Tokgurukulan kembali melaporkan :Assalamualaikum dan bertemu kembali..
Seribu kemaafan dipinta daripada pengunjung-pengunjung blog SevenHeroes sekalian. Minggu lepas, internet problem di rumah kami. Setelah technician TM datang dan check, kami diberitahu bahawa modem rosak. Setelah modem ditukar baru, tetap juga tak dapat internet connection. Setelah setting dibuat oleh Pidut, alhamdulillah, sekarang dah ok. Sekalung penghargaan kepada Pidut daripada kami serumah. Terima kasih Pidut!Ok. Hari ini ada perkara yang ingin ku kongsi mengenai aktiviti kami, SevenHeroes. Pagi tadi, kami ke Taman Tasik Perdana seawal pukul 7 pagi untuk aktiviti ala-ala jungle tracking yang kami buat untuk ahli-ahli PMIUM (Persatuan Mahasisawa Universiti Malaya) yang dipilih. Tak ramai pesertanya. 20 orang sahaja. 10 orang lelaki, 10 orang perempuan. Daripada jumlah itu, dibentuk 4 kumpulan.
Kami yang terlibat ialah aku, Pidut, Izuddin, AbgAlias, Shah, Iidil, Mullah, dan Wak. Mullah dan Wak adalah jemputan daripada SevenHeroes. AbgZahar tak dapat ikut serta walaupun sebenarnya program ini adalah cetusan ideanya. AbgZahar terpaksa ke Janda Baik. Jadi, aku lah yang kena drive kereta AbgZahar yang ditinggalkan di rumah kami.
Sampai di taman, kami diberi briefing oleh Pidut untuk setiap check point yang dibuat. Ada 5 check point semuanya. Aku digandingkan dengan Shah. Aktiviti bermula, dan bermacam gelagat dapat kami saksikan pada adik-adik tersebut. Bermacam tafsiran dapat dibuat daripada penyelesaian peserta-peserta di setiap check point.Lebih kurang pukul 1 tengahari, aktiviti selesai. Setelah berkumpul di briefing point, mengira markah keseluruhan setiap kumpulan, sedikit penerangan mengenai setiap tugasan yang telah diselesaikan, kami bersurai balik. Semua keletihan..
Sekian diceritakan..
Setelah sekian lama tidak bermain badminton, entah macam mana, pagi tadi kami membuat keputusan untuk memulakan kembali sukan yang telah lama kami tinggalkan ini. Macam sempena deepavali pulak. Hehe. Tapi, yang pastinya, tiada kaitan langsung dengan perayaan itu.
Seperti sebelum-sebelum ini, kami bermain di ruang bawah. Ruang antara rumah. Memang di atas tar itu, ada line untuk badminton. Mungkin tuan rumah yang buat. Kami letak stand dan net, dan terus boleh main. Memang di situ lah tempat biasa kami. Kalau rasa terlebih rajin, baru lah kami akan ke Dewan Serbaguna di TTDI. Tempah dulu. Bayar RM4/jam. Berbaloi la kan. Kawasan tertutup. Tiada gangguan angin.
Seperti tajuk di atas, memang open house masih belum berakhir. Kami baru sampai rumah pukul 10.30 tadi. Semua pergi kecuali Shah dan Pak Ya. Shah kerja malam. Pak Ya pulak balik Penang. Memang itulah rutinnya. Hujung minggu atau cuti, balik kampung. Biasa la, orang dah berumahtangga. Menjenguk keluarga dan anak tercinta.
Erm, pasal rumah AbgAzral, yang sedihnya, masa kami call AbgAzral, dia cakap makanan dah habis! Tu la, datang malam, biasa la kan. Memang tak payah nak mengharap la ada makanan lagi. Hehe. Sampai je rumah dia, kami masuk rumah dia. Jumpa mak ayah dia. Makan biskut-biskut raya, mana yang masih berbaki. Lepas tu, AbgAzral bawak kami ke Bangi. Makan di restoran. Sedih, sedih. Hihi..
Ahad, 4 November 2007, aku, AbgZahar, Pidut, Iidil, Izuddin, dan AbgAmir (kawan AbgZahar), pergi ke rumah Mullah di Subang Jaya. Entah macam mana, hari tu, AbgAmir yang jadi mangsa. Tiba-tiba, dia digelar PokNik. Kesian dia. Mullah confuse bila kami cakap, orang yang bernama PokNik akan ikut sekali. Dia ingat, dia tak kenal. Kami sampai je, Mullah tergelak besar sebab dia memang dah kenal AbgAmir. Ai, macam-macam gelagat!
Hari ahad, 28 Oktober 2007, malam tu, aku ke rumah pak sedara di Damansara Damai. Adik kepada abah. Nama dia Tengku Anuar. Nama panggilannya di kalangan anak-anak buahnya ialah Ayohcik. Tergerak di hati ingin mencoret sedikit mengenai perkara ni pada hari tu tapi tak sempat. Akhirnya, hari ini baru dapat aku catat mana yang aku masih ingat. Sebenarnya tiada apa sangat yang penting. Sekadar ingin berkongsi cerita kehidupan. Juga sebagai catatan diari hatiku sendiri.
Malam tu, aku baru teringat mengenai seorang kawan lama. Zamzami namanya. Kawan sekolah rendah. Dah beberapa tahun tidak bersua. Biasanya, at least, pada hari raya, aku akan ke rumahnya. Kalau tak pun, dia akan bertandang ke rumahku ditemani kawan-kawan yang lain seperti Syed, Hady Roslan, Ali, dan beberapa orang lagi.
Kat rumah Ayohcik, kami makan nasi himpit (kelate panggil 'nasi kapit') dan laksa penang. Makcik Lah (isteri Ayohcik) kata, dia masak sendiri. Erm, pandai dia masak! Belum sempat hujan berhenti, kami mintak diri untuk pulang kerana sudah agak lama. Sebelum tu, sempat lagi aku bagi duit raya kepada dua orang sepupuku; Tengku Nur Syahirunnisa (darjah 5) dan Tengku Akmal Hakim (darjah 3). Mereka ni, asal aku datang je, mula la tak bagi aku balik. Aku memang selalu datang bila ada kelapangan. Cuma sekarang aku agak sibuk menyebabkan jarang dapat bertandang seperti selalu. Erm, aku belum dapat pergi ziarah rumah Zamzami malam ni kerana dah agak lewat. Mungkin lain kali ada kesempatan itu. Dapat bertemu ni pun sudah dikira sebagai satu nikmat yang amat bernilai.