Rabu, Jun 06, 2007

Pak Lah akan kahwin??

Tokgurukulan memetik :

Setelah mendapat maklumat daripada seorang teman, ku petik artikel ini daripada BERNAMA, untuk tatapan semua..

PUTRAJAYA 6 Jun -- Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah, 53, pada Sabtu ini, demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Majlis akad nikah hari itu akan dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, menurut kenyataan berkenaan.



Jeanne dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, Nadiah dan Nadene.

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan, serta pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana.

Abdullah, 67, menjadi duda setelah isterinya, Datin Seri Endon Mahmood, meninggal dunia pada 20 Oktober 2005 akibat kanser payudara.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Kamaluddin dan seorang anak perempuan, Nori.


5 ulasan:

fauzi berkata...

don't know what 2 say...........

Tanpa Nama berkata...

herm....
saudara baru ke dia neh?

Tanpa Nama berkata...

Erm.. Tak pasti..

Tanpa Nama berkata...

Salam kepada semua....

Hahahahahaha......Mullah dah dapat cerita ni lama dah.... Untuk kekawan, sila check website www.malaysia-today.net. Sebuah laman web kelolaan Raja Petra Kamarudin. Sebuah laman alternatif kepada media arus perdana seperti Utusan, NST dan The Star.....Hahahahahaha... Mullah dah tahu lama dah.....Apa pun kepada Pak LAh, Selamat Menyambut Hari Perkahwinan yang Kedua.....Hahahahaha....Adios, gang....

Mullah

Tanpa Nama berkata...

Ya ALLAH.. awat nye bangga sgt ni Mullah?

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan