Khamis, Februari 14, 2008

Jemputan walimah Tengku Azlan ..


Tokgurukulan menulis :

Assalamualaikum..

Pertama sekali, maaf dipohon kerana agak lama blog ini tidak diupdate. Mungkin perkara ini terjadi kerana memang selalunya aku lah yang meng'hidup'kan blog ini.


Jika dilihat kepada gambar di sebelah kiri ini, mungkin tidak banyak lah yang perlu dijelaskan kerana besar kemungkinan, ramai yang memahami. Aku sebenarnya agak sibuk dengan urusan pernikahanku. Dari hari ini, ada lagi 22 hari menuju hari akad atau ijab kabulku, iaitu pada 7 Mac 2008 bersamaan 29 Safar 1429 Hijriah. Tidak sampai sebulan. Pelbagai macam perasaan yang aku alami sekarang. Sukar digambarkan, kecuali bagi yang pernah melalui saat-saat sebegini.


Semua pengunjung blog ini dijemput ke majlis tersebut jika berkelapangan. Untuk mendownload e-kad jemputan ini, sila 'Right-click', dan 'Save Target As' atau 'Save Link As' di sini kerana jika terus save gambar di sebelah, gambar tidak jelas.

Terima kasih..

1 ulasan:

Tokgurukulan berkata...

Tarikh akadku ditunda sehari. 8 Mac, malam tu, baru imam dapat hadir untuk majlisku. Ini PRU ke-12 punya pasal. Sahabat-sahabat SevenHeroes pun tak dapat menyertai majlis malam tu gara-gara PRU ke-12.. Hmmm..

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan