Jumaat, April 20, 2007

Assalamualaikum, salam pembuka bicara ..


Tokgurukulan menulis :

Assalamualaikum, salam pembuka bicara ..

Maafkan diriku kerana membiarkan namaku membarisi ayat-ayat kalian di laman ini sedangkan aku belum sempat menaip walau sepatah kata..

Sebagai menunaikan janji kepada sahabat-sahabat, kutulis jua coretan ini setelah usai final examku semalam.. erm..exam yang tiada kata mampu diungkapkan untuk menggambarkannya. Hati ingin gembira kerana sudah berjaya menghadapi saat-saat akhir pengajian tapi semacam ada perasaan takut yang begitu mencengkam di dalam jiwa. Hatiku kuat merasakan bahawa aku tidak mampu mendapat yang terbaik. Terasa gelap seluruh isi alam ini bila memikirkan perkara ini. Aku tidak dapat konvo tahun ni!! Jika aku sendiri begitu terasa tamparannya, pasti ramai lagi yang kecewa dengan diriku. Balik dari dewan peperiksaan semalam, aku tidak dapat menerima hakikat kecuaian diriku. Lama aku menenangkan diri. Memberi harapan bahawa bukanlah itu segala-galanya. Bahawa masih banyak nikmat RABB di muka bumiNYA ini sebagai tanda kasihNYA. Bahawa rezeki TUHAN cukup luas & qadha dan qadarNYA telah termaktub..

Tapi hati manusia bukan senang untuk dipujuk. Tambahan pula dipujuk oleh hati sendiri. Lebihnya kita kerana ada iman. Jika tiada mutiara berharga ini dalam diri, sudah pasti banyak perkara yang telah dan akan aku izinkan kaki ini melangkah, benarkan tangan ini melakukannya. Mungkin di luar kawalan aqal manusiawi semata-mata kerana tertekan. Tentunya yang akan membinasakan diri sendiri. Aku sedar, ramai manusia di luar sana yang tidak terarah hidupnya. Jiwanya kosong. Hidupnya tidak bermatlamat. Terdorong segala-galanya semata-mata kerana ikutan nafsu.

Innal hamda liLlah. Sesungguh-sungguhnya, layaklah segala puji-pujian itu menjadi milikNYA. Bersyukur setinggi-tingginya kerana aku dianugerahi sahabat-sahabat yang baik. Yaa.. baik dan beriman tentunya (baca dengan nada Ustaz Kariman.. hehe..). Di saat kegundahan hati inilah, aku amat memerlukan sokongan mereka. Mereka amat memahami. Aku cukup yakin tentang itu. Tidak dapat diragui lagi. Terima kasih teman-teman..

Cukuplah sekadar ini luahan hatiku. Sebagai pembuka lembaran tulisanku dalam blog pahlawan ni (sevenheroes kan? hero kan pahlawan..).

Untuk lembaran seterusnya, insyaALLAH akan ada sedikit mengenai bahasa Arab. Setakat yang pernah aku faham sepanjang pengajianku ke arah itu suatu ketika dahulu. Moga segalanya nanti akan bermanfaat..

Wassalaam..

P/S : Esok kena pergi TWO TI CREATIONS di Bukit Lanjan. Tak berapa jauh dari rumah kami. Tak perlu lalu jalan besar. Kalau ada rezeki kat situ, dapat la kerja & timba ilmu dan pengalaman di sana..

Tiada ulasan:

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan