Khamis, Januari 10, 2008

Template baru Seven Heroes!

Tokgurukulan menulis :

Assalamualaikum..

Ini adalah kali pertama aku menulis sejak aku menukar template blog ni semalam. Sebenarnya, memang banyak template boleh dicari dalam internet untuk diaplikasikan kepada blog kita. Cuma, aku kurang berminat dengan template-template tersebut memandangkan semua itu adalah template yang disebut sebagai 'Classic Template'. Ini adalah berdasarkan beberapa percubaan yang telah aku buat.

Menurut apa yang aku faham, bila kita mula menggunakan 'Classic Template', kita tidak lagi boleh mengedit blog kita dengan menggunakan 'Page Elements'. Satu lagi, semua elemen di sidebar akan hilang begitu sahaja! Jadi, terpaksa buat semula, atau jika benar-benar ingin menggunakan 'Classic Template', sebelum mengupload mana-mana 'Classic Template' yang kita suka, kita mesti save semua coding setiap sidebar yang ada, untuk digunakan dalam coding untuk template yang baru nanti.

Dan perlu diingat, bila sudah membuat keputusan demikian, untuk mengedit blog selepas menukar kepada 'Classic Template', semuanya perlu diubah codingnya, bukan lagi melalui 'Page Elements'nya.

Aku lebih suka untuk memahami konsep yang mudah, kemudian diaplikasikan dengan cara tersendiri berdasarkan kreativiti yang ada. Antaramuka yang bagus adalah yang ringkas, mudah difahami dan simple, serta tidak menyerabutkan pandangan mata yang melihatnya. Memasukkan unsur-unsur yang terlalu kompleks yang akhirnya menyusahkan pengguna, bukanlah satu cara terbaik dalam menghasilkan antaramuka yang menarik.

Berbekalkan sedikit pengetahuan mengenai perkara-perkara asas dalam HTML, dan minat meneliti setiap codingnya, dan sedikit kreativiti, aku cari maklumat bagaimana untuk mengubah template yang ada tanpa perlu mengubah kepada 'Classic Template' kerana aku masih ingin menggunakan 'Page Elements' untuk memudahkan proses mengedit. Cuma sekarang, hanya perlu memahami sedikit konsep yang digunakan dalam coding yang sedia ada.

Setelah menemukan beberapa informasi, baru aku tahu bahawa kita boleh menukar mana-mana elemen yang kita nak, dengan hanya memahami sedikit mengenai coding tersebut, kemudian mengubah mana-mana yang perlu. Dengan mengubah sedikit demi sedikit, mencuba itu dan ini, akhirnya aku dapat sebuah template yang agak menarik!

Mungkin bagi orang yang sudah mengetahui perkara ini dan mahir pula, tentu aku akan diketawakan je. Tapi, sekurang-kurangnya, aku telah dapat mempelajari banyak perkara baru dalam proses ingin memahami konsep ini. Daripada template asal, aku telah menukar gambar background utama kepada konsep wood, mengedit gambar background untuk teks dengan menambah lebarnya untuk menjadikan ruang teks lebih besar. Untuk memastikan kedudukan header tepat pun, banyak kali juga aku cuba. Banyak lagi pengetahuan yang aku dapat, tapi malangnya sukar untuk dikongsi semuanya di sini.

Apa pun, kesimpulannya, yang paling penting ialah minat untuk mencuba, diselit dengan sedikit sentuhan unsur kreativiti! Nak buat apa-apa sekali pun, bila kreatif, perkara yang ringkas pun akan jadi menarik, kan?

Jumpa lagi di tahun baru 1429 Hijriah!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mula-mula, Azhan yang tegur. Katanya, background dengan tulisan tak match. Tak boleh baca. Pelik jugak. Aku tengok kat depan aku ni, ok je.

Lepas tu, Iwe pulak beritahu perkara yang sama. Aku terfikir, mungkin sebab dia guna browser Mozilla Firefox.

Lepas tu, AbgZahar pulak bukak blog ni di laptop dia. Dia kata tak nampak tulisan. Aku tengok, memang sah, tak nampak bila pakai Mozilla Firefox. AbgZahar memang biasa pakai browser tu. Dan aku rasa, sekarang, mesti ramai yang lebih suka menggunakan Mozilla Firefox.

Aku lebih selesa menggunakan Internet Explorer. Tak tahu pulak kenapa. Aku masih tertanya-tanya, kenapa Mozilla Firefox tidak dapat mencapai file background yang aku gunakan.

Jadi, sila gunakan Internet Explorer jika ingin melihat background yang sebenar.

p/s : Sedih bila orang cakap, aku tak pandai match color, sedangkan sebenarnya browser tu yang dengki..

;(

Tanpa Nama berkata...

Ok, sekarang baru boleh view walaupun dengan Mozilla Firefox.

Ai, setelah upload kembali file untuk background tu, guna direct link yang baru, akhirnya dapat!

Fuh.. Entah la apa masalahnya. Aku ada jugak delete satu space dalam coding tu, tapi takkan lah sebab itu, sebelum ni ada masalah..

Hmmm.....

ShYm berkata...

Ajar syim leh..kalo online ping me k..desperately nak tau..tq in advance

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan