Tokgurukulan menulis lagi :
Terbaca satu artikel mengenai kesihatan, rasanya sesuai pulak untuk dikongsi di sini..
"Pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing meletakkan nyawa mereka pada risiko tinggi, kata penyelidik.
Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand mendapati mereka berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku yang boleh membawa maut.
Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand mendapati mereka berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku yang boleh membawa maut.
Penyelidik mendapati satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau pembekuan darah, adalah pekerja pejabat yang menghabiskan masa berjam-jam menghadap komputer.
DVT ialah pembentukan darah beku dalam pembunuh darah vena, terutama di kaki.
Pembekuan boleh merebak ke hati, paru-paru atau otak, menyebabkan sakit dada, sesak nafas dan kemungkinan maut disebabkan serangan jantung atau angin ahmar.
Keadaan itu juga digelar sebagai sindrom kelas ekonomi kerana penumpang yang duduk dalam penerbangan jarak jauh tanpa ruang untuk meregangkan badan, dianggap paling berisiko menghadapi masalah itu.
Keadaan itu juga digelar sebagai sindrom kelas ekonomi kerana penumpang yang duduk dalam penerbangan jarak jauh tanpa ruang untuk meregangkan badan, dianggap paling berisiko menghadapi masalah itu.
Penyelidik New Zealand memeriksa contoh 62 pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan masalah darah beku, dan mendapati 34 peratus daripadanya duduk di meja mereka untuk jangka waktu lama.
Pakar Psikologi dan Kesihatan Universiti Lancaster, Profesor Cary Cooper, berkata dia tidak terperanjat dengan penemuan itu.
Katanya, orang ramai bekerja lebih lama berbanding sebelum ini, dan selalunya tidak menikmati rehat makan tengah hari dengan sempurna, sebaliknya cuma mengambil sandwic sambil melayan e-mail.
Katanya, orang ramai bekerja lebih lama berbanding sebelum ini, dan selalunya tidak menikmati rehat makan tengah hari dengan sempurna, sebaliknya cuma mengambil sandwic sambil melayan e-mail.
Pekerja pejabat tidak bangun dan berjalan seperti yang mereka pernah lakukan, katanya. DVT menjejaskan kira-kira 100,000 orang dan membunuh sehingga 1,000 pesakit di Britain setiap tahun.."
6 ulasan:
teringat seseorang bile bace maklumat ni??guest who
Hehe.. teringat sape Poji? Tak perlu bgtau kot.. Harap semua maklum.. hihi.. Tapi untuk peringatan kita bersama.. ;)
Salam kepada semua...
Menarik betul entry Lan kali ini. Sebenarnya DVT juga tejadi kepada 'frequent travellers' yang menggunakan kapal terbang...... Jarak perjalanan yang lama dan kedudukan kaki yang tidak selesa juga menjadi faktor kepada DVT ini.... Kalau ikut petua Ustaz Hasrizal, hanya mengambil aspirin untuk mencegah DVT daripada berlaku....Jumpe lagi...
nice one,moga-moga kita tak terkena la syndrom nie...harap-harap janganlah sahabat kita kena menda nie,boleh mati wooo!!!
pas abis baca...tiba2 rasa scary plak :P ehehhe
so...nk kena berjalan2 ler selang beberapa minit neh (^_^)V
Ye kot.. Setiap seminit, kena jalan. Buat keje seminit, jalan 5 minit.. Buat keje seminit, jalan 5 minit.. Hehe..
Catat Ulasan