Ahad, Disember 30, 2007

Diari 2008 dan penulisan blog ..

Tokgurukulan menulis :

Assalamualaikum dan bertemu kembali..

Bertemu kembali kita dalam ruangan blog SevenHeroes ini setelah agak lama tiada entry baru. Di sini, dirakamkan ucapan penghargaan kepada ahli-ahli SevenHeroes lain yang akhirnya meluangkan juga sedikit waktu untuk menulis sesuatu. Pidut, Shah, AbgZahar. Yang lain mungkin akan menyusul kemudian, dengan luahan, pandangan, idea, atau apa sahaja yang ingin dikongsi dengan pengunjung-pengunjung. Mari kita sama-sama memanfaatkan wadah ini!

Sebenarnya, untuk menulis, tidak semudah yang disangka. Selain daripada faktor idea dan kepandaian menyusun kata dan ayat, ada perkara yang lebih sukar daripada itu, iaitu kekuatan untuk memulakan penulisan. Tidak dinafikan, setiap masa, ada je perkara yang boleh ditulis. Cuma bila nak mula menulis, rasa sangat berat. Itu tandanya 'mood' menulis tidak ada. Setuju tak? Idea ada tapi tidak berjaya diluahkan ke dalam bentuk penulisan. Erm. Susah jugak sebenarnya ye!

Aku jadi teringat pulak dialog beberapa hari lepas di rumah kami ni. Sempena tahun baru yang bakal bertamu, Iidil beli diari 2008. Semangat betul dia nak menulis diari. Bagus la semangat tu. Kira azam tahun baru la tu.

"Iidil, rajinnya enta nak menulis diari.", aku mula bersuara.

"Ni la azam tahun baru ana, Lan.", Iidil menjawab.

"Ooo.. Bagus lah. Cuma, dalam menulis diari ni, kita kena istiqamah dan beri komitmen sepenuhnya untuk menulis setiap hari, apa yang kita lalui.", aku memberi galakan dan sedikit nasihat berdasarkan pengalaman.

"Tu la. Ana tak pernah tulis diari. Ni baru nak cuba. Harapnya menjadi la azam ni untuk tahun 2008.", Iidil mengakui kata-kataku.

"Macam blog rumah kita tu la, Iidil. Masa rajin, ada je 'entry' baru yang di'post'. Tapi bila 'mood' menulis tu takde, alamatnya lama lah terbiar blog tu tanpa di'update'. Blog dikira diari jugak la. Diari elektronik di zaman IT ni.", aku menambah.

"Ok lah. Ana nak cuba tulis diari bermula 1 Januari 2008 ni. Seronok kan, bila kita baca balik coretan-coretan kita tu suatu masa nanti? Nanti kita akan dapat belajar daripada sejarah-sejarah hidup kita sendiri.", Iidil meneruskan tekadnya.

AbgZahar yang hanya mendengar dari tadi, tersenyum memandangku. Aku pun tak tahu apa maksudnya (atau buat-buat tak tahu?). Ahli-ahli SevenHeroes yang lain pernah membuat kenyataan bahawa aku dan AbgZahar ni sehati sejiwa. Kalau dua-dua senyum tu, ada la bendanya tu. Terutamanya waktu nak kenakan Pidut. Hihi.

Begitulah ragam kami di SevenHeroes ni. Semalam pulak, aku nampak Shah pun balik ke rumah dengan diari tahun baru 2008 di tangan. Amboi, semua nak menulis diari ke? Tak kisah la pasal nak menulis diari tu. Cuma, jangan dilupa pulak untuk sama-sama mengisi diari elektronik kita ni ye!

Jumpa lagi!

Tiada ulasan:

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan