Rabu, Mei 02, 2007

Rehlah di Sungai Gabai ..


Tangga yang mendera kami hari ini!


Tokgurukulan melaporkan :

Assalamualaikum..

Meneruskan aktiviti-aktiviti Seven Heroes, hari ini kami telah pergi rehlah (berkelah) di Sungai Gabai memandangkan hari ini cuti umum (wesak day). Jadi, ramai yang boleh meluangkan masa bersama. Sayangnya, ketua rumah kami, AbangAlias, tidak dapat turut serta. AbangAlias masih lagi berada di kampungnya di Kampar, Perak. Cuti panjang nampaknya dia kali ni. Takpe la. Meluangkan masa bersama ayah bonda di kampung halaman di samping berbakti kepada mereka..

Pagi rabu ini, memang giliran aku masak. Kalau orang lain lebih suka beli nasi lemak @ roti canai yang terlalu lah familiar dengan kami tu, aku lebih suka masak. Setelah siap goreng bihun & makan sama-sama di meja kami yang dah bersih ni, kami terus bersiap untuk ke destinasi. Izuddin kerja rupanya hari ni. Dia dah pun pergi kerja. Mullah yang menjadi tetamu kami dari semalam, membuat keputusan untuk balik rumah. Mungkin ada urusan yang lebih penting..

Setelah siap semuanya, lebih kurang pukul 8.47 pagi, kami turun untuk bertolak. Di saat-saat akhir, rupanya Izuddin tak kerja hari ni. Mula lah dia pun teruja untuk ikut bersama. Setelah singgah ke Darul Taalim, ambik Izuddin, & balik semula untuk ambik baju basahan Izuddin, kami terus ke sana. Imago AbangZahar, untuk ke sekian kalinya, seperti biasa, menjadi tempat kami menumpang kasih untuk ke destinasi yang dituju.. Hehe..

Setelah 48 minit dalam perjalanan, akhirnya kami sampai di Sungai Gabai! Habis lenguh badan. 6 orang dalam sebuah Imago! Tapi semua itu sudah tidak penting bila pemandangan air terjun terjamu di depan mata. Terujanya bila tengok air terjun. Al-maklum lah, sudah lama hero-hero ini tidak berkelah..

Rupa-rupanya, untuk ke kawasan yang sesuai untuk mandi-manda, terpaksa pulak mendaki anak tangga yang begitu banyak. Lupa pulak nak kira berapa bilangannya tadi. Aku tak terasa sangat lenguhnya. Laju je aku mendaki anak-anak tangga itu. Tapi hero-hero berlima yang lain merungut-rungut. Lenguh. Mungkin sebab lama tidak menaiki bukit sebegini..

Sampai di kawasan yang dituju, setelah berehat seketika, bermula lah aktiviti utama kami. MANDI!! Aku, Pidut, AbangZahar, dan Shah memulakan langkah. Sejuk. Izuddin tak nak mandi. Membaca novel yang dibawanya. Iidil pulak sedang termenung sendirian. Entah apa yang berada dalam fikirannya ketika itu, aku pun tak tahu. Akhirnya, semua dibasahi air sungai yang amat sejuk itu..

Kesian Pidut. Selalu menjadi mangsa. Tapi itu semua hanyalah gurauan yang akan lebih mengeratkan ukhuwwah kita. Tak gitu Pidut? Mengaku je lah Pidut. Yang pasti, kitorang akan sentiasa menang.. Hihihi..

Lebih kurang pukul 1 tengahari, kami membuat keputusan untuk bertolak balik. Sekali lagi, kami masuk ke Imago AbangZahar dengan memandang 'wajah'nya yang merayu agar kami tidak menyeksanya lagi. Tapi, maafkan kami. Kami terpaksa walaupun kami juga terseksa.. HuWaa!!

Pukul 2, akhirnya kami sampai di teratak kami. Alhamdulillah, semuanya selamat. Dalam keseronokan itu, moga dapat dicari manfaat daripada perkelahan tersebut. Moga dapat dirapatkan lagi ikatan ini. Moga terlerai segala ketidakpuasan hati. Moga lebih memahami antara kami..

Sekian laporan aktiviti Seven Heroes pada 2 Mei 2007/ 14 Rabiul Akhir 1428..

Ok lah.. Petang ni tak tahu lagi nak masak apa. Ada apa-apa cadangan?

Tiada ulasan:

Template ini disediakan oleh Tokgurukulan