Tokgurukulan menulis :
السَّــلاَمُ عَـلـَيـكــُمْ وَرَحْـمَـةُ اللهِ وَبَـرَكـَـاتـُه
السَّــلاَمُ عَـلـَيـكــُمْ وَرَحْـمَـةُ اللهِ وَبَـرَكـَـاتـُه
Setelah terbaca satu artikel mengenai rahsia 5 jari, aku terpanggil untuk berkongsi mengenainya. Sememangnya aku sendiri tidak tahu sejauh mana kebenarannya, tetapi aku sedikit teruja dengan perbandingan yang dibuat. Moga dapatlah kiranya sama-sama kita renungkan maksud tersirat tersebut..
Mula-mula, tengok kelima-lima jari kita. Genggam kuat-kuat, angkat ke atas dengan penuh semangat, kemudian laungkan ALLAAHU AKBAR!! Ya.. Itulah simbolik kepada rukun ISLAM yang mesti kita junjung..
Luruskan tangan ke depan. Bukakan jari-jemari. Renunglah sedalam-dalamnya. Ya.. Yang tersiratnya ialah, kita sedang memperhalusi dan betul-betul memelihara solat lima waktu yang diwajibkan ke atas kita..
Seterusnya, lapangkan tangan ke atas meja. Perhatikan jari-jemari satu-persatu, bermula dari jari kelingking. Dapat diperhatikan bahawa susunannya bermula dari yang paling kecil dan diakhiri dengan yang paling besar. Pengajarannya ialah, kehidupan manusia bermula dari kecil, kemudian membesar. Saat kecil ini lah yang akan menentukan siapa kita pada masa hadapan. Didikan awal begitu besar kesannya untuk hari-hari mendatang..
Kemudian, lihat pula jari seterusnya. Jari manis. Apa yang manis? Ya! setelah menjejak alam remaja, semuanya dirasakan begitu manis dan indah. Pada masa yang sama, banyak pula cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuh. Hanya iman yang dapat mendorong gelojak keseronokan di alam remaja itu kepada jalan yang benar dan terarah..
Jari hantu. Jari ini dapat dibandingkan dengan fasa dewasa seorang manusia. Pada usia ini, manusia biasanya sudah punya kerjaya, ekonomi sudah stabil. Ya.. Di saat ini lah, banyak 'hantu' akan mengganggu hidup kita. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, dan pelbagai jenis hantu lagi. Penyelesaiannya, ibadah mesti ditingkatkan untuk menghadapi semua itu..
Jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap SATU dan ESAnya ALLAH, iaitu ketika tahiyyat dalam solat. Pada fasa ini, manusia bukan lagi hanya memikirkan diri sendiri, tetapi akan menjadi contoh dan tauladan kepada generasi lain. Kita akan menunjukkan arah yang betul kepada sesiapa yang memerlukan..
Ibu jari adalah jari yang paling besar dan gemuk jika dibandingkan dengan jari-jari lain. Ia menampakkan kematangan. Tanpa ibu jari, kita nak pegang sesuatu dengan jari-jari lain amatlah susah! Inilah generasi yang sudah berpengalaman. Jangan diabaikan mereka. Tanpa generasi tua, kita tidak akan mampu melakukan apa-apa pun dengan sempurna. Jadikanlah mereka sebagai penasihat dan pembimbing kita..
Sekian.. Wassalaam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan