Isnin, Jun 04, 2007

Alhamdulillah.. Akhirnya berjaya!!

Tokgurukulan melaporkan :

Assalamualaikum..

Setelah puas mencari coding untuk button di bawah ni, akhirnya aku berjaya menghasilkannya!!

Mula-mula, aku mencuba coding daripada blogger sendiri tapi nampaknya tidak membuahkan hasil. Aku tetap ingin mengekalkan template macam ni, sedangkan jika menggunakan coding tersebut, terpaksa pula menukarkan template kepada classic template..

Lama jugak aku mencari arah panduan. Kebanyakannya menyediakan coding untuk classic template. Setelah mencuba yang lain, hasilnya juga sama. Terkadang template asal tiba-tiba hilang, digantikan dengan classic template. Cuak jugak. Tapi tiada masalah sebab aku sudah menyimpan backup template asal sebelum membuat apa-apa pindaan pada bahasa HTML tersebut.

Kadang-kadang pula, bila view blog, tiba2 keluar coding yang memenuhi web browser. Cuak tak terkira! Ia berlaku kerana template asal telah ditukar kepada classic template yang konsep codingnya berbeza walaupun kedua-duanya adalah bahasa HTML..

Akhirnya, entah macam mana, jumpa jugak coding yang boleh digunakan ke atas template asal ni.. Ia berhasil!! Alhamdulillaah..

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

congrate Tok....
omedeto' --> bahasa jpon (^_^)V
smart er yg button 'ringkasan' tuh
ngam2 jer...cun2
(=_=)

Tanpa Nama berkata...

Thanks Hazifah..

Sang Kelana berkata...

macam mana? nak belajar jugak..(dah jenuh bertanya, pakcik google terlalu banyak tahu sampai pening mau yang mana:P)

Tanpa Nama berkata...

tahniah... heheh lepas ni boleh lah ajar kawe pulak deh...

Tanpa Nama berkata...

Erk.. ana segan la dengan Ustaz PedangMujahid..

Apa la sgt yg ana buat ni..
Saje la tu, konon nak belajar dgn ana.. buat ana bertambah segan je..

(",)

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan