Rabu, Mei 30, 2007

Al-'Azhamah - Muqaddimah


Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah yang keranaNya kita masih lagi mampu bernafas dan terus hidup di dunia ciptaanNya yang sungguh indah ini. Alhamdulillah...

Di bawah ini, adalah petikan daripada sebuah buku yang saya ingin kongsi bersama-sama semua pembaca blog ini.

Buku ini bertajuk Al-'Azhamah karangan Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.

Hayatilah bait-bait ayat di bawah dan ulanginya beberapa kali di dalam hati, semoga kita mendapat kebaikan daripadanya...

Sifat terpuji yang dimiliki oleh orang-orang yang sempurna hanyalah merupakan sebahagian kecil dari kesempurnaan Allah...

Dan sifat keutamaan yang dimiliki oleh orang-orang yang berbudi pekerti tinggi hanyalah merupakan sebahagian kecil dari keutamaan Allah.

Lidah orang-orang yang memuji dan pena-pena orang yang menulis tentang kepujian, kesemuanya tenggelam dalam keagunganNya.

Ya Allah yang Maha Besar...!

Siapalah saya sehingga saya dapat memujiMu...

Siapalah saya sehingga saya berani mengagungkanMu...

Dan siapalah saya sehingga saya berani memujiMu.

Saya... yang merupakan makhluk yang diciptakan dari tanah liat berani mahu menyifatkan keagungan Maha Raja bagi sekalian alam.

Saya yang diciptakan dari tanah liat telah berani menyebut keagungan Tuhan alam semesta.

Rasa kecil hati memenuhi hatiku yang diciptakan dari air yang hina dina ini pada setiap kali mendendangkan sifat-sifat Tuhan yang merupakan hakim yang seadil-adilnya.

Ya Allah, sesungguhnya mahkota yang paling mulia telah dihadapkan kepadaku sehingga membuat hidungku bertiarap di atas tanah demi melihat keagunganMu.

Ya Allah, sesungguhnya pingat yang paling gilang-gemilang yakni asma’Mu yang sedang saya renungi telah membuatku meletakkan dahiku ke atas bumi demi menyembah kepadaMu.

Saya adalah orang yang telah berbuat zalim, yang mengakui terhadap kekurangan-kekurangannya, dan mengakui terhadap dosa-dosanya...

Manakala Engkau pula adalah Dzat Yang Maha Pemurah, Maha Agung, Maha Kaya dan Maha Terpuji. KeagunganMu teramat mulia, pujianMu teramat luhur dan namaMu teramat suci...

Ya Allah, Tiada Tuhan selain Engkau...

Petikan ayat di atas adalah dari bab Muqaddimah, buku Al-'Azhamah itu. InsyaAllah saya akan membawakan petikan-petikan seterusnya daripada bab-bab yang lain pula selepas ini...
Wallahu 'alam

Aidan Z

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AbgZahar.. jangan lupa buat sambungan siri Al-'Azhamah ni ye.. ;)

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan