Rabu, Mei 09, 2007

Jangan bersahabat dengan pendengki ..


Tokgurukulan menulis :

Meneruskan hari-hari mendatang, aku terpandang satu kata-kata pada sekeping kalendar. Aku sungguh tertarik dengan kata-kata tersebut. Untuk perkongsian bersama, aku taip ke dalam blog ini agar jika ada manfaatnya, dapat sama-sama dihayati..

Kata-kata itu berbunyi begini :

"Semua orang boleh diajak bersahabat, kecuali seorang pendengki. Sebab, seorang pendengki akan selalu membawa kita agar mematikan nikmat-nikmat ALLAH, menanggalkan semua keperibadian kita, melepaskan ciri kehormatan kita, dan menanggalkan semua sejarah baik kita.."

1 ulasan:

Nik Muhd berkata...

Salam Lan..........
Mullah membaca blog yang Lan tulis ni dan Mullah hendak mmberi komen. Sebenarnya, Mullah ada setuju dan tidak setuju dgn kenyataan tersebut. Mullah setuju trhadap kenyataan tersebut sbb ia akan menjejaskan pendirian, prinsip dan personaliti KITA kerana kita sanggup bersahabat dgn seorang pendengki....
Akan ttp, kalau kita melihat dan menjenguk sirah Nabi Muhammad SAW, banyak kejadian yang mencatatkan bagaimana orang yang dengki dgn baginda SAW dan perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan ajaran Islam, akhirnya memeluk agama Islam. Inilah yang sebaik-baik ikutan bagi dirik kita termasuklah diri Mullah. Kalau kita menjenguk apa yang ditulis oleh Sean Covey dalam bukunya '7 Habits of Highly Effective Teens', sifat kita dalam menghadapi keadaan seperti ini janganlah seperti sifat dan sikap 'doormat' yang dapat digunakan dan dieksploitasikan oleh semua orang. Kita ada PRINSIP dan sebagai orang Islam, PRINSIP kita hendaklah sejajar dengan apa yang digariskan oleh syarak....... Itu sahaja cetusan idea Mullah...... Banyak idea yang Mullah hendak kongsikan dengan 'seven heroes' dan pembaca2 blog sekalian... Akan tetapi, masa mencemburui kita semua....Adios.........Hehehehehehe

Mullah TTDI

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan