Rabu, Jun 06, 2007

Biodata Dr. Abdullah Yasin ..

Tokgurukulan melaporkan :


Assalamualaikum..

Sejak kami (aku, AbangZahar, Izuddin) mula mengikuti kuliah Dr. Abdullah Yasin di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) setiap hari Isnin, aku mula mencari biodata beliau. Tidak dinafikan, sewaktu mula-mula mendengar kuliah beliau, aku berasa agak janggal dengan cara penyampaian beliau..

Tetapi, lama-kelamaan, terasa keunikan beliau. Beliau menyampaikan ilmunya seolah-olah seorang ayah sedang memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ditambah dengan kata ganti diri 'ustaz' untuk diri beliau sendiri, dan pelat bahasa ibunda beliau, iaitu Indonesia, bahasa menjadi begitu indah dan terasa beliau begitu dekat di hati kami. Ilmu-ilmu beliau yang dirujuk kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah yang shahih itu disulam rapi dalam bahasa yang begitu indah.

Satu lagi perkara yang membuatkan hati kami (malah seluruh jemaah yang mengikuti kuliah beliau) sentiasa terikat untuk terus istiqomah dengan kuliah beliau ialah, ketika beliau membaca ayat-ayat Al-Qur'an dan terjemahannya. Bukan sahaja ayat-ayat suci tersebut dilagukan, tetapi juga terjemahannya. Terjemahannya dilagukan dengan alunan tersendiri. Mungkin beliau lebih menjiwai intipatinya bila melagukan demikian. Itu tidaklah kita ketahui.

Terbaru, Pidut & Shah juga menyertai kuliah ini bersama kami bertiga. Berbetulan dengan waktu luang mereka. Cuma Alias & Iidil yang belum berkesempatan lantaran kerja kerana kuliah ini diadakan pada pagi Isnin.

InsyaALLAH, jika berkesempatan, akan diuploadkan ke dalam blog ini, audio siri-siri kuliah beliau yang sempat dirakam. Setiap kali kuliah, beliau akan sediakan nota berkaitan. InsyaALLAH juga, akan diselitkan nota tersebut bersama audionya agar dapat sama-sama dihayati. Kuliah beliau memang berpandukan nota tersebut. Jadi, kuliah akan mudah difahami bila ada notanya. Moga sama-sama dapat kita ambil faedah daripadanya..

Ini adalah biodata beliau :

Nama : Dr. Abdullah bin Yasin

Tarikh lahir : 5 Julai 1946

Tempat lahir : Batam-Riau-Indonesia

Pekerjaan : Unit Dakwah Islamic Counselor Kedutaan Arab Saudi Kuala Lumpur (1980 - sekarang)

Kewarganegaraan : Malaysia

Pendidikan : BA - Pendidikan (1970) Institut Agama Islam Pekan Baru Indonesia.

LC - Dakwah Dan Usuluddin (1976) Universiti Islam Madinah Arab Saudi.

MA - Perbandingan Ilmu Fiqh (1980) Universiti Imam Mohammad Ibnu Sa'ud - Riyadh - Arab Saudi.

PhD - Islamic Study (1994) American Coasaline University New Orleans, Lousiana.

11 ulasan:

fauzi berkata...

pengalaman berurusan dengan ustaz abdullah yasin mmg mudah, tak merumitkan. jika dijemput untuk berceramah pasti akan hadir jika tak ada percanggahan jadual
ade no contact die?

Tanpa Nama berkata...

Erm.. takde la Poji.. Mungkin boleh diusahakan pada hari kuliah beliau.. (",)

Unknown berkata...

Alhamdulillah, hari ini kelas pertama saya

hey joe berkata...

Salam...alhamdullilah...jumpa balik ustaz abdullah..hook pertama semasa umur pertengahan 20an masjid jamek kawasan melayu pj...dah lama rindu nak dengar kuliah n khutbah jumaat...tq

hey joe berkata...

Ada jadual kelas ustaz abdullah?...kalau ada tolong fowardkan parjoe13@gmail.com...
TQVM

hey joe berkata...

Ada jadual kelas ustaz abdullah?...kalau ada tolong fowardkan parjoe13@gmail.com...
TQVM

Unknown berkata...

assalamualaikum.. insyaa Allah.. klau ada no. ustaz Abdullah Yasin mohon pm/ share 0177373577 jazakAllahu khoiran..

Unknown berkata...

الحمدلله..احفظ الله يحفظ..إن تنصر الله ينصركم ويثبت اقدامكم....الله المستعان.. هو الغفور الرحيم هو السميع العليم..نحن نخاف الله في أعماق قلبنا....فقط

Unknown berkata...

Alhamdulillah. Dr. Abdullah Yasin ilmunya sungguh bermanfaat.

Baarakallahhu fiikum

abu mohsein berkata...

Bab Bidaah dan Syirik terserlah aliran pemikirannya. Kata orang, betul ka?

abu mohsein berkata...

Pernah dengar dulu, Saidina Bidaah, Usolli Bidaah.. dll

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan