
Tokgurukulan mencoret:
Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian..
Selasa lepas, 18 Mac 2008 bersamaan 10 Rabiul Awal 1429 H, aku menerima mesej daripada dua orang sahabat lama ketika di maahad dulu, iaitu Kama dan Azman."Tuan Guru Haji Loh Lubuk Tapah sedang tenat. Marilah kita sama-sama membacakan YASIN dan mendoakan kesejahteraan beliau. Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang mengetuai bacaan YASIN di rumah beliau sekarang. Moga beliau diberikan kesihatan. Sebar-sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain.".
Terbayang wajah beliau yang lembut dan tenang. Aku lantas menceritakan serba sedikit mengenai tuan guru yang pernah aku menuntut ilmu dengannya itu, kepada isteriku. Sekelumit doa kulafazkan, memohon agar kesihatan dikurniakan kepada beliau untuk terus berbakti kepada masyarakat yang amat memerlukan khidmat beliau.
Pagi esoknya, 19 Mac 2008 bersamaan 11 Rabiul Awal H, Kama mengirimkan satu lagi mesej iaitu berita kematian beliau."Tuan Guru Haji Loh Lubuk Tapah baru meninggal 7.20 pagi tadi."
INNAA LILLAAH WA INNAA ILAIHI ROOJI'UUN. Sesungguhnya kita adalah milik ALLAH dan kepadaNYA lah kita akan kembali. Aku tergamam seketika. Sedih melanda diriku. Sebutir permata yang begitu bernilai sudah diambil kembali oleh ALLAH.
Terbayang kenangan bersama sahabat-sahabat maahad suatu ketika dulu, di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Aku bersama-sama dengan Azmi, Salihin, dan Kama telah menghabiskan waktu cuti sekolah (sebelum memasuki tingkatan 4) kami di pusat pengajian pondok tersebut. Di situlah kami mengenali Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, tuan guru di pusat pengajian pondok tersebut. Beliau lahir pada tahun 1934. Jadi, beliau meninggal dunia pada umur 74 tahun.Walaupun tidak banyak ilmu formal yang kami dapat daripada beliau kerana masa kami yang terhad di sana, namun banyak ilmu tidak formal yang dapat kami belajar daripada peribadi beliau sendiri.
Memang terbukti kealiman beliau berdasarkan pemerhatianku sendiri. Aku mendapati bahawa beliau berkemampuan mengajar banyak cabang ilmu. Aku berhak mengatakan demikian kerana aku juga pernah belajar di Pondok Pasir Tumboh yang tidak berapa jauh dari rumahku di kampung. Habis sekolah pada waktu petang, aku menghabiskan waktu malam di pusat pengajian pondok tersebut. Di sana, jika seseorang guru itu mahir tafsir, beliau hanya mengajar kitab-kitab tafsir. Begitu juga dengan ilmu-ilmu hadith, feqah, tauhid, dan yang lain-lainnya.Uniknya Tuan Guru Haji Abdullah ialah, beliau mampu menghuraikan kitab-kitab daripada pelbagai cabang ilmu, dan aku suka cara beliau mengolah, walaupun agak tradisional. Beliau sangat dikenali sebagai seorang yang sangat tegas dengan pendiriannya. Beliau juga sering disebut-sebut sebagai tuan guru yang bermulut masin, iaitu, apa yang disebut oleh beliau, pasti akan berlaku. Tentang kebenaran dan kesahihan perkhabaran tersebut, hanya ALLAH jua yang Maha Mengetahui.
Sekarang, semua itu hanya tinggal kenangan. Moga ruh beliau aman di alam yang sudah tidak sama dengan alam kita yang fana ini.
Al-Fatihah..
Artikel ini adalah ihsan daripada blog ini :
http://azlansajirah.blogspot.com/
Hari ke hari, debaran makin terasa. Tinggal hanya 9 hari lagi menuju pernikahanku. InsyaALLAH, selepas selesai semua urusan perkahwinanku, aku akan berkongsi satu blog baru dengan pengunjung-pengunjung sekalian. Blog mengenai kisah atau perjalanan hidup kami (aku dan bakal isteriku) setelah kami bergelar suami isteri yang sah.
Terasa kuat kembali bila Shah sudi membantu. Kami (aku dan AbgZahar) bercadang untuk menyerahkan urusan marketing Bizarre kepada Shah, dan dia bersetuju. Setelah dia menghadiri workshop tu, nampaknya lebih banyak idea yang dia dapat sumbangkan. Semangat pun nampaknya begitu berkobar-kobar!
Fuh.. 
Akhirnya aku berpeluang untuk menulis mengenai template blog ini. Alhamdulillah, setelah mencari dan mencuba, akhirnya aku ketemu cara untuk mengaplikasikan template yang kita dapat daripada mana-mana laman web. Caraku sendiri sebenarnya. Yang paling penting, template yang kita nak guna untuk blog kita tu hendaklah jenis XML Template, bukan Classic Template.
XML Template akan tetap mengekalkan Page Elements dalam layout manakala jika kita menggunakan Classic Template, tidak akan ada lagi Page Elements, menyebabkan sedikit sukar untuk menambah atau mengubah layout kerana mesti masuk ke bahagian seluruh coding. Itu sahaja bezanya.
Maaf kerana sejak akhir-akhir ini, aku kurang dapat memberikan komitmen yang penuh kepada updating dan penulisan blog. Sama ada aku sibuk dengan urusan di ambang pernikahanku, atau sibuk dengan terlalu banyak tempahan untuk kuliah tafsir Ustaz Kariman. Selain daripada tempahan untuk kuliah-kuliah yang pernah kami (
Pertama sekali, maaf dipohon kerana agak lama blog ini tidak diupdate. Mungkin perkara ini terjadi kerana memang selalunya aku lah yang meng'hidup'kan blog ini.