, hmmm..
cuma nak bercerita, semalam-to be precise,malam tadi,about 9:30pm, rumah kami didatangi seorang insan.. APEN namanya,,, ex-rumah ni jugak.. saje je melawat katanya... dah seminggu kat KL ni,training compressor,ntah amende tah compessor tu, aku pun tak tahu la...

well,it's not a big deal bagi sesetengah orang, benar, kalau kawan-kawan datang umah tu, perkara biasala kan? tapi si Apen ni, dia kerja di Kota Kinabalu, so sekali sekala la balik KL, and setiap kali cuti, insya ALLAH, kalau dia ada masa, akan disinggahinya di rumah ini.. itu namanya, berbudi bahasa sesama kengkawan.. walaupun sudah lama meninggalkan rumah kami ini (about 1 year), namun ukhwah itu masih utuh..

tapi, ukhuwwah seperti ini takan dicapai di dalam mana-mana perhubungan (relationship) pun jika dihiasi dengan sikap nafsi-nafsi(aku-aku,,kau-kau), apa yang aku buat,100% urusan aku, BUKAN AKU KACAU ORANG LAIN PUN!!! -kalau inilah yang masih TEGAR berada di dalam diri kita, selaku seorang teman, aku nasihatkan, percayalah,,, kita akan kehilangan kawan, orang akan mengata kita,, jangan pula disalahkan orang yang mengata, kerana kita yang membuka peluang seluas-luasnya untuk orang memperkatakan tentang kita,,, NAbi s.a.w juga pernah berkata yang mafhumnya, supaya kita tidak mendedahkan diri kita kepada fitnah orang lain-maksudnya, perbaikilah diri,, agar orang hanya akan berkata yang baik-baik tentang kita...

janganlah kita terlalu terpengaruh dengan idea-idea LUAR, cerita yang kita tonton, buku yang kita baca,, yang menekankan, kebahagiaan diri sendirilah yang terpenting, ikutlah kehendak hati sendiri, asalkan kita bahagia, hal orang lain tidak perlu dikisahkan,,, jujurnya dikatakan disini, kita ini hidup bermasyarakat, maka hak siapakah yang perlu diutamakan? hak masyarakat? atau hak individu? ...sudah tentulah hak masyarakat,, kerna jika dikira dari sudut hak individu, maka setiap orang berhak membuat bising tanpa menghiraukan jiran tetangganya, mengubahsuai rumah mengikut suka hati sendiri (ingat kes Dato' Zakaria Derus?Mjlis Perbandaran Klang) dan akhirnya semua orang percaya mereka berhak membuat apa yang disukai (mengikut fikiran-nafsu sendiri), maka, jika begitulah keadaannya, percayalah,masyarakat kita akan kelam kabut dan wujudlah rasa tidak puas hati dan pelbagai perkara negatif yang lain...

SO,,,apa penyelesaiannya? cubalah berubah,, janganlah dari 24 jam yang ALLAH kurniakan kepada kita, 70% kita gunakan untuk kehendak kita, dan selebihnya untuk memenuhi kehendak fisiology kita-means, tidur, makan, mandi dsb-tanpa meluangkan masa dengan orang lain di sekeliling kita, hargailah orang lain, dan cubalah menjadi orang yang lebih banyak mendengar dari bercakap.. kerana bila terlampau banyak bercakap, kita akan merasakan diri inilah yang hebat dan tidak boleh dibantah-bantah, walhal apa yang kita ucapkan itu, mungkin akan menyakiti hati-hati yang lain, bahkan mungkin akan memakan diri sendiri di kemudian hari..

Supaya nanti, kita tidak perlu MENARIK KEMBALI KATA-KATA yang telah kita keluarkan, kerana jika sesudah ber"degar-degar"(beriya-iya..) mengeluarkan kenyataan, kita terpaksa menarik balik kenyataan itu, hanya kerna semasa kita mengeluarkannya, kita terlampau emosi dan "kebudak-budakan", namun ianya sudah terlewat, kemusnahan yang berlaku akibat perkataan kita sudah pun berlaku, bak kata pepatah melayu TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR,TERLAJAK KATA,BURUK PADAHNYA...perhubungan yang kita ada mungkin hanya seperti retak menanti belah sahaja...

Oleh itu, dekatkanlah diri kepada ALLAH, banyakkan amal ibadah, bangunlah di sepertiga malam bermunajatlah kepada ALLAH, insafilah kelemahan diri, rendahkan hati dengan ikhlas-, dan ingatlah... HATI YANG DEKAT DENGAN ALLAH, lebih lembut dan lebih lunak dengan peringatan dan nasihat orang lain.. jika merasakan kita ini seorang yang, mudah,teramat "panas" bila ditegur, SEHINGGAKAN orang lain TAKUT hendak menegur kita, maknanya hati kita ini masih lagi keras, berkarat dan dipenuhi dengan dosa, akibat perbuatan yang dilakukan oleh kita sendiri...HIJRAHLAH, DEMI KEBAIKAN DIRIMU SENDIRI..


"MANUSIA YANG BERUBAH KERANA TERPAKSA ADALAH MANGSA"
Ustaz Hasrizal Jamil-www.saifulislam.com

ungkapan diatas,ditujukan khas untuk kalian yang membaca nukilanku kali ini...
aku menyayangi mu,,wahai sahabat-sahabat ku...

assalamualaikum...

P (-_-)

[+] Baca seluruh artikel..

Isnin, April 23, 2007

Sang Mentari


Segaris cahaya sejalur warna
mega merah bersepuh jingga
saat beburung pulang ke sarang
berbalam kelam di kala senja
sang mentari merangkak sepi
menanti saat bilakan tiba
titah Sang Kuasa padanya
Bangkitlah dari tempat peraduanmu!
~izuddin~

[+] Baca seluruh artikel..

Tamparan penuh makna ..

Tokgurukulan menulis :



Satu jawapan penuh berhikmah daripada seorang ulama'.. Indahnya dunia jika ulama'nya adalah ikhlas keranaNYA..

Klik gambar di atas untuk mengetahui kisahnya..

Terima kasih..

Babai..

[+] Baca seluruh artikel..

Ahad, April 22, 2007

Alam fana' vs Alam baqa' ..


Tokgurukulan menulis :

Salaam alaikum..

Bertemu kembali..

Setelah pertemuan di Two Ti Creations semalam, banyak perkara yang membuat diriku termenung sejenak dan mensyukuri segala nikmat yang dikurnia kepadaku. Manusia di dunia ini bermacam-macam jenisnya. Daripada bermacam-macam jenis itu pula, ada yang diberi petunjuk dan ada pula yang tidak nampak nur walaupun telah disuluh ILAHI sejelas-jelasnya. Mungkin terhijab dengan keindahan dunia lantas tidak nampak yang terbaik di sisiNYA di alam yang abadi, atau sengaja berseronok-seronok walaupun jelas faham akan kefana'an dunia dan kebaqa'an akhirat.

Semuanya bergantung kepada pilihan kita. Kita diberi pilihan (mukhayyar) untuk menentukan apa yang terbaik bagi kita. Tentunya kita amat memerlukan yang terbaik di destinasi hidup nanti walaupun dalam perjalanan ini terpaksa bersusah. Tetapi amat beruntunglah bagi orang yang kedua-duanya mendapat peluang terbaik. Senang di sepanjang perjalanan di dunia, mendapat nikmat berpanjangan pula di alam baqa', tempat yang ditujunya..

[+] Baca seluruh artikel..

Sabtu, April 21, 2007

New Features in this Blog!


Assalamualaikum..

It has been a while since i last write in this blog.
but today, i have every reason to start writing back...

Thanks to Kulan... and before this, Shah, this blog now has a new face lift.
And i believe this is only the start for something more in the future...
Right?!

Come on guys, dig all your creativity and put it in here...
Make this blog as happening as it should be!
And the most important, continue to post your thoughts and ideas here.

'Till next time
Z

[+] Baca seluruh artikel..

Jumaat, April 20, 2007

Assalamualaikum, salam pembuka bicara ..


Tokgurukulan menulis :

Assalamualaikum, salam pembuka bicara ..

Maafkan diriku kerana membiarkan namaku membarisi ayat-ayat kalian di laman ini sedangkan aku belum sempat menaip walau sepatah kata..

Sebagai menunaikan janji kepada sahabat-sahabat, kutulis jua coretan ini setelah usai final examku semalam.. erm..exam yang tiada kata mampu diungkapkan untuk menggambarkannya. Hati ingin gembira kerana sudah berjaya menghadapi saat-saat akhir pengajian tapi semacam ada perasaan takut yang begitu mencengkam di dalam jiwa. Hatiku kuat merasakan bahawa aku tidak mampu mendapat yang terbaik. Terasa gelap seluruh isi alam ini bila memikirkan perkara ini. Aku tidak dapat konvo tahun ni!! Jika aku sendiri begitu terasa tamparannya, pasti ramai lagi yang kecewa dengan diriku. Balik dari dewan peperiksaan semalam, aku tidak dapat menerima hakikat kecuaian diriku. Lama aku menenangkan diri. Memberi harapan bahawa bukanlah itu segala-galanya. Bahawa masih banyak nikmat RABB di muka bumiNYA ini sebagai tanda kasihNYA. Bahawa rezeki TUHAN cukup luas & qadha dan qadarNYA telah termaktub..

Tapi hati manusia bukan senang untuk dipujuk. Tambahan pula dipujuk oleh hati sendiri. Lebihnya kita kerana ada iman. Jika tiada mutiara berharga ini dalam diri, sudah pasti banyak perkara yang telah dan akan aku izinkan kaki ini melangkah, benarkan tangan ini melakukannya. Mungkin di luar kawalan aqal manusiawi semata-mata kerana tertekan. Tentunya yang akan membinasakan diri sendiri. Aku sedar, ramai manusia di luar sana yang tidak terarah hidupnya. Jiwanya kosong. Hidupnya tidak bermatlamat. Terdorong segala-galanya semata-mata kerana ikutan nafsu.

Innal hamda liLlah. Sesungguh-sungguhnya, layaklah segala puji-pujian itu menjadi milikNYA. Bersyukur setinggi-tingginya kerana aku dianugerahi sahabat-sahabat yang baik. Yaa.. baik dan beriman tentunya (baca dengan nada Ustaz Kariman.. hehe..). Di saat kegundahan hati inilah, aku amat memerlukan sokongan mereka. Mereka amat memahami. Aku cukup yakin tentang itu. Tidak dapat diragui lagi. Terima kasih teman-teman..

Cukuplah sekadar ini luahan hatiku. Sebagai pembuka lembaran tulisanku dalam blog pahlawan ni (sevenheroes kan? hero kan pahlawan..).

Untuk lembaran seterusnya, insyaALLAH akan ada sedikit mengenai bahasa Arab. Setakat yang pernah aku faham sepanjang pengajianku ke arah itu suatu ketika dahulu. Moga segalanya nanti akan bermanfaat..

Wassalaam..

P/S : Esok kena pergi TWO TI CREATIONS di Bukit Lanjan. Tak berapa jauh dari rumah kami. Tak perlu lalu jalan besar. Kalau ada rezeki kat situ, dapat la kerja & timba ilmu dan pengalaman di sana..

[+] Baca seluruh artikel..

Khamis, April 19, 2007

Yakitate Japan


Ohayo......mina-san! mr.otaku is back...!!okla, pagi ni, saya akan komen cerita anime yang bertajuk 'Yakitate Japan'. Ia adalah sebuah anime yang berkisarkan tentang makanan.....iaitu roti. kisah seorang budak lelaki yang bernama Azuma Kazuma yang ingin menghasilkan roti Jepun atau lebih dikenali sbg "Ja-pan". Kira nak lawan ngan roti Eropah le....!! basically, ceritanya menarik dan penuh info mengenai roti serta lawak. dan stailnya hampir serupa dengan satu lagi anime ttg masakan iaitu "Cooking Master". so, siapa yang suka makan roti, silalah tonton anime ini. itu saja paparan hari ini. kita jumpa lagi esok. sayonara...............!!!

~Shah Torpedo

[+] Baca seluruh artikel..

Ahad, April 15, 2007

BERTAMBAHNYA USIA


Assalamualaikum semua, hari ni besday Shah Torpedo,,so aku personally mengucapkan

SELAMAT HARI LAHIR, semoga berkat umur dan murah rezeki...

dengan bertambahnya usia ini..semoga semakin dekat dengan ALLAH, semakin teguh imannya,semakin pandai menjaga hati-hati lain.. semakin "segala-galanya" lah..tak terucap disini,betapa syukurnya kerana ALLAH masih lagi memanjangkan umur kami-the other Heroes-untuk masih lagi bersama Shah Torpedo,yang juga masih dilanjutkan UMURNYA oleh ALLAH azza wa jalla, dan masih lagi diberi peluang untuk memperbaiki diri...
semoga ukhuwaah ini berkekalan hingga ke akhirnya...

and about today,we(AJ,KuLan,Bro Z and Shah Torpedo),and bro Z's fren,bro Amir(nama manjanya Umair) paid a visit to our big bro, Abang Aizuddin and Kak Wan, nak tengok anaknya yang baru berumur 10 hari...huh!!satu perkataan je yang boleh menerangkannya...KENYANGNYE!!!!!! Mak Abang Aizuddin yang masak untuk tengahari tadi...fuh!!maaflah pada sesiapa yang baca blog ni,pecal,pulut kuning(faveret aku tuu..),laksa utara,ayam, ikan, sambal sotong,serunding ikan,serunding daging...semuanya dihidangkan tengahari tadi...alhamdulillah!!

lepas makan, sempatlah sekejap kami melihat anak Abang Aizuddin,Hasif namanya(nama panjangnya nantilah bagitau yek?)
Oooooh,begitu tenang tidurnya si kecil tuh,,puas dah usik-usik, pegang-pegang, buat bising, tapi tak bangun-bangun jugak, pastu..tiba-tiba,,,WUAAAAAAAAAA!!!!!!!! cepat-cepat,ayahnya( Abang Aizuddin la..) mendukung masuk ke bilik untuk disusukan..dan kempunan la Bro Z(again!!huhuhu..) nak merasa anak sedaranya tuh melihat mukanya..dah budak tu tidur..memang la pejam mata je..macamana nak tengok kitorang, the heroes yang datang melawat dia..hmm,mungkin lain kali kot..ameeen

Tetiba jer,aku teringat, yang aku dulu pun macam tuh jugak, kecil,defenseless, dan tidak tahu apa-apa pun...tapi dengan semakin bertambahnya hari,berlalunya masa..tup,tup,,dah besar dah rupanya,segala nikmat nafas,pancaindera dan segala zat yang ada dalam diri aku ini,dahulunya di mulai dengan setitis susu ibu ku..insaf dengan perkara tu,terus aku tepon mak aku kat PAHANG,saje je nak dengar suara mak..ceh,padahal pagi tadi dah telefon dah...hehehe,tapi tak bagitau la kat mak aku yang aku rindu kat suara dia..kang dia pelik+risau pulak..sebab anak sulung dia nie tak pernah pun cakap macam mende-mende sentimental nie...tetiba je,mesti mak risau,,hohoho!!kene consider sumer tuh...

emm,begitulah kita anak,masa kecil kita tak tau apa-apa,dibelai,dimanja,menangis sikit jer,di beri susu,menangis lagi,di check lampin,basah ke tidak..tapi dengan BERTAMBAHNYA USIA,kita semakin lupa dengan pengorbanan orang tua kita...hmm,semoga dengan cepatnya saat berlalu, minit dan jam yang meninggalkan kita, kita semakin sedar bahawa kita dan juga mereka semakin dekat dengan kematian,,hargailah mereka semasa mereka masih ada...

assalamualaikum...

AJ

[+] Baca seluruh artikel..

Naruto


naruto......salah satu anime yang telah menjadi cerita animasi paling top sehingga kini. plot cerita, pembawaan setiap watak tak kira baik atau jahat serta aksi dan strategi berlawan dalam cerita animasi naruto ini tidak boleh dipertikaikan lagi mutunya. at first, saya xle berapa nak tengok naruto sebab lukisan tak le berapa cantik berbanding cerita animasi yang lain seperti rurouni kenshin dan dragon ball z. tapi after tengok dari episod 1, terus ketagih. anyway, it is a very good animation. sekarang naruto sudah masuk season 2 di mana naruto sudah berumur 15 tahun. kira nampak lebih matang tapi masih agak kebodoh-bodohan dalam beberapa segi. sakura pula lebih bertenaga dan mampu berlawan setaraf dengan yang lain-lain. jalan cerita sama dengan komiknya, cuma ada sedikit perubahan dan pertambahan plot. lukisan pula lebih kemas dan cantik berbanding sebelumnya. tapi soundtrack agak sedikit menghampakan dan ada ketikanya dimainkan pada beberapa babak yang tidak sepatutnya. okla, setakat ini komen saya tentang naruto. kalau nak tahu lebih lanjut, sila ke forum naruto. lain kali, saya akan mengulas cerita anime yang lain pulak. ok, sayonara!!!!

~Shah Torpedo

[+] Baca seluruh artikel..

Happy Birthday


HAPPY 25th BIRTHDAY, SHAH!!!
MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS!

From
The other six heroes.

[+] Baca seluruh artikel..

Jumaat, April 13, 2007

di balik cermin mimpi


di balik cermin mimpi,
tika titis mutiara jernih sedang turun dari langit Tuhan Yang Maha Pemurah,
aku termangu memikirkan ajaibnya rona hidup ini,
terkadang ada garis hijau di sisiku,
seketika warna merah menyelubungi diri,
tatkala kuning mencorak hari,
aku jadi bingung memikirkannya.

di balik cerminan mimpi,
terlukis kisah di kanvas kehidupan,
terjenguk sinar harapan,
pada hujung gelap yang kian meminggir,
seakan seluruh derita buana yang menggigit rakus sekujur jiwa lemah tanpa warna,
khabarkan pada Pemilik Segala Cinta,
Aku tentu tiada apa tanpa rahmat-Nya,
yang tentunya lebih baik dari segunung emas yang kuhimpun..

~izuddin~

[+] Baca seluruh artikel..

Khamis, April 12, 2007

It's good to be back...


Assalamualaikum...

As the title suggest, here i am, just get back from my hometown in Melaka, happy and refreshed after seeing my beloved mom and siblings. oooh, and my nephew too!
And once again, as the title suggests, it's good to be back.
Really!

Bye,
Z

[+] Baca seluruh artikel..

Anime

Konnichiwa....!!!! okla, atas permintaan seseorang, saya otaku no.1 dalam rumah ini, akan membawakan perkembangan terbaru anime. wat masa ni, saya tengah download 2 anime iaitu kekkaishi dan history's greatest disciple kennichi. boleh tahan jugak dua-dua cerita ni. so, kalau rajin, pi le tgk. anyway, naruto and bleach still the best. cuma saya kurang suka soundtrack baru naruto. xde feel mcm dulu. okla, itu saja wat mase ni. lain kali, saya rekomen anime yang menarik ditonton. sayonara!!!

~Shah Torpedo

[+] Baca seluruh artikel..

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan