Tokgurukulan bercerita :
Assalamualaikum..
Malam ini aku ingin menulis sementara rehat seketika daripada kerja-kerja BIZARRE. Ingin menulis mengenai 'mini journey' aku dengan teman-teman sefakulti suatu ketika dulu (Macam dah lama je.. Hihi), semalam. Sekarang, masing-masing dengan haluan sendiri. Takpe lah luangkan sedikit masa bersama, sementara aku belum bertukar status ni (Upss, terbocor pulak!).
Lebih kurang pukul 11.00 pagi semalam, Daud bersungguh-sungguh betul ajak aku (melalui Yahoo! Messenger) ke Planetarium Negara. Nak lunch kat sana katanya. Walaupun kerja-kerja BIZARRE banyak menanti, tapi aku tak kisah bila fikirkan bahawa sudah lama aku tidak bersua mereka. Lagi pun, kerja-kerja yang tertangguh boleh disiapkan malam tu.
Daud : Lan, ko sibuk ke hari ni?
Aku : Erm, biasa la. Ada keje. Tapi tak la sibuk sangat..
Daud : Jom, lunch kat Planetarium!
Aku : Owh! Tempat Korak dan Shima keje kan?
Daud : Yup. Ko 'free' tak?
Aku : Aku ok je..
Daud : Ok. Aku datang ambik ko..
Aku : Eh, bersungguh betul ko nak aku ikut ni!
Daud : Mesti la. Dah tak banyak masa dengan ko. Ko tunggu aku ye! Dalam pukul 12 tengahari gitu, aku sampai.
Aku : Ok..
Lama jugak menunggu, baru Daud sampai. Rupanya dia datang dengan Che Am. Housemate dia. Juga sefakulti dengan aku dan Daud.
Sesampainya di Planetarium, ambil Korak dan Shima, kami ke cafe berdekatan. Makan di situ. Macam-macam cerita yang keluar sebab dah lama jugak tidak bersua. Aku dan Shima mengambil peluang untuk berkongsi cerita yang sama. Kami sama-sama akan bertukar status pada awal tahun depan. Daud, Korak, dan Che Am pun turut sama bagi idea dan cadangan untuk apa yang dibincangkan. Tentu sekali mengenai segala macam urusan persiapan. Aku mengenai perancanganku dan tunangku dalam persiapan kami. Shima pula mengenai persiapannya dan tunangnya.
Pukul 2.30 petang, kembali ke Planetarium sebab Korak dan Shima dah kena masuk kerja. Kami yang tiga orang lagi ni dapat lah masuk free sebab datang dengan staff Planetarium. Alang-alang dah ada kat situ, kami ambil peluang untuk menjelajah seluruh Planetarium tu. Sempat juga masuk ke partition mereka di dalam pejabat Planetarium.
Agak petang sikit, kami pun bertolak balik. Nak singgah Taman Tasik Perdana sekejap sebelum balik. Mulanya, Shima ikut dengan keretanya di belakang kami. Masa kami dapat parking, dia belum dapat.
"Eh, mana Shima?", aku tak nampak kelibat kereta Shima.
"Entah la.", mata Korak juga mencari-cari kelibat kereta Shima.
"Korang, Shima dah balik.", Daud membuat pengesahan setelah berSMS dengan Shima.
"Owh. Ye ke? Kenapa?", Che Am meluahkan kepelikannya.
"Dia tak dapat parking.", Daud menjelaskan.
"Erm. Tak pe lah kalau macam tu. Jom kita masuk taman!", aku membuat keputusan.
Saje jalan-jalan mengambil udara segar. Sejuk mata bila dapat lihat tasik dengan ada pulau buatan di tengah-tengahnya yang ditanam pokok buluh. Angsa-angsa putih begitu cantik di pinggir tasik. Ramai pengunjung yang bagi roti kepada angsa-angsa tu.
Jalan-jalan sikit, kami pusing balik. Singgah sekejap menikmati aiskrim. Lepas tu kami bertolak balik. Sampai rumah aku, baru je masuk waktu maghrib. Mereka singgah sekejap rumah aku. Lepas tu, aku ajak mereka makan di kedai makan sekitar rumah aku. 123 Corner.
"Lan, kawan aku duk Kg. Sg. Penchala jugak. Dia cakap, rumah dia dekat dengan rumah pontianak.", Korak mula bersuara.
"Hah? Pontianak?", terkejut beruk aku dibuatnya.
"Iyeee.. Pontianak Harum Sundal Malam!", kata-kata Korak tu membuat aku berfikir seketika.
"Maya Karin lah, Lan!", Daud cepat memberikan jawapan.
"Laa.. aku ingat siapa..", aku menarik nafas lega.
"Ko tahu ke rumah dia 'area' mana? Dekat ke dengan rumah ko?", Che Am nampaknya tertarik dengan isu pontianak ni.
"Aku tak tahu la kat mana rumah Maya Karin tu. Tapi yang aku tahu, masuk jalan atas bukit kat depan tu. Bukan 'area' rumah aku la.", jari telunjukku menuding ke seberang sana jalan di depan 123 Corner itu.
"Kampung ni memang menjadi tumpuan artis-artis dan personaliti TV3 sebab TV3 kat sebelah One Utama tu je. Hari tu pun aku nampak ada 'shooting' kat traffic light sana tu.", aku menambah.
Lepas makan, hantar aku balik rumah, mereka pun bertolak pulang. Begitulah setengah hari bersama teman-teman yang agak lama tidak ketemu.
Sekian diceritakan.

2 ulasan:
Tau tak nape syima balik masa kat taman aritu..satu pasal takde parking,satu lagi pasal segan syima sorang je pompuan kat situ..huhuhu..feel free to read my blog..salam..
Owh.. Ingatkan siapa la yg tulis komen untuk entry ni..
Terimak kasih, Syima..
Masa rajin menulis, jadi macam ni la.. Jadi macam menulis cerpen..
Tapi kalau takde mood tu, hmmm.....
Selamat menghitung hari..
(",)
Catat Ulasan