Aku berfikir sejenak mengenai kejadian jiwa manusia. Ibarat sebuah motor yang tak mampu ditarik kencang secara terus-menerus, begitulah jiwa manusia. Ia sangat cenderung untuk cepat bosan terhadap aktiviti berat yang memerlukan tenaga dan fikiran. Kerana itulah, seseorang yang bekerja terus-menerus amat memerlukan rehat..
Tetapi, ramai pula orang yang menghabiskan waktunya hanya untuk bercanda sehingga tidak ada waktu yang dilalui melainkan bergelak ketawa. Padahal rehat dan canda bukanlah dimaksudkan untuk menghabiskan waktu. Ia hanyalah alat untuk menyegarkan dan mengembalikan semangat..
Di sinilah terdapatnya kelebihan dalam canda Rasulullah sama ada dengan ahli keluarganya, para sahabat, bahkan dengan kanak-kanak. Baginda bukan hanya sekadar bercanda tetapi sentiasa ada tarbiah di sebaliknya..
Antara kisah yang terlintas di fikiranku ialah ketika Baginda ingin meminta Anas bin Malik yang ketika itu masih kanak-kanak, untuk diutus bagi satu keperluan. Pada mulanya, Anas yang belum mumayyidz itu menolak permintaan Baginda. Apabila Anas mula meninggalkan Baginda untuk bermain-main dengan kanak-kanak sebayanya, Baginda telah memegang baju Anas dari belakang. Apabila Anas menoleh kepada Baginda, Baginda tertawa. Baginda meminta sekali lagi supaya Anas memenuhi permintaannya, dengan memanggilnya 'Unais', iaitu dalam bentuk tashghir, dengan membawa makna panggilan manja untuk Anas. Secara mudahnya, 'Unais' bolehlah difahami sebagai "Anas yang manja". Dengan didasari panggilan yang begitu menyenangkan bagi seorang kanak-kanak seperti Anas, lantas Anas terus bersetuju..
Kisah SHAHIH ini diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitabul Fadha'il, bab : Kaana Rasulullah ahsanan naas khuluqan, hadits no 54/2310, dan oleh Abu Daud dalam Kitabul Adab hadith no 773..
Lihatlah sendiri kemurnian peribadi Baginda. Bukan hanya dengan orang dewasa, malah dengan anak kecil seperti Anas ketika itu. Inilah yang membuatkan semua golongan manusia begitu menyenangi Baginda, hatta orang kafir sekali pun..
Bagaimana pula dengan diri kita? Fikir-fikirkan..
2 ulasan:
Salam Semua......
Mullah telah membaca hasil nukilan Lan yang memang bagus iaitu sirah yang mencerminkan kehebatan keperibadian Nabi Muhammad SAW...Akan tetapi, ada lagi yang boleh diperbaiki iaitu pandangan isi rumah atau Lan tentang dunia kita sekarang ini. Dengan krisis akidah dan identiti di kalangan remaja Muslim negara kita, kes murtad yang tidak selesai-selesai dan juga pelbagai masalah yang melanda umat Islam di dalam atau pun di luar negara kita......
Memanglah, usaha seperti ini Mullah puji dan masih ada ruang untuk diperbaiki. Bukan apa, seisi rumah dan Mullah sendiri adalah graduan dan bakal graduan UniPerdana negara kita dan kitalah yang akan memandu fikiran masyrakat Islam di negara kita. Antara contoh laman blog yang baik adalah laman blog Ustaz Hasrizal Abdul Jamil iaitu http://saifulislam.com yang menukilkan pelbagai pandangannya daripada pelbagai sudut, peribadi mahu pun di peringkat ummah..... Okaylah, sampai di sini sahaja Mullah menulis.....Jumpa lagi insyaALLAH pada 3 Jun 2007.....Jaga diri.............
MULLAH
baguih la hang nie...akhlak Nabi memang akhlak yang paling baik utk diikuti,moga kita semua dapat mengikuti sunnahnya,,,
Catat Ulasan