(PERHATIAN : SILA KLIK "BACA SELURUH ARTIKEL" DI BAWAH UNTUK MEMBACA SELURUH ARTIKEL INI. "Coding" lari sikit!)
Assalamualaikum dan selamat pagi...
Hmmm, hendak memulakan semula "perjalanan" saya untuk menulis setelah sekian lama tidak "mengaktifkan" diri memerah otak, mengeraskan hati, dan memujuk-mujuk diri sendiri untuk menggerakkan jari jemari supaya menari-nari atas papan kekunci komputer, amatlah susah! Teramatlah payah!! Setelah dipujuk-pujuk, difikir-fikir, direnung-renung, akhirnya dapatlah tulisan saya dihasilkan pada pagi ini. Terima kasih khusus pada Ku Lan dan Bro Zahar dan rakan serumah yang lain, atas pujukan dan "laser - laseran"( Maaf Izuddin! Tercampur aduk pula dengan B.I ), yang telah menolak saya keluar dari kongkongan MALAS, TIDAK PEDULI, dan SIKAP PASIF yang menyelubungi diri saya dalam beberapa bulan lepas. TERIMA KASIH SEMUA!!
Sebenarnya,post kali ini adalah hasil pemerhatian dan kesimpulan saya kepada beberapa perkara yang berlaku di sekeliling kita, terutamanya dalam negara kita, Malaysia.
Perbualan saya dengan 2 orang warga Ghana dan seorang warga Timur Tengah ( Maaf, tidak ingat dari negara mana ) di dalam Putra LRT semasa perjalanan ke PC FAIR baru-baru ini, membuatkan saya terfikir sejenak. Apa sebenarnya yang telah berlaku kepada Malaysia? Selaku seorang Muslim, yang mendiami Malaysia sejak dilahirkan 25 tahun lalu, membuatkan saya berasa malu apabila disoal satu soalan yang cukup mudah, mengapakah Malaysia-sebuah negara yang penduduknya majoriti terdiri daripada Muslim, mempunyai akhlak yang sangat buruk terhadap tetamu dari luar negara? Kesopanan dan kesusilaannya semakin terhakis dari diri setiap individu rakyat Malaysia. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri sangat memuliakan tetamu, walaupun seorang fakir. Kita selaku umat Muslimin di Malaysia semakin terhakis dengan budaya menghormati orang lain, berlemah lembut dan memuliakan orang lain. Salah seorang daripada warga Ghana itu beragama Kristian, melontarkan kritikan yang cukup keras dan pahit, bahawa dia tidak pernah berjumpa dengan negara yang sangat fobia dengan orang luar (pelancong), sebagaimana di Malaysia.
Beliau menceritakan pengalamannya yang diancam untuk dipukul hanya kerana bertanyakan arah kepada seorang gadis India. Katanya, beliau dikerumuni lebih 10 orang pemuda India apabila beliau mendekati gadis tersebut. Hmm,bunyinya macam samseng.Takpelah. Kemudian, beliau menceritakan satu kisah lagi, bagaimana dia sudah pun diacukan penumbuk, kayu dan sebagainya apabila mendekati gadis Melayu pula (Beliau belum membuka mulut, baru sahaja berjalan mendekati gadis tersebut, dan telah dituduh hendak menggoda/mengurat). Saya ketika itu, tersentak dan cuba bangkit, membentangkan hujah (time tu rasa macam peguam pula!), dengan mengatakan kepada beliau bahawa mungkin sudah ada kes-kes yang berlaku menyebabkan semua mereka yang terlibat menjadi sangat defensif kepada pelancong-pelancong asing terutamanya yang berkulit gelap. Beliau membalas hujah saya dengan mengatakan di negara-negara lain, contohnya Tunisia, Turki bahkan di U.K, mereka (pelancong warga kulit hitam) dilayan dengan penuh hormat dan sopan. Sebabnya? Mereka TETAMU, dan TETAMU wajib dilayan dengan sebaik-baiknya tanpa mengira warna kulit dan bangsa. Saya pun bangkit cuba membela Malaysia (Huiiiiiyyooo!) dengan mengatakan mereka sudah terpengaruh dengan khabar angin dan menjadi prejudis kepada warga kulit hitam. Beliau tidak membantah cuma MENAMBAH, katanya " Prejudice is not strong enough, XENOPHOBIA is!!!" Hmm, terdiam saya!!! Mungkin benar kita sudah pun menjadi fobia sehingga kita "PUKUL RATA" semua pelancong asing sebagai sama sahaja, mereka ganas, hendak merosakkan anak gadis Malaysia dan pembawa masalah utama di Malaysia. Mungkinkah? Fikir dan telitilah dengan minda yang terbuka. Cuba perhatikan di sekeliling kita, lihat, renungkan, dan analisis serta cuba lakukan sesuatu untuk mengubahnya, bermula dengan diri kita sendiri.
Terlupa pula saya, nama salah seorang warga Ghana itu ialah Quincy ( tidak pasti betul atau tidak ejaan ni, tetapi di sebut sebagai Queen-si). Beliau seorang pakar fabrik dari Amerika Syarikat, tetapi lahir di Ghana. Beliau datang ke Malaysia bertujuan untuk mencari peluang sebagai tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi, namun katanya, setelah 14 hari berada di Malaysia, beliau mengatakan bahawa perasaan keseorangan dan ketakutan menyebabkan keputusan beliau mencari pekerjaan di sini harus diteliti semula.
Ke mana agaknya ya, budi bahasa kita sebagai rakyat Malaysia? Sudah hilangkah budaya salam, senyum dan sapa di antara kita? Ramai di antara kita agak "keras" otot mukanya untuk menghadiahkan senyuman kepada orang yang tak dikenali, takut dicap gila, perasan hensem, bajet ayu dan sebagainya. Saya yakin dan percaya ramai di antara kita bila ada orang dalam kesusahan, terutamanya di khalayak ramai (situasi ini selalu berlaku), kita akan terpaku dan melihat sahaja samada pelancong asing, makcik tua yang uzur, pakcik yang buta, orang yang berkerusi roda terkial-kial hendak melintas jalan. Ya, mungkin selepas 2-3 min akan ada yang akan datang menolong. Tetapi cuba lihat dan teliti, kebanyakannya yang akan menolong ialah non muslim. Di mana Muslim yang lain?
Dalam mengharungi kehidupan harian kita, setiap Muslim adalah duta/wakil/cermin bagi agama kita yang murni ini, iaitu Islam. Adalah penting, amat penting untuk kita menjaga akhlak kita di depan orang ramai, apatah lagi di depan orang kafir, yang mana mereka ini samada kita sedar atau tidak, sentiasa memerhatikan kita. Adakah benar orang Islam begini sikapnya, apakah benar sikap orang Islam begitu dan pelbagai lagi aspek yang diperhatikan. Jika kita bersikap bukan dengan sikap yang dianjurkan oleh Islam, maka kita telah membina dinding antara mereka yang mencari kebenaran dan keindahan Islam dengan akhlak kita yang tidak islamik itu. Semoga ALLAH mengampuni kita.
Jika kita merasakan bahawa kita berpura-pura di hadapan mereka dengan bersikap baik, walhal bukan begitu sikap kita yang sebenarnya. Itulah cabarannya buat kita untuk mengubah diri kita menjadi lebih baik, biarlah kita bermula dengan BERPURA- PURA berakhlak mulia, semoga akhlak mulia yang kita pamerkan secara berpura-pura itu, akan menjadi akhlak kita yang sebenarnya secara perlahan-lahan. Ketika itu, kita sudah tidak hipokrit lagi, kerana akhlak yang mulia itu sudah menjadi diri kita yang sebenarnya. Pening kan?Hehe..Ada istilah yang dinamakan ISTIKHLAS yang boleh dibincangkan dengan panjang lebar dalam masa yang lain untuk menerangkan isu hipokrit-tak hipokrit ini.
Semoga ALLAH merahmati kita semua. Selamat Hari Raya Aidiladha. Assalamualaikum.
p/s:ini link untuk rujukan lanjut tentang Xenophobia http://en.wikipedia.org/wiki/Zenophobia
~Firdaus @ Pidut

2 ulasan:
saye juga ade komen secare ringkas tentang hal ni di blog saye nfb3.blogspot.com
Terima kasih Pidut, untuk posting yang menarik ni.
Akhirnya, berjaya jugak kembali menulis kan? Bagus lah..
Catat Ulasan