
Assalamualaikum pembaca blog sekalian!

Eh, menyimpang jauh pulak. Ok, masuk kepada isi utama entry ni. Sebenarnya, raya kali ini, selain daripada aku gembira menyambut anak buah pertama, ada satu lagi perkara yang boleh dicatat dalam diari hidupku (atau, boleh ke digantikan dengan istilah 'blog hidupku'..? Hehe). Setelah beberapa tahun tidak bertemu dengan sahabat-sahabat rapatku semasa di Maahad Muhammadi suatu ketika dahulu, raya kali ini kami berlima dapat berkumpul! Aku, Azmi, Kama, Solihin, dan Azman. Betapa rapatnya kami, kami sempat bergambar di photo studio. Setiap orang daripada kami ada simpan satu salinan.

Sebenarnya, bukan sengaja tidak mahu berjumpa. Cuma bila masing-masing sudah ada komitmen tersendiri, sudah tidak ada waktu yang dapat diluangkan bersama-sama. Kalau waktu itu tak pernah terfikir pun bahawa suatu masa nanti kami akan dipisahkan oleh waktu dan kerjaya, sekarang baru rasa keadaan itu dan terasa begitu berharga saat-saat ketika dapat selalu berkumpul dahulu, di mana sekarang nikmat itu sudah tiada.
Berikutan aku mendapat tahu Solihin (yang sudah mendahului kami dalam berkeluarga) sudah mendapat baby pertamanya, aku ajak Azman pergi ziarah. Tengok baby. Rupanya baby Solihin selamat dilahirkan pada 30 September 2007. Anak buahku, Nik Nurul Iffah, dilahirkan pada 3 Oktober 2007. Beza 3 hari je. Diringkaskan cerita, raya kedua, malam tu, Azmi datang rumah aku. Dia datang ditemani kawannya. Lepas tu Azman pulak datang. Kami pun bergerak ke rumah Solihin. Azmi pergi dengan kawannya. Aku tumpang kereta Azman. Sesampainya kami di rumah Solihin, kami berpeluk-pelukan. Ye la. Lama sangat tak jumpa. Kama belum tiba. Lambat sikit. Katanya, dari rumah abang iparnya. Tidak lama kemudian, Kama sampai. Akhirnya, berkumpul lah kami setelah beberapa tahun terpisah oleh masa!

Setelah menghantar Kama balik ke rumahnya, dan singgah masuk sekejap, kami pun balik. Azmi dan kawannya balik ke quarters di Hospital Besar Kota Bharu, tempat kerja mereka. Aku dihantar balik oleh Azman. Rumah kami tak jauh. Sama-sama Pasir Tumboh.
Begitulah seadanya kisah 5 orang sahabat..
2 ulasan:
Kulan, ana takde la minat sangat si AMAR tu...dengar2 camtu je. Macam nta kata, nama Nurul Iman ni, sejuk kedengaran...
Nta, terima kasih datang ziarah, lama betul tak jumpa nta...
Hehe..
Ana sajo jah. Tak sangka pulok ado respon drp tuan punyo badan.. hihi..
Apa pun, tahniah la sahabatku Solihin! Enta dah mendahului kami. Comel baby tu.
Meme lama betul kito semo x jjupo. Alhamdulillah, raya kali ni byk bawa barakah..
Catat Ulasan