Sabtu, Disember 29, 2007

Filem Malaysia Sekarang....!!

Fenomena filem-filem di Malaysia....

Sejak akhir-akhir ini, dunia perfileman Malaysia semakin meriah dengan kebanjiran filem -filem Melayu hasil titik peluh pengarah yang rata-ratanya beragama Islam. Mereka cuba sedaya upaya untuk menghasilkan filem yang bermutu tinggi dan dapat menarik minat penggemar filem Melayu untuk datang ke panggung, menonton hasil karya mereka. Tapi apa yang dapat dilihat, filem-filem Melayu sekarang sudah semakin lari jati diri dan nilai-nilai murni yang patut ditampilkan. Kebanyakannya hanya sebagai hiburan semata-mata dan ada di antaranya yang langsung tidak menonjolkan budaya Melayu yang sopan dan baik, tetapi lebih kepada budaya Barat yang semakin menular di negara Malaysia ketika ini.

Apa yang lebih menyedihkan, ramai menyokong filem sedemikian rupa dan mengatakan filem-filem melayu sekarang lebih bermutu dan memberi teladan. Ramai berduyun-duyun ke panggung untuk menonton filem-filem tersebut terutamanya filem yang dibintangi bintang pujaan mereka. Jadi, apa yang sepatutnya kita lakukan untuk mengubah fenomena ini? Fikir-fikirkanlah kerana jawapannya, ANDA sudah tahu!!

~ShahTorpedo

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus Shah..

Teruskan menulis..
Aku sokong!

Meriahkan blog kita ni sementara aku masih belum bertukar status..

Hihi..

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan