Isnin, April 02, 2007

Sang Angin


Surat ini kutulis dengan tinta merah
tinta berdarah
kerna hatiku luka tertusuk duri yang entah bilakan sembuh
ketika embun semalam masih menitis sepi
angin semilir pagi yang sepatutnya berpuput lembut
datang menyentak atmaku

Kenapa tidak kau cuba saja wahai sang angin
menyapa diriku dengan penuh tertibmu
mengapa kau datang mengganas di pagi hari
jauh dari sifatmu yang sopan itu
aku terkesima dengan lakumu itu
mengapa tidak kau penuhi hasratku itu
sedang mudah bagimu memenuhi pintaku itu.

Wahai angin usahlah kau menggoncang jiwa yang tenang
mengganggu mimpi indah yang kuharap tidak berpenghujung
mengganggu pagi yang suci.

Wahai angin berhentilah kau dari mengoyak hati-hati yang mencintaimu...

TINTA MERAH @ izuddin ..

Tiada ulasan:

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan