Bismillahirahmanirrahiim,
Assalamulaikum warahamatullah,
Alhamdulillah, segala puji bagai ALLAH, TUHAN sekalian alam, tiada Ilah selain ALLAH, Dia yang menghidupkan segala yang mati, mematikan segala yang hidup, Dia Yang Maha Perkasa, Yang Menguasai seluruh alam semesta.
Selawat dan salam ke atas Kekasih Allah, Baginda Nabi, Muhammad shallallahu'alaihi wa ssalam, tanpa baginda, tiadalah sinar ISlam di muka bumi ini, lahir baginda dinanti, pemergiannya ditangisi, namun perjuanganmu tetap diteruskan, Wahai Nabi !! dan para sahabat dan ahli keluargamu, yang membantumu ketika susah dan senang, semoga ALLAH merahmati mereka dengan rahmatNya yang MAha Agung, insya ALLAH...
Alhamdulillah, setelah seminggu diuji ALLAH, dengan ujian sakit demam, yang boleh dikira tahap tinggilah dari sudut perubatan, 39.5oC@103.2F, kalau tinggi sikit saja, habis semua enzim dalam badan ini mengalami proses denaturation (pereputan), kalau berlaku, saya tidak akan berada disini lagi sekarang, menulis blog ini, sudah pasti sekarang sedang disoal mungkar nakir, bila difikirkan dalam-dalam, (menarik nafas)...hmmm, alhamdulillah!!
Terfikir sejenak, betapa kerdil, tak berguna, tak berkuasa, lemah, keciknya diri ini, selaku manusia, kita tak terlepas dari rasa hebat, rasa yakin yang melampau, rasa apa yang kita ada, apa yang kita usahakan adalah milik kita, namun bila sakit, in my case, demam, nak bangun pun payah, nak makan pun susah, malah nak bernafas pun, perlu diatur perlahan, takut nanti sakit rusuk pula, hah?!! Dimana kehebatan-kehebatanmu tadi? jika hebat, sembuhkanlah dirimu sendiri, pulihkanlah pernafasanmu sendiri, kembalikanlah selera makan minummu dengan kekuatanmu sendiri, B.O.L.E.H??
Lalu terfikir lagi, kalau begitu mudah ALLAH hendak mengambil segala-galanya dari saya, mengapa Dia tidak mengambil sahaja segala nikmatNya dari saya? mengapa masih lagi memberi, memberi dan terus memberi? walau sudah berjuta maksiat yang dilakukan, beribu kemungkaran dilakukan, mengapa masih lagi diberi? dan ALLAH sebenarnya berhak dan sangat-sangat berhak untuk melakukan sedemikian terhadap hambaNya ini...mengapa?
Kerana ALLAH amat sayangkan saya, amat kasihkan saya, sifat Rahman dan Rahiimnya amat luas, dan saya amat beruntung kerna mengaku Bertuhankan ALLAh, kerna dengan hanya menjadi seorang muslim yang sebenar sahajalah baru saya tahu perkara ini, dan TIBA-TIBA, terfikir lagi....
Nikmat ALLAH yang paling besar kepada seluruh ummat manusia ialah nikmat IMAN DAN ISLAM, dengan menurunkan BAGINDA Nabi, MUhammad shallallahu'alaihi wassalam, kita mengetahui tentangNya, maknanya, nikmat terbesar untuk dipilih ialah nikmat MENGENALI ALLAH!! dengan nikmat ini, barulah kita tahu bahwa setiap masa, kita diperhatikan, kita diawasi, kita dilimpahi nikmat dan rahmat, setiap detik kita dilindungi, dinaungi, diiiringi, dan kita ialah milik Nya, ALLAH YANG MAHA ESA!!
Justeru, setiap apa yang kita ada, apa yang kita usahakan, bukan milik kita 100%, ianya milik ALLAH, anytime, anywhere, ALLAH berhak mengambilnya dari kita, hatta tubuh badan kita sendiri, dan ingatlah! ALLAH amat menyayangi hamba-hambaNya yang sentiasa berserah diri kepadaNYa, dan membenarkan ayat-ayatNya walau dimana hambaNya berada...
Ingatlah ayat Allah dalam Surah Ibrahim (14) ayat 7 yang bermaksud, hmm....apa kata pergi buka tafsir dan baca sekarang?
Assalamualaikum..
P.(-_-)
1 ulasan:
Alhamdulillah.. kerdilnya diri seorang hamba yang sebenarnya tidak punya apa-apa. Nikmat sihat pun adalah kurniaanNYA yang boleh saja DIA tidak beri kepada kita. Tapi kita jarang mensyukuri apa yang ada pada kita. Bila kehilangan, baru terasa betapa besarnya suatu nikmat itu. Setuju?
Catat Ulasan