Selasa, Mei 08, 2007

Muqaddimah bahasa Arab ..


Tokgurukulan menulis :

Mempertimbangkan permintaan AbangZahar, yang ku kira mewakili sahabat-sahabat lain juga, jariku tergerak untuk menulis mengenai bahasa Arab. Jangan gelabah dulu! InsyaALLAH akan dimulakan dengan yang paling asas, dan akan kucuba semampu mungkin untuk menjadikannya mudah, langkah demi langkah, sesuai untuk semua, terutamanya bagi yang benar-benar ingin belajar tetapi tidak tahu dari mana hendak bermula..

Mungkin selama ini ada tersimpan niat tetapi tidak berjaya diluahkan lantaran segan atau kesibukan kerja, atau mungkin juga menganggapnya begitu sukar hingga langsung melupakannya. Tetapi percayalah, jika kena caranya, insyaALLAH akan mudah diikuti. Diharap, sesiapa sahaja yang ingin mengambil manfaat daripada kesudianku ini, dapat istiqamah dalam mengikuti sambungan-sambungannya selepas ini..

Bagi kita orang mukmin, tidak dapat tidak, untuk menyingkap rahsia keindahan Al-Quran dan kemukjizatannya itu, perlu memahami bahasa mulia ini. Kelazatan memahami Al-Quran akan lebih terasa dalam jiwa bila kita dapat memahami bahasanya. Memang ada lagi perkara yang perlu dipelajari untuk betul-betul menghayati tanda-tanda kekuasaan ILAHI itu, tapi percayalah bahawa inilah asas kepada segala-galanya. Jika kita memulakannya dari sini, kita sebenarnya telah masuk ke fasa pertama memahami malah menghayati KalaamuLLah!

Harap mendapat respon daripada semua. Aku cuma ingin berkongsi sedikit ilmu yang mungkin berguna kepada sesiapa yang memerlukan. Apa yang aku ada, itulah yang dapat dikongsi. Moga niatku yang kecil ini dapat dinilai oleh ALLAH seadanya diri kerdilku di sisiNYA yang Maha Perkasa..

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Erm.. nampaknya tiada yang berminat.. tiada respon.. takpe la.. (kecewa.. sedih..)

Tanpa Nama berkata...

tok...saya ni mmng tak pandai bahasa Arab..dan jahil tentang ilmu2 Allah yg lain ni..dan saya ada kemusyikilan..harap tok dapat bantu saya dengan memberi penerangan...

Kenapa kita sembahyang tak guna bahasa melayu maksud saya menggunakan tafsir ayat bahasa melayu? Kenapa tok..sebenarnya saya malu nk tanya tp saya tk nk jadi org yg sesat jln kerana malu bertanya...

Tanpa Nama berkata...

Tok tak berani nak jawab. Cuma sekadar ingin memberi pandangan.

Rasul diutus di kalangan orang Arab. Maka panduan orang ISLAM, iaitu Al-Qur'an juga dalam bahasa Arab.

Boleh saja kalau dibolehkan menggunakan bahasa lain dalam solat tapi bahasa Arab sendiri mempunyai unsur sastera yang begitu tinggi sehinggakan pada zaman silam, orang yang pandai menulis syair dianggap orang yang hebat.

Bahasa Arab terutamanya yang digunakan dalam Al-Qur'an, begitu tinggi nilai sasteranya atau balaghahnya. Boleh saja diterjemahkan kepada bahasa Melayu tapi maksudnya tidak akan tepat seperti yang dikehendaki.

Mengenai hukum secara putusnya kenapa tidak boleh menggunakan bahasa Melayu dalam solat, tak pasti pulak sumbernya sama ada dalam Al-Qur'an atau Hadits..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih tokguru..terima kasih sekarang saya dah ada jwpn..

Tanpa Nama berkata...

Cukup ke jawapan tu Sk? Itu cuma pandangan Tok, & apa yang Tok faham..

Tanpa Nama berkata...

cukup tok.....emm cuma ingin berkongsi pendapat dgn seorang teman..mengenai bahasa Arab dan Bahasa Melayu..yg begitu beza nilai dan maksudnya..ermm...

Tanpa Nama berkata...

Seorang teman? Dia tanya soalan ni ke?

Tanpa Nama berkata...

"Seorang teman"...dia tak bertanya..cuma saya mahu pendapat lain yg boleh menyokong fakta saya...saya dah cuba cari sumber2 yg lain tp tak jumpa...kebetulan saya terbaca mengenai muqadimmah bahasa Arab ni..so saya pun ambillah kesempatan...

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan