
Tokgurukulan menulis :
Assalamualaikum..
Hari ke hari, debaran makin terasa. Tinggal hanya 9 hari lagi menuju pernikahanku. InsyaALLAH, selepas selesai semua urusan perkahwinanku, aku akan berkongsi satu blog baru dengan pengunjung-pengunjung sekalian. Blog mengenai kisah atau perjalanan hidup kami (aku dan bakal isteriku) setelah kami bergelar suami isteri yang sah.Diharap agar kami dapat berkongsi banyak perkara setelah bertukar status ke alam baru. Moga yang baik nanti dapat dikongsi untuk dijadikan teladan, dan yang kurang baik dapat diambil untuk dijadikan sempadan..
Jumpa lagi pada ruang-ruang waktu yang akan datang!

Terasa kuat kembali bila Shah sudi membantu. Kami (aku dan AbgZahar) bercadang untuk menyerahkan urusan marketing Bizarre kepada Shah, dan dia bersetuju. Setelah dia menghadiri workshop tu, nampaknya lebih banyak idea yang dia dapat sumbangkan. Semangat pun nampaknya begitu berkobar-kobar!
Fuh.. 
Akhirnya aku berpeluang untuk menulis mengenai template blog ini. Alhamdulillah, setelah mencari dan mencuba, akhirnya aku ketemu cara untuk mengaplikasikan template yang kita dapat daripada mana-mana laman web. Caraku sendiri sebenarnya. Yang paling penting, template yang kita nak guna untuk blog kita tu hendaklah jenis XML Template, bukan Classic Template.
XML Template akan tetap mengekalkan Page Elements dalam layout manakala jika kita menggunakan Classic Template, tidak akan ada lagi Page Elements, menyebabkan sedikit sukar untuk menambah atau mengubah layout kerana mesti masuk ke bahagian seluruh coding. Itu sahaja bezanya.
Maaf kerana sejak akhir-akhir ini, aku kurang dapat memberikan komitmen yang penuh kepada updating dan penulisan blog. Sama ada aku sibuk dengan urusan di ambang pernikahanku, atau sibuk dengan terlalu banyak tempahan untuk kuliah tafsir Ustaz Kariman. Selain daripada tempahan untuk kuliah-kuliah yang pernah kami (
Pertama sekali, maaf dipohon kerana agak lama blog ini tidak diupdate. Mungkin perkara ini terjadi kerana memang selalunya aku lah yang meng'hidup'kan blog ini.